Samarkand : Kota pertembungan antara budaya.

Kongsi Artikel ini :

Samarkand : kota seribu sejarah

Samarkand adalah salah sebuah kota yang paling tertua didiami di Benua Asia Tengah. Terdapat bukti bahawa kota ini telah diduduki sejak zaman paleolitik lagi. Dimanakah terletaknya kota Samarkand ini? Ia terletak di timur laut negara Uzbekistan berdekatan dengan Lembah Sungai Zarefshan. Kota ini mempunyai penduduk sehingga 530 ribu orang pada tahun 2018. Cuacanya pula adalah cuaca Meditrenean dengan bulan Ogos mencatatkan suhu yang paling tinggi sekitar 40 darjah celcius.

Sejarah kota ini amat panjang untuk dirungkai. Yang paling terkenal adalah kota ini penah ditakluk oleh Alexander the Great pada tahun 329 sebelum masihi semasa ia dikenali sebagai Marakanda oleh orang-orang Greek.Seterusnya kota tersebut telah diperintah oleh pewaris pemerintah dari Turkic dan Iran sehingga orang Mongol diketuai oleh Genghis Khan menawan Samarkand pada tahun 1220.

Kota ini amat terkenal dikalangan sarjana-sarjana Islam kerana ia menjadi kota tumpuan untuk belajar tentang Islam. Pada sekitar abad ke 14, kota ini menjadi ibu negara bagi Empayar Timur dan menjadi tempat pemakamamannya yang dikenali sebagai Gur-e Amir. Kota ini juga mempunyai sebuah masjid yang terkenal dikalangan pelancong iaitu masjid Bibi Khanym. Pada tahun 2001, UNESCO telah mengiktiraf Samarkand sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan mengelar Samarkand sebagai ‘kota pertembungan antara budaya’.

Kebanyakkan penduduk Samarkand adalah dari bangsa Tajik manakala bangsa minoriti adalah bangsa Uzbek. Bahasa rasmi bagi Samarkand adalah bahasa Uzbek dimana ia adalah salah satu cabang dari bahasa Turkic. Manakala bahasa kedua mereka adalah bahasa Rusia. Islam pula telah berkembang di Samarkand sekitar abad ke-8 lagi semasa penaklukan dinasti Umayyad.

Dari segi pengangkutan, Samarkand adalah salah sebuah kota terpenting bagi pengunaan keretapi. Semua keretapi yang beroperasi dari timur ke barat mesti melalui Samarkand. Jaringan keretapi yang paling penting dan terpanjang adalah jaringan Tashkent-Kungrad yang melalui kota Samarkand. Terdapat juga keretapi laju yang bernama Afrasiyab yang beroperasi dari bandar Tashkent, Samarkand dan Bukhara.

Jika anda berminat tentang Samarkand, apa kata anda melawat laman web ini.

Jom like Facebook kami untuk kemaskini info-info terkini.


Kongsi Artikel ini :