Kandungan
Pengenalan
Mencari peti sejuk yang baik adalah sangat penting bagi sesebuah keluarga.
Ini adalah kerana , peti sejuk itu adalah pusat kehidupan sesebuah keluarga.
Disitulah barang basah dan barang segar disimpan bagi keperluan makanan sesebuah keluarga agar dapat meneruskan kehidupan.
Kebiasaannya perkara asas pertama yang dicari setelah berumah tangga adalah peti sejuk, mesin basuh dan dapur memasak.
3 benda ini adalah tunjang kepada sesebuah keluarga bagi meringankan beban kerja yang ditanggung samada isteri atau suami.
Kebiasaannya, pengguna terus ke kedai elektrik atau pasaraya untuk membeli peti sejuk tanpa ada panduan dan bergantung kepada jurujual untuk menjelaskan spefikasi.
Apakata kali ini kita baca dulu panduan yang akan diterangkan dibawah supaya anda ada sedikit pengetahuan tentang peti sejuk yang ditawarkan.
Ini kerana, peti sejuk kita nak pakai lama, atleast 10 tahun ke atas dan kita tidak ingin membuat kesilapan yang boleh merugikan masa 10 tahun kita. Lebih baik menang membeli dan menang memakai.
Perkara-perkara utama yang perlu anda ketahui sebelum membeli peti sejuk adalah bajet, jenis peti sejuk. saiz. kapasiti dan sesuai tak dipadankan dengan dapur anda.
Spefikasi yang extra seperti boleh buat ais, ada dispenser air kat depan pintu, ada tablet ke , ada internet ke, peti sejuk pintar ke itu semua adalah tambahan sahaja, jika ada bajet yang lebih tiada masalah kerana semua spefikasi tersebut kadangkala menyenangkan kita dan membuatkan kita selalu ingin kedapur.
Jangan tercabut pintu dek kerana buka tutup dah la yer.
Admin lebih berminat kepada peti ais yang konvensional, asalkan boleh menyimpan barang segar dan barang mentah itu pun dah bersyukur.
Sebelum kita pergi kepada panduan membeli peti sejuk, eloklah penulis menjelaskan sedikit terma-terma yang digunakan supaya kita lebih faham, maklumlah ada terma yang sesuai digunakan dalam bahasa Inggeris seperti Freezer yang dalam Bahasa Malaysianya adalah tempat sejuk beku.
Untuk barang segar atau fresh items adalah seperti sayur, buah,buahan ,susu , kicap, segala jenis sos , mayonis dan lain-lain yang didalam botol. Untuk barang sejuk beku (freezer) seperti daging, ayam , dan lain-lain.
Okay, yang pertama sekali jom kita mengenali jenis-jenis peti ais/sejuk yang berada dipasaran.
Top Freezer
Peti ais klasik ini paling biasa ada dipasaran dan penulis percaya 8 dari 10 buah rumah di Malaysia ini menggunakan peti ais ini.
Peti sejuk ini mempunyai bahagian sejuk beku diatas dan bahagian barangan segar di bawah.
Mempunyai satu pintu untuk barangan segar dan satu pintu untuk Freezer.
Kalau untuk super bajet peti ais, ada satu pintu sahaja untuk freezer dan barang segar.
Peti sejuk ini menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harganya yang murah dan terdapat banyak pilihan di Malaysia. OK, jika anda tergolong dari orang-orang yang mementingkan bajet dan baru mulakan kehidupan samada berumah tangga ataupun mempunyai keluarga yang kecil, peti sejuk ini boleh dijadikan pilihan utama.
Peti sejuk ini kalau nak menyimpan barang makanan untuk 4 ahli keluarga memang mencukupi.
Selain itu peti sejuk ini agak susah nak rosak dan tahan lama sebab dia dibina secara asas sahaja iatu tempat sejuk beku dan tempat barang segar.
Tiada extra spefikasi yang boleh mendatangkan kerosakan seperti dispenser air atau ice maker.
Seperkara lagi, peti sejuk jenis top freezer ini sangat jimat elektrik dan energy efficiency.
Anda boleh tengok kebanyakan stiker Penggunaan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga yang ditampal di peti sejuk ini adalah 5 bintang.
Dibawah ini adalah contoh stiker yang biasanya ditampal pada peralatan elektrik yang dijual.
Semakin tinggi bintang semakin bagus tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut.
Semakin cekap penggunaan tenaga, dapatlah kita berjimat sikit pakai karan kat rumah. (Paling cekap 5 bintang, paling tak cekap 1 bintang)
Bottom Freezer
Yang ini freezernya dibawah manakala barang fresh diatas.
Untuk jenis ini, sesuai untuk orang yang selalu ambil barang fresh berbanding barang sejuk beku.
Isteri-isteri diluar sana pastinya gembira kerana tidak lagi perlu lagi membongkok untuk mengambil barang segar seperi lobak, sayur dan buah-buahan kerana ia berada pada paras mata dan paras badan.
