Penggunaan Aircond di rumah sudah tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.
Cuaca yang panas saban hari menyebabkan pengguna beralih kepada Aircond daripada kipas biasa.
Harga aircond pun tidaklah semahal 10 tahun lepas dan banyak pilihan yang ditawarkan oleh pelbagai jenama seperti Panasonic, Sharp, Mitsubishi, Midea, Daikin, Acson, LG, Samsung, York, Hisense, Haier dan Hitachi.
Penggunaan elektrik juga tidaklah semahal model-model aircond keluaran awal kerana aircond model terbaru telah dilengkapi dengan sistem penjimatan elektrik.
Oleh itu, aircond bukan lah lagi produk premium yang hanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu.
Sebelum kita membeli aircond, wajib kita tahu perkara-perkara asas yang perlu diambil kira bagi memastikan pembelian anda tepat dan aircond yang dibeli dapat memenuhi cita rasa pengguna.
Paling penting adalah ruang yang dikehendaki dapat disejukkan dengan cepat dan bil elektrik tidak melambung.
Masa awal-awal dulu admin sering berbelah bahagi untuk memasang aircond kerana takut bil akan melambung.
Persoalan yang selalu timbul dalam fikiran orang yang baru nak pasang aircond adalah berapakah penambahan bil elektrik jika aku pasang aircond?
Pakai memang sedap nak-nak masa tidur, sedar-sedar bil elektrik naik mencanak.
Adakalanya, kita tidak perlukan aircond, tapi anak kita yang ada masalah kulit seperti eczema perlu aircond kerana jika terlalu panas ruam tersebut akan cepat naik.
Secara amnya, jika kita ON aircond yang berkapasiti 1 horsepower selama 8 jam, 30 hari sebulan kita perlu membayar extra RM50.00 sebulan.
Penambahan horsepower akan menyebabkan bil elektrik semakin tinggi kerana TNB mengenakan tarif yang berbeza bagi penggunaan Kilowat pada bacaan tertentu.
Okay jom kita lihat panduan dibawah sebelum memiliki sebuah aircond :
BTU (British Thermal Unit) & Saiz Aircond
British Thermal Unit atau BTU ini adalah unit yang diterima pakai oleh seluruh dunia.
Thermal itu bermaksud haba.
BTU digunakan untuk menentukan berapakah kapasiti horsepower aircon.
Semakin besar nilai BTU semakin besar horsepower aircond.
Dalam erti kata lain, BTU inilah yang menentukan berapa horsepower yang anda perlukan untuk menyejukkan sesebuah bilik dengan optimal.
Kesilapan dalam menentukan BTU boleh menyebabkan aircond yang dibeli kurang power atau terlebih power.
Kalau kurang power, bilik akan lambat sejuk dan compressor terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan bilik.
Apabila compressor kena kerja keras, bil elektrik akan tinggi dan kos penyelenggaraan juga akan meningkat.
Jika horsepower terlebih besar pula, anda mungkin berpeluh didalam aircond kerana kadar kelembapan yang tinggi akibat daripada aircon yang on dan off secara kerap.
Bagaimana hendak mengira BTU?
Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pengeluar aircond.
Pengeluar -pengeluar aircond ternama seperti Acson, Daikin, Panasonic, LG, Mistubishi, Samsung, Sharp, Haier, Hisense, Hitachi dan Midea mempunyai kalkulator pengiraan BTU mereka sendiri.
Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan masukkan nilai yang diminta seperti lebar, panjang dan tinggi ruang.
Atau mereka juga menyediakan panduan untuk mengira BTU dan horsepower yang diperlukan.
Sebagai panduan basic, pengguna boleh menggunakan formula dibawah iaitu luas bilik (lebar x panjang) didarabkan dengan pemalar 25BTU.
1 BTU = 0.00039 horsepower
Ambil satu contoh
Size bilik : 12 kaki (Lebar) X 12 kaki (Panjang) = 144 kaki persegi.
144 X 25BTU = 3600BTU
3600 BTU = 1.4 horsepower.
Ingat, ini sebagai panduan sahaja kerana tidak mengambil kira faktor-faktor yang lain, jika inginkan kepastian bertanya kepada kepada juruteknik yang bertauliah atau boleh sahaja menggunakan kalkulator online yang disediakan oleh pengeluar-pengeluar penghawa dingin.
Pilih jenis aircond
a) Wall mounted
Wall mounted atau dalam bahasa mudahnya penghawa dingin yang digantung pada dinding adalah jenis yang paling popular dikalangan pengguna kerana mudah dipasang, murah dan terdapat berbagai-bagai jenis model dipasaran.
Wall mounted ini sesuai untuk kediaman dan ruang yang kecil.
b) Ceiling Cassette
Seperti namanya, aircond jenis ini dipasang pada ceiling terutamanya di pejabat atau ruang yang besar.
Banyak kelebihan penghawa dingin jenis ini antaranya adalah dapat menyejukkan ruang yang besar dengan cepat kerana ia mempunyai 4 penjuru sayap penyebar.
Kelebihan yang lain adalah ceiling cassete aircond tidak memakan ruang dinding anda, nampak lebih classy dan kemas kerana kabelnya tidak kelihatan.
Beza aircond Inverter dan non inverter?
Sebelum kita mengetahui apakah perbezaan antara aircond inverter dan aircond non inverter kita kena tahu dulu apakah yang dimaksudkan dengan inverter.
Apakah inverter? Inverter tugasnya mengawal motor compressor aircond untuk berada dalam kondisi yang paling optimum.
Inverter membolehkan motor compressor mempunyai pelbagai variasi pengawalan.
Sebagai contoh, apabila suhu sudah mencapai kadar yang diinginkan, inverter akan memberi signal kepada motor compressor untuk berhenti bekerja.
Oleh itu, motor tidak akan bekerja sepanjang masa dan penggunaan elektrik akan lebih rendah.
Berbanding dengan aircond yang tidak mempunyai inverter, motor compressor hanya mempunyai variasi yang tetap samada rendah atau tinggi.
Jika anda adalah pengguna aircond yang kerap, selalu terjaga malam untuk mengubah suhu yang terlampau sejuk beralihlah kepada inverter kerana inverter boleh mengawal suhu mengikut kesesuaian.
Mengikut panduan daripada laman web Acson, jika anda menggunakan aircond lebih daripada 4 jam sehari, wajar anda mendapatkan aircond yang ada inverter. Jika tidak guna sahaja aircond yang non-inverter.
Cable size mesti betul
Jika ia dilakukan oleh pemasangan yang bertauliah, anda tidak perlu risau tentang size cable yang digunakan.
Jika anda memanggil orang luar pastikan cable yang digunakan adalah mengikut saiz yang disyorkan.
Ketebalan kabel yang yang bagus adalah 4mm kerana aircond menarik elektrik yang banyak.
Kabel yang nipis akan menyebabkan kabel tersebut panas dan jika kurang bernasib baik akan hangus terbakar.
Boleh jadi juga litar pintas.
Jenis Penyejuk (Refrigerant)
Part ini selalu orang terlepas pandang dan tidak ambil peduli.
Jenis refrigerant tidak boleh ditukar selepas dibeli ya.
Terdapat banyak jenis refrigerant yang ditawarkan, ada yang menipiskan lapisan ozon dan ada yang menyebabkan kesan rumah hijau.
Pilihlah refrigerant yang tidak menipiskan lapisan ozon dan membebaskan haba yang sedikit kepada alam sekitar.
Kadangkala harga aircond yang ditawarkan murah, tetapi anda kena ingat apakah refrigerant yang digunakan.
Elakkan menggunakan refrigerant jenis R22 kerana ia berupaya menipiskan lapisan ozon.
Pengguna boleh lihat jadual dibawah untuk refrigerant dan kesannya keatas pemanasan global dan penipisan lapisan ozon.
Di pasaran Malaysia, yang ok setakat ini adalah refrigerant jenis R32.
Banyak juga yang menggunakan refrigerant jenis R410A, tetapi ia memberikan kesan keatas pemanasan global lebih banyak dari R32.
Refrigerant | Kesan keatas pemanasan global | Kesan keatas penipisan ozon |
---|---|---|
R 22 | 1810 | Sederhana |
R 410A | 2088 | Tiada |
R 134A | 1430 | Tiada |
R 32 | 675 | Tiada |
R 290 | 3 | Tiada |
R 600A | 3 | Tiada |
Copper piping
Untuk pemasangan pastikan ketebalan copper yang digunakan paling kurang 0.61 mm.
Copper yang kurang tebal boleh menyebabkan refrigerant bocor.
Kecekapan tenaga
Kalau boleh pilih aircond yang jimat elektrik.
Dibawah ini adalah contoh stiker yang biasanya ditampal pada peralatan elektrik yang dijual.
Sticker ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Semakin tinggi bintang semakin bagus tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut.
Semakin cekap penggunaan tenaga, dapatlah kita berjimat sikit pakai karan kat rumah. (Paling cekap 5 bintang, paling tak cekap 1 bintang)
Beli Aircond secara bayaran Ansuran
Jika anda beli di Lazada anda boleh ikut panduan dibawah ini.
Khas untuk pemegang kad kredit Maybank sahaja ya.
Kad debit tidak diterima.
Jika harga barang lebih RM500, bayaran ansuran adalah selama 6 bulan.
Jika lebih daripada RM 1000 bayaran ansuran boleh 6 bulan atau setahun.
1. Masuk ke dalam Laman web Lazada
2. Taip jenama aircond yang berkenan dihati diruangan carian
3. Tick pada ruangan Installment / Ansuran disebelah kiri laman web. Pilih mana aircond yang diimpikan.
4. Klik pada Buy Now / Beli sekarang
5. Klik pada Place Order / Buat Pesanan
6. Klik pada lambang Maybank dan masukkan segala maklumat yang diperlukan. Klik Pay Now / Bayar sekarang dan secara automatik aircond anda dibayar secara ansuran.
