Gunung Tianmen : Gerbang Syurga

Kongsi Artikel ini :

Stairway to the Heaven Gate

The Heaven’s Gate

Sebuah pergunungan yang digelar ‘Gerbang Syurga’.

Terletak di Taman Negara Gunung Tianmen, Zhangjiajie, barat laut provinsi Hunan, China.

Kereta kabel telah dibina pada tahun 2005 oleh sebuah syarikat dari Perancis dari Stesen Zhangjiajie sehingga ke puncak gunung.

Kereta kabel ini dikatakan adalah kereta kabel penumpang yang paling panjang di dunia.

Ada 98 biji kereta kabel dengan panjang kabel lebih kurang 7 kilometer sehingga ke puncak.

Pelawat juga boleh berjalan melalui jalan yang telah dipahat pada lereng-lereng bukit menuju ke puncak gunung. Terdapat juga titian kaca yang pelawat boleh melihat ke bawah.

Selepas itu, pelawat disajikan dengan anak tangga yang menuju kepada lubang semulajadi seakan gerbang yang disinari cahaya. Bukaan gerbang itu setinggi 131.5 meter dan sangat menakjubkan.

Di atas pula, terdapat satu kuil Tianmenshan yang terletak di kawasan landskap seluas 2 hektar.

anda berminat melawat negara China, apa kata anda lawat laman web ini

 

 


Kongsi Artikel ini :