Kandungan
Pengenalan
Malaysia mengalami cuaca panas sepanjang tahun kecuali pada musim tengkujuh yang biasanya jatuh pada bulan Disember.
Cuaca panas berbahang sampaikan pasang kipas yang paling maksimum pun tak berkesan.
Haba pula terperangkap didalam rumah sampai ke malam kerana dinding membebaskan haba yang dikumpul pada waktu siang.
Rumah pula tiada lubang udara.
Tak boleh nak buka pintu atau tingkap atas faktor keselamatan bagi mengalirkan udara.
Selain itu, mungkin kita tahan panas, tetapi anak-anak kita terutama newborn menghadapi masalah kulit dan gatal-gatal jika terlalu panas.
Faktor diatas penyebab kita terpaksa memakai penghawa dingin walaupun terpaksa membayar lebih untuk bil elektrik.
Ada dua solusi, samada beli penghawa dingin mudah alih (portable aircond) atau beli penghawa dingin dinding (wall aircond).
Sebelum membuat keputusan, apa kata kita tengok dulu kelebihan dan kekurangan Portable Aircond
Kelebihan Portable Air Conditioner berbanding Air Cond Dinding
Boleh diletakkan dimana-dimana kawasan rumah.
Tidak perlu pendawaian elektrik, tidak perlu menebuk dinding. Sesuai bagi rumah sewa yang tidak dibenarkan untuk menebuk.
Senang jika pindah rumah, tak perlu panggil tukang untuk dismantle (tanggalkan aircond)
Boleh dibawa kemana- kemana : Contoh kalau balik kampung boleh bawa ke kampung naik kenderaan.
Kekurangan Portable Air Conditioner berbanding Air Cond Dinding
Salah satu drawback bagi portable air cond adalah ia perlu diletakkan dekat dengan pintu, tingkap ataupun saluran udara.
Ini kerana, haba dari aircond perlu dibebaskan melalui hose yang disediakan.
Pengguna juga perlu memasang window slider yang mungkin boleh menyebabkan ciri keselamatan tingkap menjadi kurang.
Bunyi yang lebih bising. Ini kerana kompressor dibina sekali berbanding aircond dinding dimana kompressornya diluar rumah.
Sesuai untuk menyejukkan ruang yang kecil. Portable aircond yang ada dipasaran paling tinggi pun 1.5hp.
Oleh kerana portable aircond duduknya dibawah bukan diatas, proses untuk menyejukkan ruang agak sukar dilaksanakan kerana perolakan udara yang tidak sesuai.
Aircond dinding sangat efisien dalam menyejukkan ruang kerana dipasang berdekatan ceiling.
Ini kerana udara sejuk yang lebih berat daripada udara panas akan turun kebawah dan menyejukkan keseluruhan bilik.
Manakala bagi portable aircond, udara disejukkan dibawah, tetapi sukar untuk udara sejuk naik keatas atas faktor berat.
Kekurangan lain adalah, portable aircond mengeluarkan air yang perlu dibuang jika portable aircond tersebut mempunyai tray air.
Bagi yang tidak mempunyai tray air, perlu ada bekas seperti baldi untuk menampung air yang dikeluarkan atau menyediakan saluran untuk air keluar ke longkang.
Leceh juga kalau hari-hari kena angkat baldi untuk buang air.
Perbezaan Air Cooler & Portable Air Conditioner
Air Cooler dan Portable Air Conditioner adalah dua benda yang berbeza walaupun bentuk yang seakan-akan sama.
Ramai pengguna yang tersilap membeli air cooler walhal inginkan portable air conditioner.
Bagaimana ingin membezakan 2 alat ini?
Yang paling ketara adalah dari segi harga.
Kebiasaannya air cooler adalah jauh lebih murah daripada portable aircond.
Harga portable aircond tidak lari dalam lingkungan RM800 sehingga RM1500
Air cooler juga mengunakan air untuk menyejukkan udara.
Pengguna perlu topup air jika air telah kurang.
Oleh itu, kadar kelembapan dalam rumah mungkin akan tinggi.
Manakala portable aircond menggunakan gas untuk menyejukkan udara.
Pembuat Portable aircond akan menyertakan kadar horsepower (HP) dalam spefikasi mereka seperti 1HP atau 1.5HP manakala air cooler tiada.
Selain itu, air cooler hanya berupaya untuk menyejukkan ruang sehingga 3 darjah celcius paling maksimum.
