Kenapa produk Dyson Mahal

Kongsi Artikel ini :

Vacuum Jenama Dyson
Vacuum Jenama Dyson

Admin bukanlah pemilik produk Dyson dan artikel ini bukanlah paid review tetapi admin tertarik dengan rekaan dan teknologi yang dimiliki oleh Dyson terutama vacuumnya. Admin bercita-cita satu hari nanti admin boleh pakai satu produk jenama Dyson. Nak tau juga macam mana rasanya memakai produk premium ini. Kalau produk yang bagus apa salahnya kan.

Semua produk Dyson ni boleh tahan harganya. Ibarat memakai keluaran produk Apple. Vacuum yang paling murah pun berharga dekat RM2000. Kenapa produk-produk Dyson ini mahal?

Jom kita tengok sebab-sebabnya :

1. Sentiasa mengutamakan kajian dan pembangunan produk. Kalau tengok produk-produk Dyson rekaan dia macam futuristik sedikit dan kita takkan dapat tengok rekaan tersebut pada jenama-jenama yang lain. Lihat sahaja alat pengering rambut Dyson dibawah ini, tak macam alat pengering rambut konvensional.

2. Dijual sebagai premium produk seperti Apple. Mempunyai marketing yang hebat. Lihat sahaja iklan-iklan yang sering ke udara di TV. Rasa macam nak beli je.

3. Teknologi penyedutan vacuumnya sangat bagus. Dikatakan vacuum Dyson boleh menyedut sehingga 99.97% habuk dan partikel. Vacuumnya juga boleh menyedut sekecil-kecil hampagas sehingga saiz 0.3 micron. Besar mana 0.3 micron ini? Ambil sehelai rambut dan belah sehingga 100 kali.

4. Sebelum release ke pasaran, produk Dyson telah diuji dengan bermacam-macam ujian untuk menguji ketahanan dan reliabiliti. Jika juruteranya tidak puas hati, mereka tidak akan sesekali release produk tersebut ke pasaran.

Jom kita usha-usha produk Dyson yang ada di pasaran dibawah. Tak beli takpa. Kita kumpul duit, satu hari nanti ada rezeki lebih kita cuba pula try pakai produk premium ini.

Ni vacuum Dyson. Mempunyai lebih 4 ratus review dalam Lazada. Harga vacuum ni paling murah dengan harga lebih kurang RM1900. Yang bestnya dia tak pakai wayar atau kabel. Bateri 100% dan boleh tahan sehingga 30 minit.

1. Dyson V8 Fluffy+ Vacuum Cleaner

Dyson V7 Fluffy+ Vacuum Cleaner
Dyson V7 Fluffy+ Vacuum Cleaner

2. Yang ini mesti digemari oleh para wanita. Kalau suami hadiahkan sebiji pengering rambut ini kepada isteri konfem senyum melebar sampai ke telinga. Apa yang menarik tentang produk ini adalah suhu angin yang dikeluarkan oleh pengering rambut ini diukur sebanyak 40 kali dalam masa satu saat untuk memastikan rambut tidak rosak terkena haba yang berlebihan.

Dyson Supersonic™ hair dryer Iron/Fuchsia

Dyson Supersonic™ hair dryer Iron/Fuchsia
Dyson Supersonic™ hair dryer Iron/Fuchsia

3. Yang ini pula sesuai untuk orang yang ada masalah asma dan alergik. Tower fan ini telah diakui sebagai tower fan yang mesra kepada pengguna yang mempunyai alergik dan asma oleh Allergy Standard Limited. (Lebih kurang macam SIRIM). Dikatakan produk ini dapat menapis udara tercemar sehingga 99.95% dan partikel sebesar PM 0.1 (0.1micron). Sebagai perbandingan sebutir pasir dipantai sebesar 50 micron.

Dyson Pure Cool Link air purifier tower fan TP03

Dyson Pure Cool Link air purifier tower fan TP03
Dyson Pure Cool Link air purifier tower fan TP03

Kongsi Artikel ini :