Tips membeli aircond terpakai (secondhand) :
Admin tidak menggalakkan anda semua membeli aircond terpakai yang sudah berusia.
Perkara pertama sekali yang perlu anda semak sebelum membeli aircond terpakai adalah model tersebut dikeluarkan pada tahun apa.
Dari situ anda boleh mengetahui dah berapa lama aircond tersebut dipakai.
Selepas itu, tanyakan adakah aircond tersebut masih mempunyai warranty, jika ya ia satu bonus.
Jika aircond tersebut tidak mempunyai warranty lagi, cek sistem filter, kadar gas yang ada dan yang paling penting adakah aircond tersebut mengeluarkan bunyi yang kuat.
Aircond yang lama dan tidak diservis biasanya mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan.
Sudah tentu anda tidak mahu tidur anda terganggu dengan bunyi yang bising.
Kelebihan membeli aircond terpakai adalah harganya yang sedikit murah daripada yang baru.
Tetapi anda perlu ingat, membeli aircond terpakai datangnya dengan kos maintenance.
Lebih parah jika model yang anda beli sudah tidak lagi dibuat oleh kilang.
Makanya sparepart mungkin susah dicari dan mahal.
Beli aircond terpakai (secondhand) disini
12 Jenama Aircond terbaik dan teknologi terkini mengikut jenama &
12 Jenama Aircond untuk ruang tamu
1. Panasonic
1.0HP Elite Inverter Sky Series Air Conditioner 1HP | R32 | 5 Bintang Penjimatan Tenaga
Model ini adalah antara model aircond yang menggunakan teknologi terkini oleh Panasonic.
Panasonic sememangnya mengeluarkan aircond yang tahan lasak dan moden. Panasonic Sky Series ini adalah antara model aircond terbaik pada tahun 2020.
Selain itu Suruhanjaya Tenaga memberikan 5 bintang pengunaan tenaga untuk aircond ini. Ini bermakna kadar penggunaan elektrik untuk aircond ini adalah sama dengan kipas berdiri atau kipas ceiling.
Oleh itu, aircond ini adalah model aircond yang paling jimat elektrik bagi tahun 2020.
Kenapa model aircond ini dipanggil Sky Series?
Sesuai dengan namanya, aircond ini mengeluarkan udara sejuk dibahagian atas berbanding aircond-aircond konvesional yang lain dimana udara sejuk dikeluarkan pada bahagian bawah badan.
Tujuan Panasonic berbuat demikian adalah untuk memberikan suasana seperti didalam gua yang sejuk dimana angin sejuk akan berolak dari atas bumbung gua (ceiling) dan terus kebawah (pengguna).
Kebanyakkan aircond masakini menawarkan teknologi inverter untuk model-model aircond mereka.
Tidak ketinggalan, Sky Series ini menggunakan teknologi inverter yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Tak keterlaluan jika dikatakan aircond model Sky Series ini adalah aircond inverter terbaik.
Selain itu, aircond ini juga sangat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu kerana ia berupaya menyejukkan ruang tamu dengan cepat dan sejuk.
Aircond untuk ruang tamu harus mengambil kira horsepower (hp) yang diperlukan supaya ruang dapat disejukkan tanpa membebankan compressor.
2. Sharp
Sharp Air Conditioner AHA9WCD 1HP | R32 | 5 tahun uster Air Conditioner
3. Midea
Midea MSMA-09CRDN1 1.0hp Inverter with Super ionizer Air Conditioner | 1HP | Inverter | R410a| 2 tahun Warranty Umum | 5 tahun warranty compressor
4. Mitsubishi
Mitsubishi Electric MSY-GJ10VA | 1HP | Inverter | 2 tahun warranty umum
5. Daikin
Daikin R32 FLAGSHIP FTKM25TVMM | INVERTER | 1.0HP | R32 GAS | 1 tahun warranty
6. Acson
Acson Avory | 1HP | R32 | Inverter | R32 GAS | 5 tahun warranty compressor
7. LG
LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner | 1.0HP | Dual Inverter | R32 GAS | 1 tahun warranty umum
8. Samsung
Samsung Wind-Free Premium Plus | 1HP | Inverter | R32 GAS | 1 tahun warranty
9. York
York Inverter | 1HP | Inverter | R410A GAS | 5 Tahun warranty compressor
10. Hisense
Hisense | 1.0HP | R32 GAS | Inverter | 3 tahun unit luar + 7 tahun warranty compressor
11. Hitachi
HITACHI RAS-VX10CG Premium Inverter | 1HP | R410A GAS | 2 tahun warranty
12. Haier
Haier DC Inverter Smart Clean Air Conditioner | 1HP | R32 GAS | 3 tahun warranty umum | 10 tahun warranty compressor |
Baca artikel tentang 12 Jenama Aircond Inverter Terbaik 2020 (Jimat Elektrik) DISINI
Baca artikel tentang panduan membeli Peti Sejuk DISINI
10 AIR PURIFIER TERBAIK : PENAPIS UDARA MALAYSIA