Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.
Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.(Surah Ali ‘Imran, ayat 37)
Pada hari ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :
“Jangan lakukan apa yang boleh dibuat hari ini pada keesokkan harinya.
Berlengah-lengah adalah pencuri masa”.
Masalah berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu adalah satu penyakit biasa bagi manusia. Kita mempunyai sikap dimana masih ada hari esok untuk kita menyiapkan atau menyempurnakan sesuatu tugasan. Penyakit ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan kita stress dan kerja yang tidak sempurna.
Jangan risau, jika ingin menghapuskan berlengah lengah ini, kita boleh ikut cara seperti dibawah :
1. Cuba guna Ziegarnik Effect. Zierganik Effect adalah apabila anda mula melakukan sesuatu, otak anda akan menghantar signal supaya anda menyiapkannya sehingga sempurna. Jika anda tidak menyiapkannya anda akan berasa stress dan perkara tersebut sering bermain-main didalam kepala anda. Cuba mulakan sesuatu walaupun sedikit, lama kelamaan, tugas tersebut akan siap.
2. Buat perkara yang memerlukan tidak sampai 5 minit untuk siap sebagai contoh mengemas tempat tidur anda sebaik sahaja bangun dari tidur. Walaupun nampak kecil, tetapi ia akan menaikkan hormon dopamin anda (hormon gembira) dan seterusnya membuatkan anda semangat untuk melakukan kerja-kerja yang lain
3. Orang putih cakap deadline. Letak satu tarikh akhir sesuatu perkara perlu disiapkan. Jangan terburu-buru untuk menyiapkan sesuatu sehingga anda kehabisan tenaga. Orang-orang yang hebat dalam dunia ini, akan berehat 15 minit setelah bekerja selama 1 jam setengah. Jangan habiskan masa 8 jam straight untuk menyiapkan kerja. Anda perlukan rehat.
Kesimpulannya, berlengah-lengah ini ada ubatnya. Ubatnya adalah dengan berdisiplin dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Buatlah kerja sehabis baik seperti pepatah Melayu, “Genggam bara sampai jadi arang”.
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa.” Surah Ali Imran, ayat 133
Jom kita hayati lagu dari M. Nasir iaitu Phoenix Bangkit dari Abu.
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Setiap kejayaan bermula dari keputusan untuk mencuba
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh…
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh…
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh…
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta… demi cinta…