Guatemala : Sebahagian dari Tamadun Maya

Kongsi Artikel ini :

1. Nueva Guatemala de la Asuncion

Nama rasmi bagi Guatemala adalah Republik Guatemala. Guatemala adalah negara di benua Amerika tengah yang bersempadan dengan Mexico di utara dan barat, Pulau Carribbean di timur laut, Honduras di timur, El Savador di tenggara dan Lautan Pasifik di selatan. Guatemala mempunyai penduduk seramai 16.6 juta orang menjadikan negara ini paling ramai penduduk di benua Amerika Tengah. Bandar terbesar dan juga ibu negara bagi Guatemala ialah Nueva Guatemala de la Asuncion atau lebih dikenali sebagai Guatemala City. Penduduk negara ini bertutur dalam bahas Sepanyol. Mata wang bagi negara Guatemala adalah Quetzal.

2. Tempat yang banyak pokok

Nama Guatemala berasal dari bahasa Nahuatl iaitu Cuauhtemallan yang bermaksud tempat yang banyak pokok.

3. Libre Crezca Fecundo

Moto bagi negara Guatemala adalah Libre Crezca Fecundo yang bermaksud Tumbuh Bebas dan Subur.

4. Tamadun Maya

Guatemala pernah menjadi sebahagian dari Tamadun Maya. Bukti kewujudan manusia di Guatemala bermula pada tahun 12000 sebelum masihi. Lebih kurang separuh dari penduduk Guatemala berasal dari kaum Mayan Purba.

5. Gunung Berapi Tajumulco

Titik paling tinggi di Guatemala adalah Gunung Berapi Tajumulco yang berdiri setinggi 4211 kaki. Manakala sungai terpanjang adalah sungai Motagua sepanjang 486 kilometer.

Jika anda berminat tentang Guatemala, jom kita melawat laman web ini.

 


Kongsi Artikel ini :