Jam di dinding telah menunjukkan pukul 10.00 malam. Azman perlu menyiapkan laporan kepada bosnya yang perlu dihantar pada esok pagi. Azman bermonolog sendirian dengan mengatakan “Aku nak tengok Facebook sekejap, nak skrol apa-apa yang menarik, pukul 10 suku aku start buat report”.
Azman pun skrol Facebook feeds dari satu feeds kepada satu feeds. Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 12.00 malam. Azman berasa menyesal kerana tidak menghentikan perbuatannya lalu mengakibatkan laporan yang patut dibuat tergendala.
Azman berasa tertekan dan bagi menghilangkan rasa tertekan itu, Azman terus baring di atas katil lalu tertido. Keesokkan paginya, Azman telah dimarahi oleh bosnya kerana tidak menyiapkan laporan seperti yang diminta.
Pernahkan anda melalui kejadian seperti ini? Admin pasti semua pun pernah melalui perkara sebegini. Kita selalu berlengah-lengah dalam melakukan pelbagai perkara. Kita menunggu sehingga masa semakin suntuk barulah kita bertindak. Kadangkala ada masanya kita perlu berlengah-lengah bagi memberi masa untuk kita berfikir.
Tetapi most of the time, kita perlu bertindak dengan lebih pantas supaya perkara yang perlu diselesaikan tidak pending atau tertunda.
Jom kita amalkan tips untuk tidak berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu tugasan.
1) Perkara yang mengambil masa kurang 2 minit.
Jika anda mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan, cari tugasan yang hanya memerlukan masa kurang dari 2 minit untuk diselesaikan. Kenapa 2 minit? Sebab tugas yang memerlukan hanya 2 minit biasanya tugas yang senang dan ringan.
Contoh paling mudah adalah membuat satu salinan fotokopi untuk diberi kepada anak buah anda di tempat kerja. Masa yang diambil untuk membuat satu salinan fotokopi adalah singkat. Disamping dapat mengurangkan tugas-tugas yang kecil, kita akan lebih berasa tenang dan motivasi kita akan meningkat kerana berjaya melakukan satu tugasan.
Walaupun nampak tugas ini kecil, otak kita akan menghantar satu signal yang sama seperti anda melakukan tugas yang besar. Admin masih ingat lagi sewaktu zaman persekolahan dulu, cikgu-cikgu sering memesan kepada pelajarnya untuk menjawab soalan yang senang dahulu didalam exam dan barulah disusuli dengan soalan yang susah. Kerana, apabila anda berjaya menjawab soalan yang senang, anda akan lebih bersemangat untuk menyiapkan soalan-soalan yang lain.
Apa tunggu lagi, mulakan tugas yang kecil dahulu dan barulah disusuli dengan tugas yang besar.
2) Elakkan dari menggunakan media sosial
Zaman sekarang ini, semua orang mempunyai telefon pintar. Telefon pintar ini banyak manfaatnya, tetapi banyak juga keburukannya. Salah satu keburukannya ialah media sosial. Bagi admin tak salah jika kita mengunakan media sosial, tetapi perlu ada batasan masa dan limit.
Media sosial telah terbukti menyebabkan kita berlengah-lengah dalam melakukan satu tugasan. Melayari media sosial memberikan kita satu kepuasan yang palsu bagi mengelak kita dari melakukan tugasan. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah menetapkan satu masa untuk melayari media sosial seperti masa ‘tea break’ atau semasa dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja jika anda menggunakan perkhidmatan awam.
Anda boleh juga menggunakan aplikasi seperti Forest yang boleh didapati di Playstore (Android) atau Appstore (IOS) untuk membantu anda mengelak dari berlengah-lengah. Apa yang aplikasi ini buat adalah, anda akan diberi satu pokok dan pokok itu akan membesar jika anda tidak menggunakan telefon pintar dan sebaliknya, jika anda menggunakan telefon pintar anda, pokok tersebut akan mati. Secara tak langsung memberikan anda motivasi untuk meneruskan kerja anda tanpa menggunakan telefon pintar. Sudah tentu banyak lagi aplikasi-aplikasi yang lain yang anda boleh gunakan. Admin suka yang percuma!.
3. Multitasking
Selalu kita dimomokan bahawa dengan melakukan tugas multitasking, kita akan nampak lebih beribawa dan WOW. Mengikut kajian, sebenarnya multitasking tidak membantu kita untuk lebih berjaya, malah akan menyebabkan otak kita terbeban dan kita akan cenderung untuk terlepas pandang sesuatu perkara.
Cadangan admin dan cadangan dari kajian oleh psikologi, buatlah satu tugas sahaja dalam satu-satu masa. Kita akan lebih menumpukan seluruh jiwa raga kita untuk menyelesaikan tugas yang perlu disiapkan. Tanpa anda sedari multitasking sebenarnya menggunakan masa yang lebih banyak dari melakukan satu tugas. Oleh itu, orang yang multitasking tidak semestinya menghasilkan satu keputusan yang bagus.
Setakat ini sahaja perkongsian admin. Mulakan dari sekarang dengan melakukan tugas yang paling mudah dan senang. Berhenti dari menggunakan media sosial secara keterlaluan dan multitasking does not work ! .