1. Terowong jalan yang paling panjang di dunia
Dengan panjang sehingga 24.5KM , terowong Laerdal adalah terowong yang paling panjang di dunia. ia menelan belanja sebanyak 113 billion US dollar. Terowong tersebut menghubungkan bandar Laerdal dan bandar Aurland. Apa yang menarik tentang terowong ini adalah setiap 6KM, terdapat gua untuk memisahkan bahagian-bahagian terowong.
2. Bandar Hadiah Nobel Keamanan.
Ibu negara Norway iaitu OSLO adalah tempat di mana berlansungnya acara Hadiah Nobel Keamanan setiap tahun. Salah satu pemenang Hadiah Nobel ini adalah Nelson Mandela.
3. Norway yang tidak dipanggil Norway
Dalam bahasa Inggeris, negara ini dipanggil Norway, tetapi dalam bahasa Norwegian, negara ini dipanggil Norge atau lebih tepat Kongeriket Norge (Kingdom of Norway)
4. Ada minyak dan gas asli tapi guna hidroelektrik
Walaupun ekonomi Norway dipacu oleh sektor gas dan minyak tetapi 98% penggunaan tenaga di Norway adalah dari empangan Hidroelektrik. Mungkin pada tahun 2030, Norway akan menjadi sebuah negara Karbon Neutral.
5. Negara yang rakyatnya gembira (Happy Sokmo)
Pada tahun 2017 Norway berada di tangga pertama dalam ‘World Happiness Record’manakala pada tahun 2018 Norway berada di belakang Finland dalam laporan tersebut. Malaysia pula tidak ketinggalan dengan berada di tangga ke 35 dari 156 buah negara. Sila lihat disini untuk ‘World Happiness Report’
Jika anda suka tentang Norway, Apa kata anda melayari laman web ini.