Motivasi : Impian yang hebat memerlukan masa

Kongsi Artikel ini :

Impian yang hebat memerlukan masa
Impian yang hebat memerlukan masa

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Moga-moga anda semua dilimpahi rezeki yang luas dan kelapangan hati dan masa.

Admin cuba untuk menulis setiap hari untuk berkongsi kata-kata motivasi yang sedikit sebanyak dapat membantu pembaca untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini. Manusia sifatnya adalah saling ingat mengingati dan perlukan sokongan daripada keluarga, pasangan dan kawan. (Baca post sebelum ini disini)

Pada hari ini, motivasi pilihan adalah “Jangan risau jika kamu tidak dapat apa yang kamu impikan lagi, kerana impian yang hebat memerlukan masa”.

Seringkali kita berhenti dipertengahan jalan kerana tidak lagi ingin meneruskan cita-cita kita. Kekangan dari segi masa, kewangan, emosi dan kemampuan fizikal menyebabkan impian kita terkubur walaupun hanya sedikit lagi hendak sampai ke penghujung. Situasi ini selalu kita hadapi dan kita tidak mampu untuk mengubahnya.

Teruskan cita-cita dan impian kamu. Biarlah masa menentukan kerana kebiasaanya perkara yang hebat memerlukan masa yang panjang. Jika kita penat, berhenti seketika. Ambil sebanyak mana masa yang diperlukan. Jika kita berasa lemah semangat dan putus asa, ingat bagaimana susahnya sewaktu kamu bermula dahulu. Ibarat kata pepatah ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’

Jom admin kita layan lagu dari Casey ‘Seribu Impian’

Disenjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan…
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata…
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya…


Kongsi Artikel ini :