Motivasi & Kehidupan : Isi hidup ini dengan pengalaman bukan kebendaan.

Kongsi Artikel ini :

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Semoga kita semua diberikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan fikiran dalam menghadapi cabaran wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia khususnya di tanah air tercinta ini. Sesungguhnya kita mampu untuk menghalang wabak ini dari terus merebak dan kita mampu melawannya.

Pada kali ini, admin ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

“Isi hidup ini dengan pengalaman bukan kebendaan.
Punya kisah untuk diceritakan, bukan pangkat atau harta dibicarakan”

Kalau kita berduit memang seronok. Apa yang kita mahukan semua kita beli. Tiada perasaan tersekat-sekat dalam membeli sesuatu barang. Mengikut kajian, perasaan seronok ketika membeli hanyalah sementara sahaja. Apabila kita dah sampai rumah, kita guna 2,3 kali dan perasaan itu akan hilang dalam masa seminggu atau dua. Berbanding dengan jika menghabiskan masa kita dengan pengalaman, ia akan kekal sehingga akhir hayat kita. Pengalaman itu tak semestinya pengalaman kerja, pengalaman disini adalah pengalaman bersama pasangan, keluarga, anak-anak, kawan-kawan, masyarakat dan pengalaman berada di tempat orang.

Pengiklanan yang keterlaluan menyebabkan kita obses dengan barang-barang yang tidak kita perlukan. Kita perlukan TV baru, baju designer baru, sofa baru, kereta baru dan telefon baru untuk kelihatan gembira dan bersaing dengan kawan-kawan yang lain. Duit itu memang penting tetapi ada limitnya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Universiti Princeton, seseorang tidak akan menjadi lebih gembira setelah pendapatannya mencecah US75000 setahun. Walaubagaimanapun, kemiskinan akan membuatkan orang menjadi lebih tak gembira lebih parah. Oleh itu, berpada-padalah dalam kehidupan. Kesederhanaan dalam kehidupan itu penting.

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Perjalanan kita tidak sama


Kongsi Artikel ini :