Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Mulakan hari anda dengan bismillah, dan harungi segalanya dengan penuh semangat dan kesabaran. Semoga dirimu, semoga langkahmu diiringi oleh rahmatNya, Setiap nafasmu, seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah.
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi
“Jika percaya boleh melakukan kamu akan nampak peluang,
Jika sangsi, kamu akan nampak halangan”.
Dalam melakukan sesuatu, kawalan minda adalah perkara yang sangat mustahak. 90% daripada keputusan yang kita perolehi adalah berkait dengan ketahanan dan kemampuan minda untuk bertahan dari sudut emosi. Sebagai contoh, sebuah akhbar bahagian sukan telah menulis satu artikel berkenaan ketidak mampuan sebuah pasukan bola sepak A untuk memenangi perlawanan menentang pasukan B. Pasukan A sebelum perlawanan telah dimomokkan bahawa mereka tidak mampu menumpaskan pasukan B. Secara mentalitinya mereka telah kalah kerana membiarkan minda mereka diracuni oleh berita tersebut.
Begitula juga dengan kita sebagai manusia biasa, tidak lari daripada dicemuh, dikritik, dihina , dikeji sebelum sempat melakukan sesuatu. Minda kita telah awal-awal lagi dituba dengan pelbagai kata-kata negatif yang menyebabkan moral kita terperosok didalam perigi yang dalam. Disitulah perlunya kekuatan minda, kerana orang yang dihina itu mungkin lebih baik dari mereka yang menghina. Jika kita percaya kepada diri kita, kita mampu melakukannya, kita berupaya melakukannya, kita kompeten melakukannya dan kita layak melakukannya, tidak ada apa yang dapat menghalang kita daripada berjaya. Itulah kekuatan minda yang akan memberi satu kuasa kepada kita untuk melakukannya. Jika sangsi, jika ragu-ragu, jika kita was-was, jika kita khuatir dan jika kita skeptikal, banyak halangan yang perlu kita tempuh. Semuanya bermula daripada minda kita. Positifkan minda kita yang kita mampu berjaya. Insyaallah.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Surah Al-Hujuraat Ayat 11
Jom kita hayati lagu daripada Letto Sandaran hati :
Baca artikel sebelum ini Motivasi : Jalan sukar, destinasi Indah
Yakinkah ku berdiri
Di hempa tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengarmu
Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
Merindukanmu
Terpuruk ku di sini
Terangi dia yang sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku
Teringat ku teringat
Pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati
Inikah yang kau mau
Benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirmu
Dalam gelapnya
Malam hariku