Iceland : Negara tanah api dan ais

Kongsi Artikel ini :

1. Icelandic

Iceland adalah negara kepulauan Nordic yang terletak di Utara Atlantik dengan populasi sebanyak 348,580 orang. Dengan keluasan 103,000 kilometer persegi.  Iceland adalah negara yang paling jarang penduduknya di benua Eropah. Bandar terbesar dan ibu negara bagi Iceland adalah Reykjavik, dan bahasa rasminya adalah Icelandic.

2. Nyamuk

Iceland adalah negara yang tiada nyamuk. Para saintis masih mengkaji kenapa nyamuk tidak boleh hidup di Iceland.

3. Geotermal

Hampir kesemua keperluan elektrik di rumah penduduk Iceland menggunakan punca tenaga dari hidro elektrik dan geotermal.

4. Reykjavik

Ibu negara Iceland, Reykjavik adalah ibu negara yang terletak yang paling utara di dunia. Walaupun terletak berdekatan dengan Lautan Artik, purata suhu di Reykjavik pada bulan Januari adalah sama dengan suhu di New York.

5. Nama keluarga

Orang Iceland tidak mempunyai nama keluarga seperti negara-negara barat yang lain. Lebih mengujakan, terdapat undang-undang yang ketat berkenaan nama-nama yang boleh digunakan oleh orang Iceland. Sebelum ibu bapa mendaftarkan nama anak mereka, satu jawatankuasa khas akan menyemak dan menilai nama tersebut sebelum boleh didaftarkan.

6. Ulat buku

Iceland adalah satu negara yang penduduknya suka membaca. Terdapat satu terma di Iceland iaitu Jolabokafloo yang bermaksud kebanjiran buku pada hari krismas dimana sebelum hari krismas terdapat puluhan buku baru diterbitkan dan dijadikan hadiah pada hari krismas.

Jika anda suka akan Iceland, apa kata anda lawat laman web ini.

 


Kongsi Artikel ini :