1. Tanah Suci
Didalam bahasa Persian dan Urdu, Pakistan bermaksud ‘Tanah Suci’.
2. Sistem Pengairan Berasaskan Terusan
Pakistan mempunyai sistem pengairan berasaskan terusan terbesar di dunia. Kebanyakan kawasan di Pakistan tidak mempunyai bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya kepada sistem ini untuk pertanian.
3. Negara Muslim yang mempunyai Senjata Nuklear
Pakistan adalah satu-satunya negara Muslim yang mempunyai senjata nuklear dan menduduki tangga ke 7 dalam Senarai Negara Senjata Nuklear di belakang India.
4. Keajaiban Dunia Ke 8
Lebuhraya Karakoram adalah lebuhraya yang menghubungkan Pakisan dengan China.Lebuhraya ini sepanjang 1300 kilometer melalui gunung-ganang dan adalah lebuhraya yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 4,693 meter. Menjadi tarikan pelancong kerana kecantikan pergunungan dan alam semula jadi di sepanjang lebuh raya tersebut.
Kerana ketinggian dan kesusahan ketika membina lebuhraya ini, ia digelar Keajaiban Dunia Ke 8.
5. Haiwan Kebangsaan
Markhor adalah haiwan kebangsaan Pakistan. Markhor adalah spesis kambing liar yang boleh ditemui di timur laut Afghanistan, utara dan tengah Pakistan, Kashmir di utara India, selatan Tajikistan, selatan Uzbekistan dan di Himalaya
6. Tasik Saiful Muluk
Tasik ini terletak di atas pergunungan Lembah Kaghan berdekatan bandar Naran. Ia adalah antara tasik yang tertinggi di Pakistan dengan ketinggian 3224 meter dari aras laut. Tasik ini menjadi tarikan pelancong kerana kecantikan air dan pemandangan tasik yang dikelilingi gunung. Tasik ini agak sukar di akses kerana jalannya yang berliku, berbatu dan bahaya bagi pelancong.
Jika anda ingin melawat Pakistan, sila layari laman web ini.