Panduan, cara dan tips beli Monitor

Kongsi Artikel ini :

Monitor sebagai paparan kedua
Monitor sebagai paparan kedua

Ada orang lebih mementingkan spefikasi monitor daripada TV.

Mereka sanggup mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan monitor yang superb.

Pembelian monitor sangat bergantung kepada kerja-kerja seharian pengguna.

Jika pengguna seorang yang suka edit video dan gambar atau menggunakan banyak aplikasi designer seperti Adobe, pemilihan monitor yang bagus amat penting bagi mereka.

Jika anda hanya menggunakan komputer untuk kerja-kerja office seperti menaip di Word , membuat presentation menggunakan Powerpoint atau membalas E-mail, monitor dengan spefikasi biasa sudah memadai.

Ada juga pengguna yang sudah mempunyai laptop tetapi ingin menambah display kedua yang lebih besar.

Tetapi, tidak salah juga kita mengetahui bagaimana memilih monitor berdasarkan spefikasi yang ditawarkan.

Pada kali ini, admin ingin berkongsi tips dan cara untuk membeli monitor yang sesuai dengan kerja-kerja seharian anda samada anda seorang gamers, profesional atau penggunaan umum.

Ini kerana setiap monitor mempunyai spefikasi-spefikasi yang khusus untuk sesuatu pekerjaan.

Perlu diingat juga, pemilihan monitor juga perlu selari dengan keupayaan pc atau laptop.

Semakin tinggi specs monitor semakin tinggi keupayaan pc atau laptop anda diperlukan

Pertama sekali, anda harus menentukan apakah kerja yang anda ingin lakukan dengan monitor.

Penggunaan umum

Jika anda seorang yang menggunakan komputer untuk melayari internet dan banyak menggunakan microsoft office seperti Word, Powerpoint atau Excel, monitor yang biasa sudah memadai.

Apakah monitor biasa itu? Biasanya menggunakan VGA sebagai sambungan, tiada port HDMI, bukan High Definition dan murah.

Anda boleh mendapatkan monitor ini serendah RM100 di laman beli belah online seperti Lazada dan Shopee.

Pereka Grafik, Edit Video dan Gambar

Kalau anda seorang pereka grafik dan kerap edit video dan gambar, monitor yang dibeli harus mempunyai warna yang jitu.

Anda perlu membeli monitor dengan spefikasi yang lebih tinggi supaya projek yang dihasilkan memberikan warna yang tepat.

Gamer

Keperluan seorang gamer juga berbeza kerana mereka memerlukan satu monitor dengan ‘refresh rate’ yang pantas.

Refresh rate adalah; dalam satu saat berapakah gambar yang dihasilkan oleh monitor.

Sebagai contoh refresh rate sebanyak 120Hz menghasilkan 120 frame gambar dalam satu saat.

Semakin tinggi refresh rate semakin licin sesuatu video tersebut

Ultra Wide

Monitor ini mempunyai lebar yang lebih besar dari monitor biasa.

Menggunakan monitor ini ibarat menggunakan 2 monitor biasa sekaligus.

Sesuai untuk pengguna yang suka membuat multi-task dalam satu-satu masa.

Curved

Monitor ini mempunyai paparan yang melengkung dan lebar. T

ujuan lengkungan bagi mengecilkan sudut penglihatan kita supaya kita boleh melihat paparan dengan lebih jelas tanpa menggerakkan kepala.

HDR (High Dynamic Range)

Jika anda inginkan gambar anda lebih hidup dan warna yang terang, anda haruslah mencari monitor yang menyokong ciri-ciri HDR.

HDR akan menonjolkan lagi imej dengan menaikkan ‘contrast’ menjadikan seolah-olah imej itu hidup.

Skrin Sentuh

Jika inginkan monitor yang mempunyai ciri-ciri sentuh seperti telefon pintar, bolehlah membeli monitor ‘touchscreen’ .

LCD/LED

Paparan Cecair Kristal (Liquid Crystal Display) dan Paparan Diod Pemancar Cahaya (LED) adalah dua jenis monitor yang berbeza.

Harga bagi kedua-duanya juga berbeza dengan LCD lebih murah daripada LED.

Paparan LED juga lebih jitu dan terang berbanding dengan LCD.

Jenis Panel

Jenis panel menentukan jenis model yang diperlukan oleh anda samada sesuai untuk gamers, pereka grafik atau suntingan video dan kerja-kerja biasa.

TN

Jika anda adalah seorang gamer, anda perlu mencari monitor yang menggunakan panel TN atau nama panjangnya Twisted-nematic.

Panel TN ini membolehkan kadar refresh rate lebih tinggi daripada panel biasa.

Refresh rate yang tinggi membolehkan game yang dimainkan nampak lebih lancar.

Panel TN ini boleh menyokong refresh rate sehingga 240hz.

