Kandungan
Pengenalan
Musim PKP ni kedai gunting rambut tidak dibuka.
Ada diantara kita yang tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk memiliki sebuah mesin potong rambut.
Tak pernah lagi seumur hidup kita dari kecil satu Malaysia kedai gunting rambut ditutup.
Bagi yang tiada masalah untuk berambut panjang, penutupan kedai rambut tidak menjadi isu.
Tapi bagi yang rimas berambut panjang, rasa migrain bila rambut panjang, serabut dan serabai, penutupan kedai gunting rambut memang menjadi satu masalah besar.
Bagi yang dianugerahkan kebolehan untuk mengunting rambut adalah satu rahmat.
Mesin potong rambut dikenali sebagai Hair Clipper dalam Bahasa Inggeris.
Teknologi moden membolehkan mesin potong rambut tidak perlu menggunakan wayar untuk beroperasi.
Hanya perlu dicaj beberapa jam dan mudah untuk pengguna memotong rambut dimana sahaja tanpa perlu ada sumber elektrik.
Yang digunting juga tidak lagi dibelit dengan wayar.
Apakah kelebihan mengunakan mesin pemotong rambut yang berjenama?
Pemotong rambut yang berjenama biasanya sudah lama dipasaran dan kualiti pisau dan motornya sangat dipercayai.
Ada yang beli mesin, pakai sebulan motor dah berbau dan cepat panas.
Ada yang baru menggunakan beberapa kali, pisau tumpul dan berkarat.
Oleh itu, tak salah untuk membeli mesin pemotong rambut yang berjenama walaupun harga agak kayangan.
Pemilihan mesin gunting rambut melibatkan beberapa faktor penting:
Jangka Hayat Bateri: Periksa jangka hayat bateri yang dijangka. Anda tidak mahu bateri habis ketika memotong rambut. Jangka hayat bateri yang lebih lama adalah lebih baik.
Masa Pengecasan: Pertimbangkan berapa lama mesin gunting memerlukan masa untuk diisi penuh. Masa pengecasan yang singkat adalah lebih mudah, terutamanya jika anda kadang-kadang lupa untuk mengisi bateri lebih awal.
Tanpa Wayar vs. Dengan Wayar: Beberapa mesin gunting bateri juga boleh digunakan dengan wayar. Ini berguna jika bateri habis dan anda masih perlu menyiapkan potongan rambut.
Kuasa dan Motor: Cari mesin gunting dengan motor yang kuat, terutamanya jika anda mempunyai rambut tebal atau kasar. Motor yang kuat memastikan pengalaman pemotongan yang lebih lancar dan cepat.
Pemotongan Berbilang Panjang dan Pisau yang Dapat Diubahsuai: Mempunyai pisau yang boleh diubahsuai dan pelbagai panjang potongan memberi anda fleksibiliti untuk mencapai pelbagai gaya. Ini amat penting jika anda suka panjang potongan yang berbeza untuk bahagian rambut yang berlainan.
Penjagaan: Periksa sejauh mana mudahnya membersihkan dan menjaga mesin gunting. Sesetengah model datang dengan pisau yang tajam sendiri atau reka bentuk yang mudah dibersihkan, yang boleh menjimatkan masa dan usaha anda.
Ergonomik: Pertimbangkan reka bentuk dan berat mesin gunting. Pegangan yang selesa adalah penting, terutamanya jika anda merancang untuk menggunakannya untuk tempoh yang lama.
Jenama dan Ulasan: Kaji reputasi jenama dan baca ulasan pengguna. Jenama yang terkenal dan reputasi baik lebih cenderung menghasilkan mesin gunting yang boleh dipercayai. Ulasan pengguna boleh memberikan pandangan tentang prestasi sebenar dalam kehidupan seharian.
Aksesori: Sesetengah mesin gunting dilengkapi dengan aksesori tambahan, seperti lampiran sisir yang berbeza, berus pembersih, atau kotak pembawa. Nilai tambahan ini mungkin bergantung kepada keperluan anda.
Jom tengok 6 mesin pemotong rambut terbaik dari jenama yang terkenal dibawah :
Wahl PRO 5-Star Series Magic Clip Cordless Hair Clipper
Jenama Wahl tidak perlu diperkenalkan lagi kerana terkenal dengan kualiti dan ketahanan mesinnya.
Syarikat yang telah mencapai usia lebih 100 tahun ini berpusat di Illinois Amerika Syarikat.
Tidak hairan dengan pengalamannya dalam industri ini menyebabkan mesin pemotong rambut jenama Wahl menjadi pilihan tukang gunting rambut di seluruh dunia.
Wahl Original 8466 Super Taper Hair Clipper
Yang ini Wahl konvensional yang biasa kita lihat kerana menggunakan wayar.
Kelebihan menggunakan wayar adalah, pengguna boleh pakai dalam jangka masa yang panjang.
Kalau pakai bateri (cordless) mungkin bateri perlu ditukar setelah kitaran bateri habis.
Andis Master Cordless Limited Edition Gold Clipper
Andis juga adalah antara pengeluar mesin potong rambut yang terkenal dan telah lama bertapak.
Andis Master Cordless ini adalah mesin pemotong rambut nir wayar yang boleh bertahan sehingga 90 minit.
Carbon-steel blade coated in durable, corrosion resistant customs gold colour is adjustable from fine to coarse.
Bilah pisaunya pula diperbuat daripada besi karbon yang disadur dengan warna emas tahan karat.
Babyliss PRO FX788C CHROMFX Metal Ferrari Trimmer
Warna krom yang mengancam.
Bilah pisau yang diperbuat dari besi tahan karat.
PANASONIC ER-GC51-K451 BEARD & HAIR TRIMMER
Kelebihan , badan yang boleh dibasuh.
Kesimpulan
Jika anda inginkan portability atau mudah alih, beli mesin potong rambut yang nir wayar (pakai bateri).
Kekurangannya pula adalah mesin perlu dicaj semula dan perlu menunggu untuk penuh sebelum boleh digunakan semula.
Selain itu mesin potong rambut yang menggunakan bateri lebih mahal berbanding yang menggunakan wayar.
Jika inginkan pemotongan yang berterusan, belilah mesin pemotong rambut yang pakai wayar.
Kalau suka artikel ini jom baca tentang 10 Shavers Elektrik (Pencukur) Terbaik dan Popular di Lazada
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini