Kazakhstan : Tanah Pengembara.

Kongsi Artikel ini :

1. Tiada Laut

Republik Negara Kazakhstan adalah negara yang tiada laut terbesar di dunia (landlocked) dan negara ke 9 terbesar dunia dengan keluasan 2,724,900 kilometer persegi.Separuh dari negara Kazakhstan berada di Benua Eropah dan separuh lagi di Benua Asia. Kazakhstan bersempadan dengan Rusia, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Bahasa rasminya adalah Kazakh dan menggunakan Tenge sebagai matawang. Penduduk Kazakhstan pada tahun 2018 adalah sebanyak 18.3 juta menjadikan negara ini antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang terendah di dunia. Ibu negara bagi Kazakhstan adalah Astana dan telah dinamakan semula sebagai Nur Sultan pada tahun 2019.

2. Stan…

Stan dalam bahasa Parsi lama bermaksud tanah atau negara. Kazakh pula bermaksud pengembara dalam bahasa Turki lama.

3. Semua ada

Kazakhstan dikatakan mempunyai simpanan uranium, kromium dan plumbum dan zink kedua terbesar dunia, ketiga dalam simpanan manganese dan kelima dalam simpanan tembaga dunia. Kazakhstan juga mempunyai simpanan petroleum dan gas ke-11 terbesar dunia. Ini menjadikan Kazakhstan negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi. 99 dari 110 elemen dalam Jadual Berkala Unsur Kimia boleh dijumpai di Kazakhstan.

4. Sejuk sangat

Kazakhstan mempunyai suhu yang ekstrim, Ibu negara Kazakhstan adalah ibu negara ke-dua tersejuk di dunia selepas Ulaanbaatar.

5. Baikonur Cosmodrome

Tempat pelancaran roket ke angkasa terletak di Baikonur, Kazakhstan yang bernama Baikonur Cosmodrome adalah tempat dimana angkasawan negara Malaysia pertama berlepas ke angkasa pada tahun 2007. Satelit pertama dunia iaitu Sputnik dilancarkan di stesen ini dan Yuri Gagarin orang pertama yang pergi ke angkasa juga telah berlepas di stesen ini.

Jika anda suka akan Kazakhstan, apa kata anda lawat laman web ini.

Like Facebook kami untuk mendapatkan info-info terkini.

Kongsi Artikel ini :