Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan pembaca sekalian. Diharap semua dalam keadaan sihat dan semangat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga ataupun berbakti kepada orang tua. (Baca post sebelum ini disini)
Pada hari ini, admin ingin berkongsi satu kata-kata motivasi khas untuk kita semua yang mempunyai kisah silam iaitu “Masa lampau tetap dalam ingatanku,tetapi ia bukanlah cerminan diriku sekarang”
Setiap dari kita punyai masa lampau samada baik atau buruk. Jika masa lampau yang baik, perlulah kita bersyukur. Tetapi admin percaya ramai dikalangan kita yang mempunyai masa lampau dan kisah silam yang kurang bernasib baik. Kisah silam itu bukanlah semata-mata tentang diri kita, tetapi tentang pekerjaan, personaliti, harta benda, kawan, pasangan, ibu bapa dan banyak lagi.
Masa lampau itu biarlah ia berlalu pergi dan jadikan tauladan. Masa yang kedepan ini yang perlu kita corakkan dan hiasi dengan kebahagian dan kegembiraan. Jika dulunya seorang yang jahat bukanlah selamanya menjadi cerminan diri. Jika dulunya seorang yang perengus dan pemarah bukanlah juga menjadi cerminan diri yang sekarang. Jika dulunya seorang yang boros, bukan bermakna selamanya boros. Begitulah kehidupan, ibarat seperti roda, kadangkala kita diatas kadangkala kita dibawah. Semasa kita diatas, janganlah memandang rendah pada yang bawah dan semasa kita dibawah janganlah ingat selamanya kita akan terjerumus di dalam masa lampau.
Sekian untuk hari ini, kita berjumpa lagi dilain waktu dan ketika. Teruskan follow sakudigital.my untuk perkongsian kata-kata semangat. Sebelum itu kita layan lagu dari XPDC iaitu “Cinta Kenangan Silam’.
I – Impian ‘kan nyata
N – Nikmat yang berbeda
T – Tanpa pengertian
A – Antara kau aku
Inginku nyatakan ke dalam hatimu
Noktah cinta kita sampainya di sini
Aku mengerti siapa diri ini
Kekayaan tiada dalam diri
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Gerhana itu pengubat hatiku
Nyata kau membisu
Sehingga pudar terang ingatan ini
Lalu ‘ku menyepi
Apakah ini semua sudah biasa
Mainan hidupmu
Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam
Inginku nyatakan ke dalam hatimu
Noktah cinta kita sampainya di sini
Aku mengerti siapa diri ini
Kekayaan tiada dalam diri
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Gerhana itu pengubat hatiku
Nyata kau membisu
Sehingga pudar terang ingatan ini
Lalu ‘ku menyepi
Apakah ini semua sudah biasa
Mainan hidupmu
Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam