Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah dalam menghadapi liku-liku dan cabaran hidup.
“ORANG yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut: 69).
Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi :
Jangan pendam perasaan kamu.
Kamu ada hak untuk menyatakan perasaan kamu.
Kamu bukannya suka memperbesarkan masalah.
Kamu bukannya terlalu sensitif
Kamu bukannya seorang dramatik
Kamu sedih dan sakit, dan ia NORMAL
Sudah menjadi kebiasaan kita memendam perasaaan. Kita tidak mahu orang lain mengetahui apa yang kita rasa. Kita takut yang kita nampak jengkel jika mengekspresikan perasaan kita. Terlampau lama memendam menjadikan kita stress dan hilang pertimbangan diri. Kita suka bersendirian, tidak mahu berjumpa kawan dan tidak lalu untuk makan. Kesihatan diri dari masa ke semasa akan merosot. Begitulah kesannya jika kita memendam perasaan.
Jom kita lihat apa yang boleh dikongsi untuk mengatasi masalah ini.
Yang pertama sekali kita perlu menjauhkan diri daripada segala media sosial dan turn off telefon pintar. Media sosial dan internet ini adalah ketagihan nombor satu di kalangan manusia. Kita suka membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain yang ditunjukkan di dalam media sosial. Ingat, orang tidak akan post perkara yang buruk-buruk di media sosial. Sebab itu nampak perfect.
Yang kedua,cari tempat yang sesuai untuk berdiam diri, duduk atau baring. Luruskan badan dan bertenang. Tarik nafas yang panjang dan lepaskan. Ulang sehingga badan berasa tenang. Cuba kosongkan minda dengan membayangkan hidung dan paru-paru kita berfungsi ketika bernafas. Berdamailah dengan perasaan tersebut dan lepaskan ia. “Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari diriku”
Akhir sekali, tulis segala perasaan kamu didalam diari. Menulis dapat memindahkan beban didalam fikiran kepada diari. Tulis juga apa yang kita bersyukur dalam kehidupan ini sebagai contoh ada sebuah rumah sebagai tempat berteduh dan makan yang cukup setiap hari. Percayalah kita mampu untuk mengatasinya.
Baca post sebelum ini disini Motivasi : Jangan berhenti berharap