Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketenangan dalam kehidupan kita sehari harian. Moga hari ini lebih dari semalam.
Kata-kata motivasi pilihan pada hari ini adalah
Cabaran dalam kehidupan bukan untuk melumpuhkan kita,
Tetapi ia membantu mencari siapa diri kita yang sebenar.
Kita memang sukakan zon selesa. Apabila kita sudah berada dalam zon tersebut, kita tak akan sukakan cabaran. Otak kita akan cepat berasa penat untuk menghadapi situasi yang memerlukan daya tahan mental. Cabaran itu perlu dalam kehidupan kerana ia mematangkan kita. Dari kecil sampai kita remaja, kita didatangkan dengan pelbagai cabaran. Sudah tentu cabarannya berbeza dengan orang yang sudah bekerja atau berumahtangga. Tetapi, cuba kita ingat balik macam mana kehidupan dulu membentuk kita sekarang. UntukĀ menjadi diri kita sekarang, cabaran telah membentuk dan memmotivasikan kita sepanjang kita membesar.
Kita perlu melihat cabaran dari sudut yang positif. Kehidupan ini penuh dengan dugaan, cabaran, pahit dan manis. Jika tiada cabaran, hilanglah seri kehidupan dan kita menjadi dormant. (tidak aktif). Kita bangun tidur, makan, tengok tv dan tidur balik. Adakah kita semua berkehendakkan kehidupan seperti itu? Sudah tentu tidak. Bangkit wahai sahabat. Kita berjaya bersama-sama. Kita MAMPU melakukannya.
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Setiap hari adalah hari yang baru