Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di kala wabak Covid-19 ini. Semoga kalian semua dilapangkan dada dan diberikan ketenangan. Semoga kalian semua diberikan hidayah dan pertunjuk. Semoga kalian semua diberikan kekuatan dan kecekalan. Dan semoga kita berjaya menghapuskan wabak Covid-19 ini dengan jayanya. Amin ya Rabbal Alamin.
Rezeki itu tidak hanya berupa wang ringgit tetapi rezeki itu sangat luas ; Kesihatan itu rezeki, ketenangan itu rezeki, kedamaian itu rezeki, keluarga yang bahagia itu rezeki, isteri, suami, dan anak yang soleh itu rezeki, hidayah dan ilmu itu rezeki, dan yang paling utama adalah diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk sehari lagi adalah nikmat rezeki yang tidak boleh didusta lagi. ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Maksudnya : Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar Rahman.
Pada kali ini, kita akan berbicara mengenai setiap pengakhiran itu adalah permulaan baru. Apabila sesuatu berakhir, sesuatu perkara yang baru akan bermula dan permulaan baru itu selalunya tersembunyi peluang baru. Belajar untuk melihat pengkahiran itu sebagai satu peluang berbanding hukuman boleh mengubah pengalaman hidup kita secara keseluruhan.
Bagaimana hendak melupakan kisah lampau yang penuh dengan pengalaman buruk? Jawapannya adalah hidup pada masa kini. Masa lampau telah pergi dan masa depan akan tiba. Tiada guna untuk mengubah masa lampau kerana masa lampau sudah berlalu. Masa depan adalah ibarat kain putih yang sedang menunggu kita untuk mencorakkannya.
Harini ini kita ada dua pilihan ; hidup dan terikat dengan masa lampau atau lepaskan masa lalu dan mulakan hidup baru. Pilihan ditangan anda. Adakalanya pengakhiran itu menyakitkan dan memberi kita seribu satu memori. Jangan toleh kebelakang lagi, maju kedepan dan hayunkan tintamu untuk mencorakkan masa depan yang diinginkan.
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Selalu nampak sukar sehingga ia berjaya dilakukan