Selain itu, bagi jenis peti sejuk bottom freezer ini, kebiasaanya tempat menyimpan barang sejuk beku adalah lebih besar dan luas berbanding top freezer.
Bagi penggunaan elektrik pula, Bottom Freezer menggunakan lebih tenaga elektrik berbanding top freezer dalam anggaran 10 hingga 15 peratus.
Kenapa ya? Secara asasnya setiap peti sejuk dibina dengan meletakkan kompresor dibawah sekali.
Kompresor ini mengeluarkan haba apabila ia berfungsi.
Ingat tak dulu, mak kita suruh kita letak kasut yang baru dibasuh dan dikapur dibelakang peti sejuk jika hari hujan. Haba yang dikeluarkan oleh kompresor ini menyebabkan tempat sejuk beku perlu disejukkan dengan lebih lama dan menyebabkan peningkatan sedikit tenaga elektrik.
Berbanding peti sejuk yang freezer dibina diatas, masa yang singkat diperlukan untuk menyejukkan freezer diatas kerana ia jauh dari sumber haba (kompressor).
Side by side door (Pintu sebelah menyebelah)
Bagi peti sejuk ini, ada dua pintu sebelah menyebelah secara menegak.
Satu buka ke kiri satu buka ke kanan dan ruang dibahagi sama rata.
Ruang sebelah kiri untuk sejuk beku (freezer) dan ruang sebelah kanan untuk barangan segar (fresh).
Sesuai untuk siapa ya? OK yang ini sesuai untuk penggemar sejuk beku kerana ia mempunyai tempat sejuk beku yang besar dan banyak rak.
Pengguna yang sering makan frozen food seperti aiskerim, karipap frozen, roti prata frozen atau pizza frozen boleh consider beli peti ais jenis ini.
Pengguna boleh menyusun barang sejuk beku secara teratur dan terletak pada paras mata.
Lagi satu, jika anda mempunyai ruang yang sempit, jenis peti sejuk ini sangat sesuai kerana bukaan pintunya yang tidak memakan ruang.
Sebagai contoh, jika peti sejuk berdekatan dengan kitchen Island (meja ditengah), ruang bukaan pintu perlu dikira dengan sebaiknya kerana takut-takut ia akan tersekat.
Kalau size yang sempit, bolehlah consider beli peti sejuk jenis side by side door ini.
Untuk kekurangannya pula, tak boleh nak isi makanan frozen yang bersaiz besar sebagai contoh pizza yang dalam kotak besar.
Setakat regular tu mungkin boleh muat, tapi kalau large tu tak muat dah.
Tapi perlu check juga spefikasi raknya, ada yang boleh diadjust dan ditanggalkan untuk memuatkan barang yang lebih besar.
French Door
Admin tak tau macam mana peti sejuk jenis ini mendapat namanya.
Yang ni admin beritahu awal-awal harganya paling mahal dari semua jenis peti sejuk dan menjadi idaman kalbu para isteri-isteri diluar sana.
Peti sejuk ini mempunyai 2 pintu sebelah menyebelah untuk barang segar dan freezer dibawah sekali.
Freezer tersebut dibuka macam kita tarik laci meja kita.
Dikatakan peti sejuk jenis ini adalah pilihan ideal bagi pengguna-pengguna di seluruh dunia.
Siapa golongan sasar untuk peti sejuk jenis French Door ini adalah pengguna yang banyak menyimpan barang-barang segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan kekacang.
Mengikut kajian juga, pengguna biasanya membuka peti sejuk 7 hingga 8 kali sehari (Kalau time Covid-19 ini mungkin 20 hingga 30 kali) untuk mengambil barang-barang segar seperti susu atau minuman ringan.
Oleh itu, peti sejuk ini sesuai untuk mereka kerana rak untuk barang segar sama paras dengan mata.
Peti sejuk jenis French Door ini juga sesuai untuk orang yang tak kisah sangat pasal susunan barang-barang sejuk beku mereka kerana bahagian freezernya tidak mempunyai rak-rak seperti peti sejuk jenis side by side.
Biasanya pengguna akan menyusun barang sejuk beku secara bertindan antara satu sama lain.
Peti sejuk ini juga mempunyai freezer yang besar, setakat ayam Turkey dan pizza large itu senang-senang je dimuat dalam ruang tersebut.
Bagi yang mempunyai ruang dapur yang sempit, peti sejuk ini sangat sesuai dengan pengguna kerana bukaan pintu yang hanya separuh daripada peti sejuk biasa dan freezernya dibuka secara menarik kedepan.
Counter depth
Okay yang ini sebagai pengetahuan sahaja. Peti sejuk ini lebarnya adalah sama dengan size kabinet dapur kita.
Peti sejuk di pasaran saiznya biasanya lebih lebar daripada cabinet dapur kita dan akan terjojol keluar sedikit.
Bagi counter depth ini, ia direka untuk selari dengan kabinet dapur kita supaya ia nampak lebih kemas dan blend dengan hiasan dapur kita.
Tak banyak dijual dipasaran dan harganya agak mahal.