Portable aircond pula boleh menurunkan suhu sehingga 10 darjah celcius.
Seperti aircond dinding, aircond portable menggunakan elektrik yang lebih berbanding air cooler.
Jika ingin melihat bagaimana rupanya air cooler boleh ke pautan ini 10 Air Cooler Portable Terbaik (Mudah Alih) TIDAK PERLU WIRING
Sebelum memilih portable aircond yang berkenan dihati, jom kita lihat langkah-langkah dalam menentukan portable aircond yang bersesuaian dengan anda.
BTU (Unit Thermal British): Ini mengukur kapasiti penyejukan unit. Ruang yang lebih besar memerlukan nilai BTU yang lebih tinggi. Sebagai panduan umum, cari antara 8,000 hingga 10,000 BTU untuk bilik kecil, 12,000 hingga 14,000 BTU untuk bilik sederhana, dan 18,000+ BTU untuk ruang yang lebih besar.
Portabiliti: Pertimbangkan berat dan saiz unit. Cari yang dilengkapi roda penggerak untuk mudah dipindah. Selain itu, periksa dimensi untuk memastikan sesuai dengan ruang yang diinginkan.
Kecekapan Tenaga: Periksa nisbah kecekapan tenaga (EER). Nilai EER yang lebih tinggi bermaksud unit yang lebih cekap tenaga. Ini boleh membantu anda menjimatkan kos elektrik dalam jangka panjang.
Tahap Bunyi: Penyejuk udara mudah alih boleh menghasilkan bunyi. Cari yang mempunyai penilaian desibel (dB) yang rendah, terutamanya jika anda merancang untuk menggunakannya di bilik tidur atau ruang yang sunyi.
Pemasangan: Kebanyakan unit penyejuk udara mudah alih memerlukan beberapa bentuk pemasangan, seperti melalui tingkap. Periksa sama ada unit dilengkapi kit pemasangan dan sesuai dengan jenis tingkap anda.
Ciri-Ciri: Cari ciri-ciri seperti kelajuan kipas yang boleh diubah, penjadual masa yang boleh diprogram, dan pengawal jauh untuk keselesaan. Sesetengah unit juga dilengkapi dengan keupayaan penyingkiran lembap atau pemanasan.
Penjagaan: Periksa seberapa mudahnya untuk membersihkan dan menjaga unit. Unit dengan penapis boleh dibasuh dan digunakan semula adalah lebih baik.
Harga: Tetapkan bajet dan cari unit yang memenuhi kriteria anda dalam julat tersebut. Harga boleh berbeza berdasarkan jenama, ciri-ciri, dan kapasiti penyejukan.
Ulasan: Baca ulasan pelanggan untuk mendapatkan pandangan dunia nyata mengenai prestasi dan ketahanan penyejuk udara mudah alih yang anda pertimbangkan.
Jaminan: Periksa jaminan yang ditawarkan oleh pengeluar. Tempoh jaminan yang lebih panjang boleh memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan daripada masalah yang mungkin timbul.
Jom kita tengok senarai portable aircond dari pelbagai jenama dibawah :
MIDEA Portable Air Cond
- Model : Midea MPH-09CRN1
- Self Evaporative System
- Easy Installation
- Self-Diagnosis and Auto Protection
- Timer
- Onmi-Directional Caster
- Auto Restart Function
- Sleep Mode
Hisense Portable Air Conditioner
- AP09KVG
- 1.0 HP
- R32
- Type: Non-Inverter
- HP: 1.0HP
- Cooling Capacity: 9000 (Btu/h)
- Air Circulation: 280 (m3/h)
- EER for Cooling: 2.68 W/W
- Refrigerant: R32 Type
- Refrigerant charge volume: 235 g
- Indoor Unit Noise Level (Sound Pressure): 50 High(dB (A)) : 48 Low(dB (A))
- Outdoor Unit Noise Level (Sound Pressure): 59 dB (A)
Morgan Portable Air Cond
- MAC-093 Lite
- 1.0HP
- MODEL : MAC-093
- POWER SUPPLY : 220-240V~ 50HZ
- RATED WATTAGE : 1100W
- COOLING CAPACITY : 2600W / 9000BTU/H
- REFRIGERANT / CHARGE : R410A/410G
- AIR FLOW VOLUME : 330M³/H
- SUITABLE FOR ROOM SIZE UP TO 14-20M²
- WITH LED DISPLAY
- 3-IN-1 FUNCTION OF COOLING, DEHUMIDIFYING AND FAN.
