Motivasi : Kuat tidak semestinya dengan kekerasan

Kongsi Artikel ini :

Kuat tidak semestinya dengan kekerasan
Kuat tidak semestinya dengan kekerasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Moga-moga anda diberi perlindungan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Moga-moga juga anda semua diberi kekuatan dan kudrat untuk mengharungi wabak yang sedang melanda tanah air kita ini.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi “Orang yang paling kuat bukanlah orang yang menunjukkan kekerasan atau kekuatannya kepada yang lain. Orang yang paling kuat adalah orang yang memenangi sebuah perjuangan tanpa kita tahu apakah dugaan yang dilalui sepanjang itu” 

Ayat-ayat ini penulis tujukan khas kepada semua pembaca yang sedang berjuang untuk mencapai sesuatu tidak kiralah perjuangan melawan penyakit, perjuangan dalam kerjaya, perjuangan dalam pelajaran, dan perjuangan didalam kehidupan. Dugaan itu pasti, kekecewaan itu pasti, kepenatan itu pasti dan kekusutan itu pasti. Tetapi apa yang paling nyata di penghujungya pasti ada kemenangan dan kegembiraan. “If you look back what have you done before, you will be satisfied”.

Teruskan perjuanganmu wahai sahabat. Toleh kebelakang hanya untuk melambai masa silam bukannya berhenti diseparuh jalan. Anda hebat, anda kuat, anda mampu dan anda insan yang cekal. Segala penat lelah anda pasti akan terbayar suatu hari nanti. “Bara yang digenggam biar sampai jadi arang”.

Jom kita layan lagu Segenggam Bara Api dari Nai (Dinamik) dan Nizam (Laksamana) :

Perjalanan ini sukarnya dilalui
Lurah onak berduri kuredahi
Kehidupan ini sukarnya diramalkan
Ceria dan sengsara sudah biasa
Masih kuharapkan sinarnya
Menerangi jalanku
Masih kuharap kegemerlapan
Di hari yang mendatang
Walaupun tak mungkin ‘tuk bertahan
Menjulang impian
Sudah kugenggami bara api
Hingga jadi arang sakti
Sudah kuteroka isi bumi
Kupersembahkan selaksa baiduri
Moga ada pertalian
Rasa kasih di antara kita
Bagai aur dengan tebing kehidupan
Saling perlukan
Masih kuharapkan sinarnya
Menerangi jalanku
Masih kuharap kegemerlapan
Di hari yang mendatang
Walaupun tak mungkin ‘tuk bertahan
Menjulang impian
Sudah kugenggami bara api
Hingga jadi arang sakti
Sudah kuteroka isi bumi
Kupersembahkan selaksa baiduri
Moga ada pertalian
Rasa kasih di antara kita
Bagai aur dengan tebing kehidupan
Saling perlukan.

Kongsi Artikel ini :