Jika lebarnya dikurangkan maka ruang penyimpanan juga telah dikurangkan.
Pengguna yang inginkan kecantikan dan kekemasan dapur bolehlah membeli peti sejuk jenis ini.
Okay admin harap pembaca dapat memahami jenis-jenis peti sejuk yang ada dipasaran.
Dulu admin pun ingat peti sejuk ini semuanya sama, asalkan boleh menyimpan barang sejuk beku dan barang segar dah cukup, tapi ternyata admin silap kerana terdapat beberapa jenis peti sejuk yang mungkin menjadi idaman masing-masing dan sesuai dengan cara penggunaan.
Penting sebelum beli
Sebelum membeli ada beberapa perkara yang perlu pengguna ambil tahu iaitu size peti sejuk yang dapat muat di dapur anda.
Pastikan pengguna mengukur ketinggian, kelebaran dan kedalaman ruang yang bakal diisi oleh peti sejuk baru anda. Kedalaman itu adalah jarak antara dinding ke depan peti sejuk anda.
Tinggalkan ruang seinci antara ukuran kerana peti ais perlu ada ruang untuk membebaskan haba. Jangan terlalu rapat ke dinding kerana apabila haba tidak dapat dibebaskan peti sejuk akan cepat rosak.
Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diukur lebih-lebih lagi kalau anda ada kitchen island.
Perlu diingat, peti sejuk yang single door memerlukan sudut bukaan yang lebih besar daripada peti sejuk yang pintunya side by side.
Pastikan juga anda mengukur luas pintu dapur dan pintu utama.
Jap lagi lori dah sampai, peti sejuk tak dapat masuk kedalam rumah kerana size lagi besar dari pintu.
Meloponglah kita disitu. Lagi baik buat ilustrasi di atas kertas pelan dapur kita dan ukuran-ukuran yang dinyatakan diatas. Kalau nak lagi rajin buat dalam komputer guna Excel pun boleh.
Selalu persoalan ini akan dikemukan oleh pengguna.
Apa jenama yang bagus dan berapa lama boleh tahan.
Sebagai pengguna kita inginkan peti sejuk yang berkualiti dan tahan lama.
Jarang orang beli peti sejuk 2 tahun sekali. Secara puratanya, peti sejuk boleh tahan 10 hingga 15 tahun.
Jangan lihat pada jenama, lihat pada model kerana setiap jenama mengeluarkan model yang berbeza dan sudah tentulah R&D nya juga berbeza.
Oleh itu, penting kita tengok review dari pengguna yang telah memakainya samada bagus atau tidak.
Rajin-rajin la skrol komen-komen yang diberikan oleh pemberi dalam laman web jual beli seperti Shopee dan Lazada. Kalau nak lagi tepat, cari review dalam Google berdasarkan model tersebut.
Kalau beli online pastikan anda beli dari authorized seller atau kedai rasmi kerana proses untuk claim warranty lebih terjamin.
Pastikan juga ada warranty yang diberikan yang kebiasaannya adalah dalam tempoh satu tahun. Perlu ke tidak kita bayar untuk ‘extended warranty’?
Terpulang kepada pengguna jika ada bajet lebih. Bagi admin jika extended warranty tersebut berbaloi, ambil sahaja kerana biasanya peti sejuk akan meragam dalam masa 4 tahun.
Jika peti sejuk berjaya mengharungi 4 tahun tanpa masalah, peluang untuk peti sejuk itu bertahan sehingga 10 hingga 15 tahun adalah cerah.
Dibawah ini admin senaraikan 5 peti sejuk terbaik mengikut jenis-jenisnya.
1. Top Freezer : LG IEC Gross 225L Dark Graphite Steel Top Freezer
2. Bottom Freezer : PANASONIC REFRIGERATOR 2 DOOR 407L
3. Peti Sejuk jenis Side by Side door : Samsung 647L Side-by-Side Refrigerator Fridge
4. Peti Sejuk jenis French Door : Panasonic NR-CY550GK FRIDGE ECONAVI FRENCH 551L NR-CY550GKMY
5. Peti Sejuk jenis Counter Depth : Samsung (RS62T5F01B4) 660L 2 Doors Side by Side with Family Hub Digital Inverter Refrigerator
Okay ini pula senarai peti sejuk popular, murah dan review yang bagus di Lazada & Shopee :
1. Hisense Mini Bar RR60D4AGN 60L
2. Midea 156L Single Door Refrigerator
3. Electrolux Refrigerator 2 Door ETB2102MG 230L Fridge
4. SHARP i-Huggy Series Refrigerator SJ189MS
5.HITACHI JAPAN R-W720P7M GBK 586L INVERTER 4 GLASS DOOR BIG FRENCH REFRIGERATOR FRIDGE SIDE BY SIDE
6. A&S Multi Door Refrigerator – 460 L Fridge
7. Hisense Side by Side Silver Refrigerator (620L)
8. SHARP JAPAN SJX626MS 620L SIDE BY SIDE REFRIGERATOR
9. Beko 635L Side By Side PROSMART INVERTER Refrigerator
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.