- LOW / HIGH FAN SPEEDS
- WITH 24 HOUR ON / OFF TIMER
- WITH TEMPERATURE SETTING (16ºC-30ºC) FOR COOLING MODE
- WITH LEFT / RIGHT AUTO SWING LOUVERS
- WITH REMOTE CONTROL
- WASHABLE FILTERS
- SELF-EVAPORATION SYSTEM TO IMPROVE COOLING EFFICIENCY
Pensonic Portable Aircond
- 9000 Btu/h & 1.0HP Power
- Air Flow Volume 410m3/h & Noise Level: 64 dB(A)
- Refrigerant R410A
- Sturdy and Durable Swivel Caster
- Centrifugal Fan Type
- Inner- grooved copper tube
- LED Display Control Panel
- Timer / Sleep Mode/ Dehumidifying / Vertical Auto Swing
- Low-Mid-High Speeds
- Remote Control
- Rated Cooling Capacity: 2.6kW
- Rated Cooling Input: 1.0kW
- Max Input Power: 1.2kW
- 1 Year General Warranty by PENSONIC Malaysia
ACSON Portable Air Conditioner
- Moveo A5PA10C
- 1.0 HP / 10,000 BTU/h
- R410A Gas
- 3 Fan Speed
- 4 Direction Air Swing
- Touch Screen Panel
- Remote Control
- Dimension: W435 x D350 x H715 mm
- 1 Year General Warranty
- 5 Years Compressor Warranty
AUX Portable Air Conditioner
- AM-12B4/LAR-EU
- 1.5HP
- Reka Bentuk Bergaya : Buaian Auto, Tahan Pecah, Rekaan Perancis
- Reka Bentuk Boleh Alih : Dengan 4 Roda Di Pangkalan
- Reka Bentuk Bersepadu : Termasuk Pemampat, Pemeluwap, Penyejat, Kipas, Motor
- Udara Segar : Udara Ekzos Dalaman ke Luaran, Udara Segar Masuk Dalam Dalaman
- Kapasiti Kawalan Sentuhan : Import Cip Lebih Pantas dan Lebih Tahan Lama
- Udara Segar : Teknologi Segar Udara Anion
- Alat Kawalan Jauh : 10 Meter Berkesan
- Bunyi Rendah : Dilengkapi Dengan Salur Udara Sempurna, Pemampat Bunyi Rendah dan Motor Kipas, Reka Bentuk Super Senyap AC Mudah Alih Kami Lebih Berdaya Saing
- Kelembapan Pengeringan : Penyahlembapan Super
- Penggunaan Kuasa (W) : 1500
Sharp Portable Air Conditioner
- Cooling Capacity (W)- 2800
- Cooling Capacity (BTU/h)- 9554
- Power Input (W)- 965
- Running Current (A)- 4.2
- Power Supply (V-Hz)- 220-240V 50Hz
- Air Volume (H/M/L/) m3/h- 320/290/260
- Sound Pressure Level dB(A)- 53/52/51
- Dehumidifying Volume (L/h)- 1.43
- Unit Dimension (W×H×D) mm- 304×800×358
- Net Weight (kg)- 26.5
- Refrigerant- R32
- Sleep Mode- Yes
- Dehumidify- Yes
- On/Off Timer- 24-Hour
ELBA PORTABLE AIR CONDITIONER
- EPACD3910(WH)
- 1HP
- Air Circulation (m3/h) 380
- Voltage 220-240V / 50Hz
- Cooling Capacity (Btu/h) 10000
- Cooling Power Input (W) 999
- Cooling Current Input (A) 4.4
- EER for Cooling (W/W) 2.61
- Refrigerant R410a
- Noise Level (High) (dB(A)) 56
- Noise Level (Low) (dB(A)) 52
- Net Weight (KG) 22
- Product Dimension (mm) (W x H x D) 300 x 756 x 352
Kesimpulan
Kesemua faktor yang diatas perlu diambil kira jika ingin memiliki sebuah portable aircond.
Jom komen dibawah jika ada soalan tentang portable aircond.
Kalau suka artikel ini jom baca tentang :
11 AIRCOND NON INVERTER TERBAIK DAN MURAH
12 Jenama Aircond Inverter Terbaik 2020 (Jimat Elektrik)
10 Air Cooler Portable Terbaik (Mudah Alih) TIDAK PERLU WIRING
Panduan, tips dan cara beli Aircond Rumah Terbaik
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini