
Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Moga-moga kita semua diberikan kesihatan yang baik, kelapangan hati dan kudrat untuk mengharungi cabaran wabak Covid-19. Seperti saranan daripada kerajaan, kita lakukan sekatan perjalanan untuk mengekang wabak ini dari terus merebak.
Walaubagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan dihiasi dengan kata-kata semangat. Sifatnya manusia, perlukan sokongan dari pasangan, kawan-kawan dan orang tua.
Hari ini, ayat-ayat motivasi kita adalah “Dalam kehidupan tidak selalu kita bertemu dengan orang yang kita kehendaki. Kadang-kadang, kita bertemu dengan pelbagai orang termasuklah yang ingin menyakiti kita, menyayangi kita,dan meninggalkan kita. Semua itu adalah untuk menguatkan diri kita pada masa akan datang”
Manusia datang dan pergi. Setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. Anggaplah setiap pertemuan ada hikmahnya dihujung nanti. Kekecewaan tidak akan berkampung lama dalam diri kita. Pertemuan itu indah, pengakhirannya kita pun tidak pasti. Yang pastinya, ditengah-tengah pertemuan itu diisi dengan keindahan dan kebahagian. Diakhirnya kita akan berpuas hati walaupun penghujungnya tidak seperti yang kita mahukan.
Pada masa akan datang, setelah kita menyelusuri pertemuan yang penuh dugaan, akhirnya kita akan menjadi lebih kuat dan berhati-hati. Pengalaman akan mengajar kita menjadi manusia yang hebat dan bermanfaat. Insyaallah.
Jom kita layan lagu dari Caliph Busker iaitu ‘Manusia’
Cintamu walau dalam lena,
Bagaikan jiwa lemah ternoda,
Segala yang pernah ku ada,
Hilang dalam sekelip mata,
Betapa siksa, tanggung derita,
Sedang hati lara
Hanyut dibuai dunia
Jauh telah ku tersasar,
Dari janji yang ku lupa
Kau terawal dan terakhir ku cinta
Selalu akan ku puja
Kasih yang tiada tara
Tanpa sebarang penyesalan
Mata ku dikaburi curiga
Apa sebenarnya ku mahu
Masih lagi ku dibelenggu
Tak mampu untuk aku jelaskan
Sedang hati lara
Hanyut dibuai dunia
Jauh telah ku tersasar,
Dari janji yang ku lupa
Kau terawal dan terakhir ku cinta
Selalu akan ku puja
Kasih yang tiada tara
Saban hari ku menanggung beban
Sampai masa untuk aku mengejar
Kau satu-satunya cinta yang benar
Jauh telah ku tersasar,
Dari janji yang ku lupa
Kau terawal dan terakhir ku cinta
Selalu akan ku puja
Kasih yang tiada tara
Kasih yang tiada tara