Kandungan
NEGARA JORDAN: 5 FAKTA MENARIK
Nama Rasmi
Jordan atau nama rasminya Hashemite Kingdom of Jordan adalah Negara Arab yang terletak di Asia Barat. Ibu negara Jordan adalah Amman. Mempunyai lebih kurang 10 juta penduduk dengan hampir 95% nya adalah Muslim.
Negara Jordan adalah negara Arab yang ke-11 teramai penduduk.
Negara ini berkeluasan 89,341 (34,495 kaki persegi) dan 400 kilometer panjang.
Puncak paling tinggi di Jordan adalah Jabal Umm al Dami yang berketinggian 1,854m dari parasa laut manakala tempat paling rendah adalah Laut Mati iaitu negatif 420 meter di bawah paras laut menjadikan Laut Mati kawasan yang paling rendah didunia.
Petra salah satu dari 7 Kejaiban Dunia
Petra yang terletak di Negeri Ma’an adalah salah sebuah tempat sejarah dan arkeologi yang terkenal di dunia. Petra terkenal kerana seni bina yang diukir diatas batu dan sistem saluran air. Dipercayai dibina pada seawal abad ke lima sebelum masihi dan dilawati sehingga lapan ratus ribu (800,000) pelancong pada tahun 2018. Petra telah disenarai sebagai 7 Kejaiban Dunia Yang Baru dan diiktiraf sebagai tapak Unesco. Anda wajib melawat tempat ini jika melancong ke Jordan.
Bunga Kebangsaan : Bunga Iris Hitam (Black Iris)
Bunga Kebangsaan bagi Jordan adalah Black Iris. Bunga ini seakan-akan bunga orkid. Iris adalah perkataan Greek yang bermaksud Pelangi.
Petroleum
Jordan adalah antara negara di Asia Barat yang tidak mempunyai minyak yang banyak.
Laut Mati
Laut mati adalah laut yang paling masin di dunia dengan 9 kali ganda lebih masih dari laut biasa. Ini menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup di laut ini lalu diberi nama ‘Laut Mati’. Berada 430.5 meter dibawah paras laut, menjadikan Laut Mati adalah tempat paling rendah di dunia.
Artikel ini mungkin anda tertarik KOREA SELATAN: 5 FAKTA MENARIK
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.