IPS

IPS atau In Plane Switching adalah monitor yang boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan mempunyai warna yang tepat.

Kadangkala ada monitor yang hanya boleh dilihat pada sudut pandangan lurus sahaja.

Walaubagaimanapun, dengan menggunakan monitor yang mempunyai IPS, pengguna boleh melihat monitor dari pelbagai sudut samada kiri, kanan, atas dan bawah.

VA

VA atau vertical-alignment ini pula adalah monitor yang berada ditengah-tengah IPS dan TN.

Mempunyai refresh rate yang lebih tinggi dari IPS tetapi lebih rendah daripada TN.

Mempunyai warna yang lebih tepat dari TN tetapi lebih rendah dari IPS.

Oleh itu, VA lebih sesuai digunakan untuk kerja-kerja pejabat atau menonton media.

OLED

OLED atau Organic Light Emitting Diode adalah monitor yang semakin mendapat tempat dipasaran sekarang.

Skrin OLED biasanya dijumpai di TV dan telefon pintar.

Apa yang unik mengenai OLED adalah setiap pixel mempunyai cahaya mereka sendiri yang membolehkan sesuatu imej itu lebih terang dan menghasilkan warna yang lebih jitu.

Sudah tentu ianya juga mahal.

Saiz Skrin

Apakah saiz skrin kegemaran anda?

Adakah anda suka yang kecil, sederhana atau besar?

Saiz monitor bermula dari 19 inchi sehiggalah 43 inchi.

Kebiasaannya semakin besar panel semakin mahal sesebuah monitor.

Nisbah Aspek (Aspect Ratio)

Aspect ratio adalah ketinggian didarab dengan kelebaran sesebuah skrin monitor.

Dibawah ini adalah aspect ratio yang biasa digunakan didalam monitor.

4:3 = 640×480, 1440×1080, 1920×1440 and 2048×1536
16:9 = 1280×720 (720p), 1920×1080 (1080p), 2560×1440 (2K), 3840×2160 (4K), 5120×2889 (5K) and 7680×4320 (8K)
21:9 = 2560×1080, 3440×1440 and 5120×2160
32:9 = 3840×1080 and 5120×1440

Port Sambungan

Port sambungan sangat penting bagi menentukan jenis kabel yang perlu dipasang.

Yang paling terkenal adalah VGA port yang berkepala biru.

Selain itu ada port HDMI, DVI, VGA dan DisplayPort

DisplayPort

Ini adalah teknologi yang paling terbaru dimana port ini boleh menyokong paparan sehingga 4K dengan refresh reate sehigga 120Hz.

Tidak semua monitor kelas biasa mempunyai port ini

HDMI

HDMI atau High-Definition Multimedia Interface adalah port yang juga biasa ditemui pada TV.

Berbentuk seperti USB dan berupaya untuk membawa signal audio sekali.

Juga berupaya untuk menyokong sehingga 4K paparan dengan refresh rate sebanyak 60Hz

Beli Kabel HDMI terbaik disini.

DVI

DVI adalah Digital Visual Interface. Tak banyak monitor menggunakannya lagi kerana telah beralih kepada port HDMI.

Lain-lain

Adaptive Syncing

Adaptive syncing ini adalah teknologi dimana refresh rate menegak sesebuah monitor akan cuba melaraskan rate selari dengan Kad Grafik.

Selain itu adaptive syncing ini akan mengurangkan gambar dari tersekat-sekat.

Teknologi ini digunakan banyak dalam mempromosi monitor untuk gaming.

Guna Kaki Monitor atau gantung

Secara kebiasaanya, monitor telah didatangkan dengan kakinya sendiri.

Bagi yang kekurangan ruang atau ingin nampak lebih kemas, boleh beli bracket supaya boleh digantung pada dinding.

Beli bracket monitor terbaik disini.

Beli kaki monitor terbaik disini

Butang di monitor

Ada monitor yang menawarkan butang pada bawah skrin monitor, belakang atau tepi.

Butang ini mempunyai fungsi sepert kecerahan, keterangan, dan butang hidup atau mati.

Audio

Ada monitor yang sudah dilengkapi dengan audio dan ada yang tidak.

Sebelum membeli pastikan kita cek dulu spefikasi dia.

Kalau anda tidak ingin nak tambah duit untuk beli speaker, carilah monitor yang mempunyai built in speaker.

Pilihan anda?

Pilih monitor yang bersesuaian dengan kerja anda.

Maksud admin, jika anda hanya mengunakan monitor untuk membuat kerja pejabat seperti word, excel atau presentation memadailah guna yang biasa sahaja.

Jika anda seorang gamers, cari monitor yang  mempunyai refresh rate yang tinggi.

Jika anda seorang pereka grafik belilah monitor yang memberikan warna yan jitu dan tepat.

