Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dilapangkan dada. Semoga kita diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi cabaran kehidupan sehari-harian. Semoga kita diberikan hidayah dan dikurniakan kesenangan dunia akhirat. Semoga negara kita bebas dari wabak yang sedang melanda sekarang ini. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah.
Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi berbunyi :
“Pada akhirnya, kita hanya akan menyesal kerana tidak mengambil peluang yang terbentang didepan mata”
Hidup ini dipenuhi peluang dan harapan untuk kita berkembang dan berjaya. Sejak dari kecil lagi kita telah terdedah dengan peluang, kita cuba untuk bertatih, berjalan, dan seterusnya berlari. Kita jatuh kita bangun dan kita tersungkur kita bangkit. Pada masa tersebut kita suka ‘explore dunia’ dan setiap perkara yang terjadi adalah perkara yang baru bagi kita. Tiada apa yang dapat menghalang kita dari terus mengambil peluang dan mencipta memori terindah semasa alam kanak-kanak.
Semakin kita berumur, semakin kita takut untuk mengambil peluang. Kita lebih selesa berada di zon selesa kerana kita tidak ingin membebankan otak untuk berfikir. Pergi kerja, menunggu sehingga jam 5, balik, makan, main henfon dan terus tertidur. Rutin yang sama itu diulang sehingga kita bersara dari dunia pekerjaan. Tiada yang menarik dan mencabar dalam kehidupan kita kerana kita tidak mengambil peluang yang dihidang. Peluang untuk naik pangkat, tetapi kita tidak terima kerana takut dengan cabaran dan beban kerja yang mendatang. Peluang untuk sambung belajar , tetapi kita takut kita tak mampu untuk melakukan. Otak sudah tepu.
Bila seorang cucu bertanya seorang nenek, “Nenek betulke tindakan saya ni nek? Saya risau apa yang saya buat ini tak jadi dan gagal”. Nenek tersebut terus memeluk cucunya dan berkata, pada usia nenek nanti engkau akan menyesal jika tidak merebut setiap peluang yang ada. Peluang semasa muda sangat banyak dan tinggal untuk dipilih sahaja. Semakin cucu tersebut semakin berusia, dia mula mempercayai apa yang dikatakan oleh neneknya dahulu, “Hanya jika aku mengambil lebih banyak peluang dulu, aku pasti tidak akan menyesal”.
Kehidupan ini memerlukan kepercayaan terhadap diri sendiri dan mengambil peluang. Proses tersebut mungkin akan menyebabkan kita gembira, sedih, takut, stress dan ragu-ragu tetapi apa yang pasti adalah secebis pengalaman yang beharga yang dapat dikorek setelah mengambil peluang tersebut dan melakukannya. Insyallah, semoga setiap dari kita akan berjaya dan melangkah dengan yakin untuk meneruskan kehidupan.
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi & Kehidupan : Kadangkala bergelora kadang kala tenang
Jom kita hayati lagu dari Nabil Razali , Peluang :
Sepi
Menghukum Diri kembali
Untuk Mengalirkan air mata
Tanpa Henti
Lagi
Sepi
Menghasut Diri kembali
Untuk Memikirkan tentang kita
Tanpa Henti
Lagi
Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku
Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf Kerna aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua
Rasa Cinta darimu
Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku
Dan Andai terbuka hatimu
Ku Di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah Sayang
Kepadaku
Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf
Kerna Aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua
Rasa Cinta
Darimu
Rasa Cinta
Rasa Cinta
Darimu