Siapa tidak kenal akan kedai kopi yang menggunakan lambang ikan duyung (mermaid) yang bewarna putih dan berlatar belakangkan warna hijau ini. Menghidangkan pelbagai jenis kopi dan tempat yang sangat selesa dan sesuai untuk bertemu dan berbincang tentang pelbagai topik tidak kira tua dan muda. Fuhh… Kali ini, Starbuck telah membuka kedai Starbuck yang terbesar di dunia iaitu di Tokyo yang diberi nama Starbuck Reserve Roastery.
Sebelum itu jom kita lihat apakah perbezaan antara kedai Starbuck biasa dan Kedai Starbuck Reserve Roastery ini. Pertamanya, keluasan kedai untuk Starbuck Reserve Roastery ini adalah berkali-kali ganda lebih besar dari kedai Starbuck biasa, secara perbandingan, kedai Starbuck biasa berkeluasan hanya 1800 kaki persegi manakala Kedai Starbuck Reserve Roastery boleh mencapai keluasan sehingga 32000 kaki persegi.
Cawangannya di Tokyo adalah setinggi 4 tingkat dimana ia telah mengalahkan keluasan kedai Starbuck Reserve Roastery yang terletak di Shanghai, China yang menjadi Starbuck terbesar di dunia sebelum ini. Di dunia ini hanya terdapat 5 kedai Starbuck mega iaitu di Seattle, Shanghai, Milano, New York dan Tokyo. Tidak lama lagi, satu cawangan di Chicago akan dibuka, yang ini keluasannya masih belum diketahui. Adakah lebih besar daripada Starbuck Tokyo? Sama-sama kita nantikan.
Tingkat pertama menjual 5 jenis kopi yang paling terkenal dan sedap di dunia. Biji kopi tersebut dipanggang dan dibungkus disitu juga untuk mengekalkan kesegarannya.
Terdapat juga pastri (kek dan roti) di tingkat pertama yang diinspirasikan dari pembuat pastri terkenal di dunia iaitu Milanese Bakery Princi. Tepung yang digunakan telah diimport dari negara Italy bagi mengekalkan rasa seperti kek dan roti di Italy.
Bagi yang ingin mengimbau kenangan lalu, di tingkat pertama ini terdapat satu Clacker Board yang besar. Clacker Board ini adalah papan kenyataan bewarna hitam bertulisan kan warna putih yang biasanya terdapat di stesyen keretapi dan lapangan terbang pada zaman dahulu untuk memberitahu destinasi dan masa berlepas. Cuma di Starbuck ini, mereka menggunakan Clacker Board ini untuk meberitahu tentang jenis kopi yang mereka hidang dan ada.
Sebuah mesin pemanggang yang unik ada ditingkat ini, anda sendiri boleh menyaksikan secara langsung bagaimana biji kopi dipanggang dan satu bau biji kopi terbakar yang sangat unik dan dinanti nantikan oleh penggemar kopi berlegar di ruang udara seterusnya menusuk ke dalam hidung. Segar…
Disini juga terdapat satu Balang tembaga (Copper cask) setinggi bangunan 4 tingkat yang diilhamkan dari pohon sakura. Apabila anda mendongak keatas, anda akan dapat melihat daun-daun pokok sakura yang diperbuat daripada tembaga tulen yang bewarna coklat kemerah merahan bergantungan dan melekat diatas copper cask. Diserlahkan lagi dengan cahaya lampu yang memantul kearah tembaga tersebut.
Ditingkat satu ini juga anda disajikan dengan jaringan paip yang berselirat dimana biji kopi yang telah siap dipanggang akan dihantar melalui paip ini dari tingkat satu ke tingkat tiga. Bunyi biji kopi yang berlaga dengan paip tembaga sangat mengasyikkan. Sebab itu paip ini dinamakan sebagai ‘Symphony Pipes’
Tingkat kedua pula adalah tempat di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis teh di dunia. Teh- teh yang terkenal di dunia kerana kualitinya seperti Teh Hijau Jepun dan China ada dijual dan disediakan di tingkat kedua ini yang dinamakan ‘Teavana Tea’. Jika anda peminat Origami, disini terdapat siling yang direka menggunakan konsep origami. Biasa orang buat origami guna kertas kan, ini pereka mencipta siling kayu berasaskan teknik origami.
Selain itu, ditingkat kedua ini terdapat dinding yang dipenuhi oleh cawan putih. Cawan-cawan ini telah dilekatkan pada dinding dalam bermacam-macam keadaan, ada yang mengiring, ada yang terlungkup, ada yang menegak dan macam-macam lagi yang memberikan satu pemandangan yang artistik dan unik. Sebanyak 2300 biji cawan telah digunakan bagi rekaan ini.
Dah pekena tea di tingkat dua ini, tak lengkap kalau tak beli cenderahati untuk dibawa pulang untuk orang tersayang. Anda akan disambut dengan satu kaunter cenderahati yang latarnya direka menggunakan kertas Washi. Kertas Washi ini adalah kertas yang sangat terkenal di Jepun. Kertas ini lebih kuat daripada kertas yang diekstraks dari pokok biasa. Kertas ini digunakan untuk membuat origami.
Bagi penggemar koktail, anda boleh naik ke tingkat tiga yang dinamakan ‘Arriviamo Coktail Bar’. Anda boleh campurkan sedikit perasa kopi didalam koktail anda bagi menyerlahkan lagi rasanya. Jika anda sukakan kopi ais atau kopi sejuk, ditingkat tiga ini adalah tempat anda kerana ia menyediakan kopi ais yang di brew di dalam alat penyulingan seperti yang terdapat di makmal-makmal kimia.
Bagi penggemar ‘outdoor’ dan ingin menghirup udara segar di luar, anda boleh ke beranda yang berada di tingkat 3 ini. Sambil menghirup kopi dan melihat pemandangan bandar Tokyo dan bunga sakura yang tengah berbunga, apa lagi yang anda inginkan.
Di tingkat empat, terdapat satu ruang legar besar yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim diantara orang yang tidak dikenali sambil menghirup kopi yang baru dibrew dhidangkan oleh pelayan-pelayan yang professional.
Kedai Starbuck ini yang terletak di Aobadai Meguro-ku Tokyo dibuka setiap hari dari seawal jam 7 pagi sehingga 11.00 malam. Secara kesimpulannya, Starbuck Reserve Roastery bukanlah seperti kedai Starbuck yang biasa kita lihat dan minum, tetapi keunikannya terletak kepada variasi minuman, keluasan tempat, dan hiasan yang menggagumkan. Pastinya, dengan elemen-elemen ini, hirupan kopi anda akan lebih bermakna dan Awesome !.
Jom kita usha-usha merchandise dari Flagship Store Starbucks dibawah, mana tau berkenan..KLIK pada gambar untuk maklumat lebih lanjut..