Motivasi : Nampak mustahil tetapi sukses

Kongsi Artikel ini :

Motivasi : Nampak mustahil tetapi sukses
Motivasi : Nampak mustahil tetapi sukses

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di kala wabak Covid-19 ini. Rezeki itu tidak hanya berupa wang ringgit tetapi rezeki itu sangat luas ; Kesihatan itu rezeki, ketenangan itu rezeki, kedamaian itu rezeki, keluarga yang bahagia itu rezeki, isteri, suami, dan anak yang soleh itu rezeki, hidayah dan ilmu itu rezeki, dan yang paling utama adalah diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk sehari lagi adalah nikmat rezeki yang tidak boleh didusta lagi. Syukur kepada Tuhan pencipta Alam. Alhamdulillah.

Hari ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Sering sesuatu masalah nampak mustahil sehingga ia telah berjaya diatasi”

Sebelum tahun 1950an, tiada siapa yang percaya bahawa manusia boleh berlari satu batu (1.6km) dalam masa kurang dari 4 minit. Tetapi pada tahun 1954, Roger Bannister seorang pemuda British telah berjaya berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit iaitu 3 minit 59.4 saat.

Tak sampai sebulan setengah selepas itu, seorang lagi pelari berlari lebih pantas dari Roger. Tahun berikutnya lebih ramai lagi pelari yang berjaya. Pada masa kini, rekod itu senang-senang sahaja dipecahkan oleh budak sekolah menengah.

Pada mulanya, kita akan berkata mustahil untuk melakukannya. Apabila orang lain berjaya melakukannya, baru kita tahu yang tiada yang mustahil jika kita berusaha. Orang lain boleh buat, kenapa tidak kita?

Perkara pertama yang boleh kita lakukan adalah dengan mempercayai diri sendiri dan berimaginasi bahawa kita mampu.

“The world is but a canvas to the imagination – Henry David Thoreau”

Yang kedua adalah, mencuba dan melibatkan diri untuk menyelesaikannya. Sering kita tewas disaat perancangan kerana kita takut untuk mencuba. Kita takut untuk gagal. Kita lebih selesa berada di zon yang selesa dimana kita tidak perlu untuk mengeluarkan tenaga dan membebankan otak. Uji, periksa, analisis dan nilai masalah tersebut, baru kita dapat gambaran yang sebenar.

Yang terakhir adalah perancangan. Seperti pepatah Inggeris ‘A goal without a plan is just a wish’. Pastikan perancangan kita ditulis dan diterjemahkan diatas kertas. Tidak kertas pun, banyak aplikasi dan perisian yang boleh kita guna untuk membuat perancangan seperti Microsoft Project, Evernote, Asana, Smartsheet, Trello, OneNote, Azendoo, Teambox, dan Basecamp. Ada juga aplikasi yang boleh digunakan di PC dan di telefon pintar anda.

Secara kesimpulannya, semuanya terletak pada bahu kita sendiri, seperti kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kejayaan itu tidak datang segera dan memerlukan pengorbanan.

“yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”

Sebelum kita akhiri perkongsian pada kali ini jom kita hayati lagu dari Zynakal, Terbang.

Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Mengkaji sekeliling
Mereka kuat buat bising
Sahutan tak berpaling
Sedangkan yang paling penting
Cuba mentafsirkan niat yang tersirat
Ini sifir ku buat untuk ku punya peminat kuat
Hari demi hari
Mengkaji dan mencari
Hasil berkualiti dari setiap generasi
Bangun dari mimpi mohon jadi realiti
Demi sesuap nasi dan bawa balik bukti
Angan-angan cuma mahu satu senyuman
Tiada lain, senyuman yang melahirkan
Ulang tayang kenangan
Hilang bayang kenangkan
Betulkan alasan sebelum buat rumusan
Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang…
Niat hati cuma mahu cuba
Jika salah tegurlah
Ku mengalah terima
Tak pernahkah kau rasa salah
Apa salahnya, itu masalah
Serba salah serah
Tumpah darah merah
Geli jadi gelisah
Benci pun jadi marah
Biarku salah tanpa sedar
Tak nak mengalah tanpa sabar
Yang salah tak nak kalah biar
Yang sudah tu sudahlah dengar
Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang terbang
Terbang melayang seorang
Jangan biarku seorang
Kalau suka aku boleh ulang
Terbang…

 

 


Kongsi Artikel ini :