Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di kala wabak Covid-19 ini. Rezeki itu tidak hanya berupa wang ringgit tetapi rezeki itu sangat luas ; Kesihatan itu rezeki, ketenangan itu rezeki, kedamaian itu rezeki, keluarga yang bahagia itu rezeki, isteri, suami, dan anak yang soleh itu rezeki, hidayah dan ilmu itu rezeki, dan yang paling utama adalah diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini untuk sehari lagi adalah nikmat rezeki yang tidak boleh didusta lagi. ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan” Maksudnya : Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan? – Surah Ar Rahman.
Hari ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :
“Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Matahari dan bulan tidak boleh dibandingkan.
Kerana kedua-duanya akan bersinar apabila tiba masanya”
Pada zaman teknologi yang sedang berkembang pesat, kita tidak lari daripada membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita merasakan diri kita begitu kerdil dan tidak layak untuk berada bersama orang lain kerana mereka nampaknya lebih happy, lebih berjaya dan lebih trendy.
Apa yang digambarkan di media sosial ialah hanya sisi baik sahaja. Mereka adalah pencipta kehidupan mereka di Internet. Tidak mungkin kita hendak meletak sisi yang buruk. Setiap orang adalah sama, menyembunyikan kesedihan dan cuba untuk bergembira.
Bukan mudah untuk tidak berasa lemah semangat apabila melihat orang lain berjaya diusia sama dengan kita. Tidak apa, setiap orang mempunyai garis masa yang berbeza. Ada yang 20an sudah berumahtangga. ada yang 40an masih mencari teman hidup . Ada yang 60an baru menjadi usahawan yang berjaya. Usah bandingkan kita dengan orang lain kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk sampai ke tahap tersebut. Kita juga tidak sama dengan mereka kerana satu hari nanti pasti peluang kita juga sampai. Yang penting adalah berusaha ke arah tersebut sehingga membuahkan hasil.
Jangan hidup atas expectation orang lain. Live life with your own path..
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Bukan jawapan yang memberikan pencerahan, tetapi pertanyaan itu