
Penggunaan Microwave semakin mendapat tempat dikalangan ibu-ibu diluar sana terutamanya yang bekerjaya.
Kekakangan masa akibat bekerja menjadikan pengguna beralih kepada teknologi ini supaya dapat menjimatkan masa.
Secara ringkasnya, Microwave befungsi dengan menggunakan gelombang yang memantul didalam dinding besi Microwave dan menyebabkan getaran didalam molekul air makanan.
Getaran tersebut menyebabkan haba terhasil dan memanaskan makanan didalam Microwave tersebut.
Apakah beza antara Microawave dan Oven?
Paling mudah Microwave menggunakan gelombang untuk memanaskan makanan manakala oven mengunakan haba yang dihasilkan pada heating elemen.
Selain itu, masa memasak untuk Microwave adalah cepat berbanding Oven.
Oven lebih sesuai untuk memasak (Baking) kek atau kuih raya kerana masak lebih sekata dan menghasilkan ‘brown’ yang diinginkan.
Jom kita tengok 9 Microwave yang terbaik dipasaran.
Untuk maklumat lanjut tentang harga boleh klik pada link
1.Panasonic 23L Microwave Grill Oven NN-GT35H (NN-GT35HMMPQ / NN-GT35HBMPQ)

Panasonic memang antara pengeluar barangan elektrik yang tahan lasak.
Walaupun agak mahal berbanding jenama-jenama lain, ia tetap menjadi pilihan pengguna kerana tahan lama.
Menang membeli menang memakai.
Microwave ini mempunyai kapasiti sehingga 23L dan mempunyai 12 menu masakan automatik seperti memasak bubur, memanggang ayam dan memasak mee segera
Ciri yang mungkin menjadi perhatian pengguna adalah keupayaan microwave ini untuk memanggang yang menjadikan bahan masakan seperti ayam lebih coklat (browning) dan rangup (crispier)
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
2. TOSHIBA 20L MICROWAVE OVEN ER-SM20(W)MY

Toshiba pun adalah jenama elektrik yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Jenama dari Jepun ini terkenal dengan kualiti dan rekaan yang moden.
Dengan kapasiti sebanyak 20L, microwave ini sangat sesuai kepada pengguna yang baru berjinak-jinak dengan penggunaan microwave kerana ciri-ciri asas dan harga yang murah (RM180 ++)
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
3. Toshiba 21L MW2-MM21PF Microwave Oven Digital Series with Timer Defrost Function

Hitam itu menawan.
Pemilik microwave toshiba ini pasti tersenyum puas apabila microwave ini dipadankan dengan couter top dapur anda.
Dengan kapasiti sebanyak 21L ia menggunakan teknologi inverter yang boleh mengurangkan kadar penggunaan elektrik.
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
4. Panasonic 20L Microwave Oven NN-ST25JBMPQ / NN-ST25JB

Model ini mempunyai 30 butang fungsi (function button) dan 9 menu.
Menawarkan ciri memanas hanya dalam masa 30 saat.
Jimat masa anda !
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
5. Samsung 23L Solo Microwave Oven with Quick Defrost MS23K3513AK / MS23K3513AK/SM

Jenama elektrik dari negara K-POP ini mempunyai kapasiti sehingga 23L.
Dengan harga mampu milik (sekitar RM300), microwave ini juga antara microwave asas yang wajar dimiliki oleh pengguna baru (entry level)
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
6. Electrolux EMM20K18GWI 20L Free standing Microwave

Dengan kapasiti 20L, microwave jenama electrolux ini adalah antara yang kompak.
Sesuai untuk dapur yang bersaiz kecil tetapi ingin barang yang berkualiti .
Harganya tidak terlalu mandi sangat hanya sekitar RM200
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
7. Pensonic Micro Oven PBW-2501D (25L)

Jenama Pensonic ini antara jenama barangan elektrik rakyat marhaen kerana harganya yang murah dan kualitinya yang baik.
Dengan kapasiti sehingga 25L dan warna chrome yang mengancam, pasti tidak mengecewakan anda.
Ciri tambahan yang ada adalah kebolehan microwave ini untuk memanggang (grill).
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
8. Hitachi HMR-D2311 23L Digital Microwave Oven

Microwave ini mempunyai ciri yang lebih kurang model Panasonic.
Mempunyai kapasiti 23 liter dengan kemasan hitam.
Harganya hanya sekitar RM260
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
9. Sharp 20L Microwave Oven R207EK Multi function 800W

Antara model microwave yang basic tetapi mempunyai ciri moden dengan paparan LED.
Mempunyai kapasiti sebanyak 20 liter dengan tanda harga RM250 ++.
– -> BELI DI LAZADA <- –
– -> BELI DI SHOPEE <- –
Kesimpulan
Setiap kali kesimpulan, mesti admin akan mengingatkan bahawa membeli peralatan elektrik sangat bergantung kepada bajet yang ada.
Bak kata pujangga kewangan, belanja setelah menyimpan, bukan menyimpan selepas berbelanja.
Yang kedua barulah pergi kepada fungsi dan jenama.
Jika hanya untuk memanaskan lauk, beli sahaja microwave yang basic.
Takut-takut microwave yang mahal dan mempunyai pelbagai fungsi hanya menjadi perhiasan diatas rak.
Jom komen dibawah apakah Microwave idaman anda !
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini