Sweden : Kitar Semula Menjadi Budaya

Kongsi Artikel ini :

  1. Ohh Sweden…

Satu lagi negara Scandinavia yang sangat menarik untuk kita lawati.
Sweden atau Kerajaan Sweden atau dalam bahasa Swedish ‘Konungariket Sverige’ adalah negara yang terletak di utara benua Eropah. Mempunyai penduduk seramai lebih 10 juta orang dan Stockholm sebagai ibu negaranya.
Manakala lebih 2 juta penduduknya mempunyai latar belakang warga asing.
Sweden adalah negara ke lima terbesar di benua Eropah.Bahasa utama Sweden adalaha Swedish tetapi kebanyakan penduduknya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

2. Jangka hayat

Sweden adalah negara yang mempunyai kadar pengganguran yang rendah, kadar kelahiran yang rendah dan salah satu negara yang jangka hayat penduduknya tinggi. Ada ciri-ciri negara Utopia.

3. Bebola Daging

Antara masakan tradisional yang popular di Sweden adalah ‘Swedish Meatball’ yang dihidangkan bersama gravy (kuah), kentang rebus dan lingoberry jam. Macam dekat IKEA tu.

4. Viking

Pernah dengar tentang Viking? Antara bangsa yang amat digeruni pada abad ke 8 dan 10. Sangat mahir dalam perperangan dengan menjajah utara dan timur Eropah satu masa dahulu.

5. Negara yang suka kita semula

Sweden adalah negara yang amat meminati kitar semula sehinggakan mereka terpaksa mengimport sampah dari negara Norway untuk mengitar semula.

6. Aurora

Di sweden, terdapat satu tempat yang boleh menyaksikan Auorora Borealis pada akhir bulan September hingga Mac dan pada musim sejuk.
Apa itu aurora? Ia terjadi kerana medan magnet bumi bergaduh dengan medan magnet dari ribut matahari. Pergaduhan ini mencetuskan satu cahaya berwarna warni yang sangat cantik. Cahaya ini hanya boleh dilihat di kawasan artik dan antartika sahaja seperti di Sweden.

Jika anda berminat untuk melawat Sweden. Apa kata jenguk laman web ini


Kongsi Artikel ini :