Jom kita lihat 10 monitor popular di bawah :

1.Samsung 23.5″ LC24F390FHEXXM Curved FHD LED Monitor

Monitor Terbaik untuk kerja
Samsung 27″ LC27R500FHEXXM

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

2. SAMSUNG LS22F350FHE 22″ FHD

Monitor Terbaik untuk kerja
SAMSUNG LS22F350FHE 22″

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

3. HP Monitor 27″ V27i FHD IPS Borderless 60HZ VGA HDMI Low Blue Light Monitor (9SV93AA)

Monitor Terbaik untuk kerja
HP Monitor 27″

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

4. Xiaomi Curved Gaming Monitor Mi Surface 34″ 21:9 Gaming WQHD 2K (3440 x 1440),Display, AMD FreeSync, 144hz 4ms

Monitor Terbaik untuk PC Gaming
Xiaomi Curved Gaming

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

5. Asus 23″ VZ239HR FHD 75Hz IPS Ultra-Slim Eye Care Monitor With Build-In Speaker

Monitor budget Terbaik
Asus 23″ VZ239HR

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

6. HUGON 24” & 27” 32” Curved 75Hz FHD LED HDR Monitor

Monitor Terbaik untuk PC Gaming
HUGON 24” & 27” 32” Curved 75Hz

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

 

7. AOC 24G2 23.8″ 144HZ 1MS FHD ADAPTIVESYNC GAMING MONITOR

Monitor Terbaik untuk PC Gaming
AOC 24G2 23.8″ 144HZ

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

8. Anmite 24″ 144HZ 1MS FHD 1920 x 1080IPS Professional Monitor Gaming Monitor LED Display USB Type

Monitor Terbaik untuk PC Gaming
Anmite 24″ 144HZ 1MS FHD

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

9. BenQ 21.5″ GW2283 Eye-care Stylish IPS LED Monitor

Monitor Terbaik untuk kerja
BenQ 21.5″

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

10. Lenovo L27I-28 27″ FHD 4ms 75Hz IPS Freesync Monitor – 65E0KAC1MY

Monitor Terbaik untuk kerja
Lenovo L27I-28 27″

–> BELI DI SHOPEE <–

–> BELI DI LAZADA <–

Berikut adalah FAQ mini untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak:

Apakah tujuan utama monitor ini?

  • Gaming, produktiviti, penciptaan kandungan, atau kegunaan umum? Tujuan yang berbeza mungkin memerlukan ciri-ciri yang berbeza.

Berapa saiz yang anda perlukan?

  • Pertimbangkan ruang meja dan keutamaan peribadi anda. Saiz biasa berkisar dari 24 hingga 32 inci.

Apakah resolusi yang anda inginkan?

  • Resolusi yang lebih tinggi memberikan imej yang lebih tajam. 1080p (Full HD) adalah standard, tetapi 1440p dan 4K menawarkan kejelasan yang lebih baik.

Kadar segar dan masa tindak balas untuk gaming?

  • Untuk gaming, cari kadar segar yang lebih tinggi (contohnya, 144Hz atau lebih) dan masa tindak balas yang rendah (1ms adalah ideal).

Jenis panel: TN, IPS, atau VA?

  • TN mempunyai masa tindak balas yang lebih cepat, IPS menawarkan reproduksi warna dan sudut pandang yang lebih baik, dan VA menyediakan hitam yang mendalam dan kontras tinggi.

Konnektiviti:

  • Pastikan monitor mempunyai port yang betul untuk PC anda (HDMI, DisplayPort, dll.) dan peranti lain yang anda rancang untuk disambungkan.

Adaptive Sync (G-Sync/FreeSync):

  • Jika anda mempunyai GPU Nvidia, pilih G-Sync; untuk AMD, pilih FreeSync. Teknologi ini mengurangkan kesan tearing pada skrin semasa gaming.

Kecerahan dan Nisbah Kontrast:

  • Kecerahan yang lebih tinggi lebih baik untuk bilik yang terang, dan nisbah kontrast yang lebih tinggi memberikan warna yang lebih hidup.

Adakah anda memerlukan ciri-ciri tambahan?

  • Sesetengah monitor dilengkapi dengan pembesar suara terbina, hab USB, sokongan boleh diubahsuai, atau sokongan HDR. Pertimbangkan apa yang penting untuk anda.

Jenama dan ulasan:

Semak ulasan untuk model tertentu yang anda minati. Jenama yang boleh dipercayai seringkali mempunyai sokongan pelanggan dan jaminan yang lebih baik.

Bajet:

Tetapkan bajet yang realistik berdasarkan keperluan anda. Terdapat pelbagai pilihan yang hebat pada pelbagai harga.

Ingatlah, mencari monitor yang tepat adalah tentang mencari keseimbangan yang betul antara ciri-ciri untuk kes penggunaan anda.

Baca tentang Panduan, tips dan cara membeli Laptop terbaik mengikut spefikasi dan kehendak

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini


Kongsi Artikel ini :