Aktiviti Masa Lapang : 11 Permainan Havoc untuk Seisi Keluarga

Kongsi Artikel ini :

Mengisi masa lapang
Permainan Keluarga : Aktiviti masa lapang yang berfaedah

Kadang kala kita banyak masa lapang yang terbiar begitu sahaja.

Banyak dihabiskan dengan bermain gajet terutamanya telefon pintar.

Kita asyik men scroll sehingga mata pun jadi sembab dan fikiran melayang.

Sudahnya, baju kotor menimbun, kain dalam mesin basuh tidak bersidai, pinggan tak bercuci.

Masa senggang jika digunakan dengan betul dapat memberikan kepuasan kepada kita.

Apakah aktiviti sihat yang boleh dilakukan pada masa lapang?

Cara terbaik mengisi masa lapang adalah dengan bermain permainan keluarga. Omputih cakap family board game.

Apakah faedah bermain game ini?

  • Mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. Yang kalah akan murung sekejap. Yang menang akan menganjing
  • Boleh meningkatkan kemampuan berfikir. Latihan kepada otak untuk berfikir secara kreatif dan cepat.
  • Mengurangkan stress. Gelak memanjang. Badan merembeskan hormon endorfin. Hormon gembira katanya.
  • Permainan yang tidak terlalu susah seperti menyelesaikan algebra. Semua kategori umur pun boleh main.

Kalau begitu, jom kita tengok 12 permainan yang mampu mengisi masa lapang anda. Kalau duduk sorang tu ajaklah jiran sebelah rumah main.

1.Congkak

Cara terbaik mengisi masa lapang
Congkak

Permainan tradisional yang perlu menggunakan pengiraan dan timing yang baik.

Siapa pula yang main congkak malam-malam ni.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

2. Monopoly

Cara terbaik mengisi masa lapang
Monopoly

Nama pun monopoli. Sudah tentu nak mengaut sebanyak mana tanah, rumah dan hotel. Geng kapitalis katanya.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

3. Dam Haji, Dam Ular dan Aeroplane

Cara terbaik mengisi masa lapang
Dam Haji, Dam Ular dan Aeroplane

Dam haji atau dalam bahasa Inggerisnya Draught game. Baru admin tau nama omputih bagi dam haji adalah draught game.

Kalau main dam ular pula, pastikan ikut lengkuk ular tu bila turun. Baru nama dam ular.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

4. Chess

Cara terbaik mengisi masa lapang
Chess

Siapa dah tengok Queen’s Gambit. Kalau belum sila silalah bernetflix.

Cerita tersebut pasti akan membuat anda teruja untuk bermain chess

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

5. Jenga

Cara terbaik mengisi masa lapang
Jengga

Jengga jengga. Main tarik-tarik bongkah kayu. Kalau tak tarik dengan berhati-hati, struktur akan jatuh.

Tak sesuai dimain oleh orang yang ada heart attack.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

6. Saidina

Cara terbaik mengisi masa lapang
Saidina

Saidina ini ibarat monopoly versi Malaysia. Harganya lebih murah daripada Monopoly dan mempunyai dwi bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

7. Jutaria

Cara terbaik mengisi masa lapang
Jutaria

Ni permainana ala-ala monopoly dan saidina. Tetapi versi rakyat marhaen. Sangat murah tetapi sangat mengujakan. Sama sahaja tujuan dia, beli tanah, beli rumah, beli hotel dan jadilah kapitalis yang berjaya. Jangan rembat duit bank dah lah.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

8. Batu seremban

Cara terbaik mengisi masa lapang
Batu seremban

Dekat tempat admin kita orang panggil batu seremban.

Ada juga yang panggil serembat atau selambut.

Tak tau lah asal usul dia macam mana. Mungkin orang-orang seremban yang cipta.

Lebih kepada permainan untuk perempuan. Laki biasa main ceper (tudung botol)

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

9. Sahibba

Cara terbaik mengisi masa lapang
Sahibba

Sahibba ini menguji kosa kata atau vocab kita. Agak boring bagi admin, tapi boleh dimainkan untuk keluarga yang mementingkan education didalam setiap aktiviti.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

10. UNO

Cara terbaik mengisi masa lapang
Uno

Telah wujud sejak tahun 1971 lagi. Memerlukan pemain untuk pandai matematik asas. Tambah tolak tu biasa.

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

11. Donkey, Happy Family, Old Maid, Snap

Cara terbaik mengisi masa lapang
Donkey, Happy Family, Old Maid, Snap

– -> BELI DI SHOPEE <- –

– -> BELI DI LAZADA <- –

Permainan Donkey dan Old Maid ini memang lejen.

Seboleh-boleh kita tak nak jadi old maid dan donkey sebab memang akan kena bahan kaw-kaw kalau kita pegang kad yang paling last.

Kalau tak kuat mental boleh murung kena bahan.

Kesimpulan

Kepentingan mengisi masa lapang dapat mengelakkan kita daripada membuat perkara-perkara lagha.

Bak kata peribahasa masa itu emas. Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu.

Aktiviti ini juga boleh dimainkan semasa hujung minggu. Bila semua ada dekat rumah barulah havoc kan.

Anak-anak juga pasti gembira. Takla masing-masing duduk dalam bilik main handphone kan

Jom baca tentang 10 JAM TANGAN PINTAR SMARTWATCH TERBAIK & PREMIUM


Kongsi Artikel ini :