Antartika : Kawasan Paling Selatan Di Dunia

Kongsi Artikel ini :

1. Suhu

Suhu yang paling sejuk pernah direkodkan di Antartika adalah negatif 89.2 darjah selsius yang telah dicatatkan pada 21 July 1983 di Stesen Vostok Antartika. Dry Valleys di Antartika pula adalah tempat yang paling kering di dunia. Angin di Antartika boleh mencapai kelajuan sehingga 320 km sejam.

2. Ais yang sangat tebal

Benua Antartika adalah benua yang ke lima terbesar di dunia dengan 99 peratus darinya dilitupi oleh ais. Secara perbandingan Antartika adalah hampir 2 kali ganda besar dari benua Australia. Purata ketebalan ais di Antartika adalah lebih kurang 1.6 kilometer tebal. 70 peratus dari air tawar dunia datangnya dari Antartika.

3. Gunung Erebus

Gunung Erebus adalah gunung berapi yang kedua tertinggi di Antartika selepas Gunung Sidley. Gunung ini adalah gunung berapi aktif yang terletak paling selatan di dunia. Terletak di Pulau Ross , gunung ini setinggi 3794 meter. Dikatakan gunung berapi ini telah aktif sejak 1.3 juta tahun dahulu.

4. Kewujudan yang dipandang sepi

Kewujudan Antartika tidak diketahui lansung oleh penduduk bumi sehingga tahun 1820. Ini kerana Antartika tidak sesuai dihuni akibat cuaca yang ekstrim dan kekurangan sumber semula jadi.

5. Tidak dipunyai oleh sesiapa.

Antartika adalah benua ‘de facto condominium’ yang bermaksud, sekumpulan negara telah bersetuju untuk berkongsi kedaulatan Antartika dan Antartika tidak boleh dipunyai oleh mana-mana negara. Pada tahun 1959. 12 negara telah menandatangi ‘Antartic Treaty System’ yang bertujuan untuk mengelakkan aktiviti ketenteraan, melombong, pembuangan sisa nuklear dan letupan bom nuklear di Antartika. Selepas itu, sebanyak 38 lagi negara menandatangani perjanjian tersebut.

Jika anda berminat tentang Antartika, anda boleh melayari laman web ini.


Kongsi Artikel ini :