Panduan, tips dan cara beli Pressure Cooker Terbaik

Kongsi Artikel ini :

Tak semua isi rumah di Malaysia mempunyai pressure cooker dan ia tidak sepopular fasiliti-fasiliti elektrik yang lain. Selain harganya yang agak mahal, ada diantara kita semua ini tidak tahu penggunaan pressure cooker tersebut termasuklah admin pada masa dahulu. Tapi takpa, kita boleh belajar dan duit boleh dikumpul sedikit demi sedikit.

Pressure cooker ini memendekkan masa untuk sesuatu bahan untuk masak. Sebagai contoh, jika anda mengambil masa selama 3 jam untuk menjadikan daging empuk menggunakan periuk biasa, anda  hanya memerlukan kurang daripada sejam jika menggunakan pressure cooker. Jika masa masak telah dikurangkan, bermakna anda telah jimat gas memasak sebanyak lebih kurang 50%.

Bagaimana pressure cooker ini dapat menjimatkan masa memasak? Ini adalah kerana, wap panas teperangkap didalam pressure cooker dan ‘menekan’ bahan masakan untuk masak lebih cepat. Wap panas tersebut tidak dapat keluar dari pressure cooker kerana tedapat getah silikon disekeliling penutup yang menjadikan periuk tersebut kedap.

Okay jom kita lihat panduan dibawah jika anda berminat untuk memiliki sebuah pressure cooker . Panduan ini untuk pressure cooker yang menggunakan stove ya ( dapur gas).

Stainless steel

Beli pressure cooker yang dibuat dari stainless steel bukannya aluminium. Aluminium akan bertindak balas dengan bahan yang berasid seperti tomato yang menjadikan rasa masakan berlainan. Cari stainless steel yang grade dia tinggi iaitu 304. Cuba tengok dekat bawah periuk tersebut ada tak label 304 ini. Satu lagi, pastikan bawah periuk menggunakan 3 lapisan kerana tiga lapisan lebih tahan lasak dan makanan tidak cepat hangus. Periuk yang mempunyai 3 lapisan juga menyebarkan haba dengan lebih konsisten supaya tekanan yang dihasilkan tidak turun naik. Harga pressure cooker aluminum juga lebih murah daripada stainless steel. So jangan tertipu dengan harga. Ada pressure cooker kapasiti besar, tapi murah rupanya dibuat dari aluminium.

Size

Alang-alang nak beli pressure cooker, beli yang saiznya lebih dari 6 atau 7 liter. Kenapa? Satu dapat masak dengan lebih banyak. Satu family boleh makan termasuk jiran. Yang kedua kita biasanya akan beli satu je pressure cooker untuk seumur hidup. So buat pilihan yang bijak. Cari juga pressure cooker yang diameternya lebih besar kerana senang kita nak tengok dan kacau bahan didalam periuk tersebut. Lagipun kalau pressure cooker yang diameter dia besar, senang kita saute daging. (Saute tu maksudnya goreng daging dengan cepat).

Cari periuk yang straight. Periuk yang dibawahnya besar dan diatasnya kecil akan menyebabkan bahagian atas cepat rosak terkena haba yang dibebaskan dari benjolan periuk dibawah.

Pressure Indicator

Cari pressure Indicator yang kita boleh nampak dengan senang dari jauh atau dekat. Kadang-kadang ada pressure cooker indicatornya kedalam, so kita kena tengok dari dekat baru nampak. Kita juga tidak mahu pressure cooker yang sering melepaskan wap. Pressure cooker yang bagus hanya melepaskan wap apabila tekanan yang sesuai telah dicapai. Jika wap sering dilepaskan, makanan akan hangus kerana air sudah kering. Makanan juga akan jadi lambat untuk lembut atau masak kerana kehilangan tekanan.

Keburukan dan bahaya Pressure Cooker

Sering kita terdengar pressure cooker meletup ketika sedang masak. Secara amnya, pressure cooker adalah sangat selamat dipakai. Beli pressure cooker dari jenama yang terkenal. Pengguna juga harus sentiasa memastikan semua komponen injap tekanan dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat.

Dari segi masakan, anda tidak boleh meletakkan semua jenis bahan dan mengharap bahan tersebut akan masak dalam waktu yang sama. Selain itu, semasa memasak dengan pressure cooker, pengguna tidak boleh membuka dan menambah bahan lain seperti garam atau perasa.

Cara guna Pressure Cooker

Menggunakan pressure cooker tidaklah susah kerana sedikit sebanyak seperti memasak menggunakan periuk konvensional. Cara penggunaan setiap jenama pressure cooker secara amnya juga adalah sama. Jom kita tengok langkah dibawah untuk cara menggunakan pressure cooker (untuk gas pressure cooker)

  1. Masukkan bahan yang ingin dimasak kedalam periuk tekanan
  2. Tutup penutup pressure cooker dan pastikan injap tekanan dalam posisi yang betul
  3. Letak diatas dapur memasak dan pilih tetapan tekanan.
  4. Tunggu sehingga tekanan berkumpul.
  5. Perlahankan api dan kira masa masak yang diperlukan

Jom kita lihat antara Pressure Cooker yang terbaik di pasaran :

1. Paling baik, bagus dan berkualiti. Tapi mahal yang amat. Buatan luar negara. Sapa yang boleh beli kat Amazon beli kat sana sebab lebih murah. Guna je forwarder seperti USgobuy, 1grandtrunk atau parcl.

Fissler vitaquick / Pressure Cooker-Set

Fissler vitaquick / Pressure Cooker-Set
Fissler vitaquick / Pressure Cooker-Set

 – -> BELI DI SHOPEE <- –

2. Sederhana mahal, yang kedua terbaik. Sama seperti diatas. beli kat Amazon beli kat sana sebab lebih murah. Guna je forwarder seperti USgobuy, 1grandtrunk atau parcl.

Presto 6-Quart Stainless Steel Pressure Cooker

Presto 8-Quart Stainless Steel Pressure Cooker
Presto 8-Quart Stainless Steel Pressure Cooker

 – -> BELI DI SHOPEE <- –

3. Yang ni mampu milik. Pressure Cooker Elektrik dia pernah keudara dekat Go Shop. Diperbuat daripada stainless steel 304 dan bawah dia ada 3 lapisan.

ASD 304 stainless steel pressure cooker with extra thickness 6L

ASD 304 stainless steel pressure cooker with extra thickness 6L
ASD 304 stainless steel pressure cooker with extra thickness 6L

 – -> BELI DI LAZADA <- –

Okay itu sahaja untuk panduan kali ini. Secara kesimpulannya, walaupun mahal tetapi sangat berbaloi dalam jangka masa yang panjang. Return of Investment (pulangan modal) itu ada. Kenapa? satu sebab dia menjimatkan masa. Yang kedua menjimatkan gas dan yang paling penting orang rumah tersenyum lebar kerana tidak penat menunggu dan memasak. Orang rumah pun tak stress dan hepi sokmo. Banyak tu pulangan modal yang kita dapat dari membeli sekecil-kecil peralatan dapur ini. Bagi yang kekurangan duit, takpa, kita kumpul slow-slow. Yang penting menang membeli menang memakai.

Baca post sebelum ini disini : Panduan, cara dan tips membeli Mesin Basuh Terbaik (Washing Machine).


Kongsi Artikel ini :