Uruguay atau nama rasminya Republica Oriental del Uruguay adalah negara yang terletak di tenggara Benua Amerika Selatan. Uruguay bersempadan dengan Argentina di barat dan Brazil di utara dan timur, Sungai Rio de la Plata di selatan dan Lautan Atlantik di tenggara. Uruguay mempunyai penduduk sekitar 3.44 juta orang dan lebih dari 1.8 juta orang tinggal di bandar metropolitan dan terbesar mereka iaitu Montevideo. Uruguay adalah negara kedua terkecil di Benua Amerika Selatan selepas Suriname. Bahasa rasmi Uruguay adalah bahasa Portugis Uruguay . Lebin 88 peratus penduduk Uruguay adalah bebangsa orang kulit putih, 8 peratus berbangsa Mestizo dan 4 peratus berbangsa kulit hitam. Kebanyakan mereka menganut ajaran Kristian Roman Katolik dan Protestant.
2. River of the painted birds (Sungai burung lukisan)
Nama Uruguay diambil sempena nama sebatang sungai yang bernama Sungai Uruguay yang bermaksud ‘River of the painted birds’. Sungai tersebut bermula dari Brazil dan berakhir di Rio de la Plata Basin yang kemudiannya membentuk sempadan antara Uruguay dan Argentina.
3. Terbaik segalanya
Uruguay adalah negara yang paling kurang rasuah di Benua Amerika Selatan. Mereka menduduki carta nombor satu dalam demokrasi, keamanan, kualiti kehidupan dan kebebasan media.
4. Lembu lebih banyak dari manusia
Terdapat lebih banyak lembu ternakan di Uruguay berbanding penduduknya. Di Uruguay terdapat lebih 12 juta lembu berbanding 3 juta penduduknya.
5. Panjangyaa…
Lagu kebangsaan Uruguay iaitu Himno Nacional de Uruguay adalah lagu kebangsaan negara yang paling panjang di dunia. Lagu ini mengambil masa sehingga 6 minit untuk dihabiskan.
6. Menang Piala Dunia 2 kali
Uruguay telah memenangi Piala Dunia sebanyak 2 kali, iaitu pada 1930 (semasa menjadi tuan rumah pertama bagi pertandingan Piala Dunia) dan pada tahun 1950.
7. Ganja
Pada bulan Disember, 2013, Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan ganja. Pada tahun 2009 pula, Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang memberi setiap pelajarnya laptop dan internet percuma.
8. Presiden paling miskin di dunia
Jose Pepe Mujica yang menjadi presiden Uruguay pada tahun 2010 sehingga 2015 dinobatkan sebagai presiden negara yang paling miskin di dunia. Ini kerana 90 peratus dari pendapatannya didermakna kepada badan kebajikan. Beliau juga mengelak untuk tinggal di Istana Presiden dan memilih untuk tinggal di rumahnya di pinggir bandar Montevideo.
Jika anda suka tentang Uruguay, jom kita lawat laman web ini
Jika anda suka tentang artikel ini, jom like Facebook kami untuk bacaan santai yang lain.