Motivasi : Jangan berhenti berharap

Kongsi Artikel ini :

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua dapat berhimpun bersama keluarga dan memeriahkan lagi suasana berbuka bersama-sama. Memori indah ini jangan dipersiakan kerana ia tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

Pada hari ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :

Tidak kira apa yang berlaku dan
tidak kira sejauh mana kamu telah pergi jauh dari sasaran,
Jangan berhenti berharap bahawa satu hari nanti kamu akan berjaya melakukannya.

Jika anda jatuh bangkit, jika anda tersungkur, bangkit, jika anda terduduk, bangkit, jika anda terperosok jauh kedalam, bangkit dan jika anda menangis teresak-esak, lap air matamu dan terus bangkit. Kejayaan itu tidak datang bergolek seperti pepatah Melayu yang berbunyi yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kita tak nak ketika kita semakin hampir dengan kejayaan kita berhenti ditengah jalan. Mungkin kita hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk mengecap nikmat kemenangan. Belajar dari kesilapan, cekalkan hati, cari rakan-rakan yang supportive, buat matlamat dan target, bayangkan kejayaan kita, tulis matlamat diatas kertas, lupakan kisah lampau dan akhir sekali cuba, cuba dan cuba. Insyallah.. anda semua hebat dan MAMPU.

Baca artikel sebelum ini disini : Motivasi : Disebalik Senyuman


Kongsi Artikel ini :