Motivasi : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Kongsi Artikel ini :

Motivasi : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Motivasi : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Motivasi kali ini berbunyi :

Jika kamu impikan sesuatu kamu akan mencari jalan.
Jika kamu tidak mahu, kamu akan memberi seribu alasan.

Sebagai manusia, kita amat hebat dalam memberikan alasan. Dari tidak membuat kerja sekolah, datang kerja lewat, tidak bersenam dan makan makanan yang tidak sihat, semua mempunyai alasan tersendiri.

Alasan dan sebab adalah dua perkara berbeza. Contoh alasan adalah aku tak bersenam kerana tiada masa. Contoh sebab adalah aku tak bersenam kerana kakiku terseliuh. Alasan diberikan untuk mengelak dan biasanya tiada asas manakala sebab diberikan kerana kita tidak punya pilihan.

Presiden Amerika Syarikat yang pertama George Washington pernah berkata “It is better to offer no excuse than a bad one.” Bermaksud, “Lebih baik diam daripada memberikan alasan yang buruk”.

Berhenti membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, jangan takut untuk keluar dari zon selesa, jangan menyalahkan orang lain, ambil tanggungjawab untuk setiap perkara yang kita lakukan, belajar dari kesilapan dan akhir sekali tidak mengapa jika sesuatu itu tidak sempurna. Yang penting kita telah melakukannya. Anda seorang yang HEBAT.

Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Cabaran dalam kehidupan


Kongsi Artikel ini :