Motivasi : Menjadi lebih baik sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Kongsi Artikel ini :

Motivasi : Menjadi lebih baik sedikit demi sedikit, hari demi hari.
Motivasi : Menjadi lebih baik sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Tuhan agar kita dapat meneruskan kelansungan hidup di muka bumi ini.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Menjadi lebih baik sedikit demi sedikit, hari demi hari”

Sudah tentu kita semua inginkan versi kita yang sempurna dan baik dari masa ke semasa. Tapi adakah kita berupaya untuk konsisten setiap hari? Tepuk dada tanya selera. Penulis yakin yang kita semua mempunyai kekuatan untuk berubah dan menjadi lebih baik dari semalam dan hari ini.

Susahnya adalah apabila kita ingin berubah dalam sekelip mata. Kita inginkan kejayaan segera. Kita inginkan perubahan segera. Tetapi pada akhirnya kita yang akan penat dan bosan. Berubahlah sedikit demi sedikit setiap hari, sekecil-kecil perubahan akan menjadi satu pemangkin dan motivasi kepada diri kita. “Look forward and never look back”.

Jom kita fahami dan hayati lagu dari kumpulan Rabithah – Ku ingin berubah

Allah, entah sampai bila?
Ku di ulit gelisah,
Diriku seakan rebah,
Bagai tiada arah,
Allah, aku mengakui,
Aku hamba hina,
Penuh dengan dosa,
Namun sampai bila?
Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Betapa seksanya,
Tikaku berdosa,
Di ulit resah gelisah…
Oh, aku pernah cuba
Namun tak berjaya,
Ku masih ulangi,
Dosa dosaku lagi.
Allah, entah sampai bila?
Ku rebah bangkit rebah bangkit
Ku ingin bangkit selamanya!
Tiada lagi rebah!
Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta dirimu,
Hatiku rindu padamu.
Aku tidak tenang,
Selagi ku tak berlinang,
Air mata keinsafan…

Kongsi Artikel ini :