Ethiopia : Negara Tanduk Afrika

Kongsi Artikel ini :

1. Addis Ababa

Ethiopia adalah negara yang terletak di timur laut benua Afrika. Terkenal dengan jolokan tanduk Afrika, Ethiopia bersempadan dengan Eritrea di utara, Djibouti di timur laut, Somalia di timur, Sudan dan Selatan Sudan di barat, dan Kenya di selatan. Ethiopia adalah negara ‘landlocked’ (tiada laut) yang paling ramai penduduk di dunia dengan lebih kurang 102 juta orang. Bandar terbesar dan ibu negara Ethiopia adalah Addis Ababa. Ethiopia juga dikenali sebagai Habsyah. Sahabat Nabi Muhammad iaitu Bilal bin Rabah berasal dari Ethiopia.

2. Kopi

Dikatakan kopi berasal dari Ethiopia di wilayah Kaffa. Seorang pegembala kambing menyaksikan kambing-kambing yang dijaga menjadi hiper aktif setelah meragut daun kopi.

3. Kalendar

Kalendar Ethiopia mempunyai 13 bulan dan kalendar tersebut lambat 7.5 tahun dari kalendar yang kita gunakan sekarang. Tahun baru di Ethiopia bermula pada 11 September.

4. Fosil

Fosil manusia tertua di dunia dijumpai di Ethiopia. Usia fosil tersebut adalah lebih 3 juta tahun.

5. Abebe Bikila

Pelari jarak jauh Ethiopia Abebe Bikila memenangi pingat emas dalam Maraton Olimpik pada tahun 1960 dengan berkaki ayam. 4 tahun kemudian, beliau menang sekali lagi di Tokyo menjadikan beliau satu satunya individu yang menang 2 kali.

Jika anda berminat tentang Ethiopia, apa kata anda lawat laman web ini.

 


Kongsi Artikel ini :