Motivasi : Berperang dengan diri sendiri

Kongsi Artikel ini :

Motivasi : Berperang dengan diri sendiri
Motivasi : Berperang dengan diri sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati olehNya. Berikanlah kekuatan kepada kita semua untuk mengharungi cabaran, masalah dan dugaan dalam menghadapi wabak Covid-19 ini. Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi yang berbunyi

“Hidup ini terlampau singkat untuk dihabiskan berperang dengan diri sendiri”

Anda tidak lagi peduli tentang kawan, keluarga dan masyarakat. Anda berasa kosong dan sunyi. Anda tidak lagi berasa semangat pergi kerja atau sekolah. Datang ke kerja hanya sekadar ‘punch in’ dan ‘punch out’. Duduk di depan komputer sambil melihat jam, menghitung masa untuk balik. Hanya jasad berada di pejabat manakala jiwa berada diatas katil dirumah. Basuh baju malas, kemas rumah malas, basuh pinggan malas, sidai baju malas tetapi movie, series dan game tak pernah membosankan kita.

Gambaran diatas mungkin kita sendiri dan juga mungkin kawan, anak, saudara atau pasangan kita. Ada satu masa, dunia hanya berputar disekitar kita sahaja tanpa mempedulikan hal yang lain. Sampai satu masa, kita ingin berubah. Motivasi datang menerpa dalam diri. Disini bermula perperangan dengan diri sendiri. Perubahan itu menyakitkan, badan dan emosi tidak upaya untuk menanggung. Kita rela berada didalam kemerosotan daripada berubah kerana takut untuk menghadapi realiti dan keputusan yang mendatang.

Kita tidak akan menang perang dengan diri sendiri ini jika kita tidak ingin berubah. Pokok pangkalnya adalah mentaliti kita sendiri. Tanamkan dalam diri, aku mampu melakukannya kerana akulah yang mengawal mindaku sendiri. Hidup ini terlampau singkat untuk dihabiskan dengan berperang dengan diri sendiri. Perang yang ditamatkan awal mengelakkan diri kita lebih parah dan tidak bermotivasi.

Insya Allah kita mampu melakukannya kerana kita adalah kita, permata yang digilap akan terus bersinar.

Jom kita hayati lagu dari Malique dan Rabbani Perang Sudah Tamat :

The world now lives in fear.
We are afraid of everything.
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan malahan dibakar
Jalan dah dibuka bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacak dan bendera berkibar
Yang sembunyi keluar dah bersinar di luar
Burung besi pulang yang sebenar legar-legar
Langit koyak dah ditampal tiada halilintar
Laut merah pudar jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
Perang sudah tamat kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka harus dihentikan berkuatkuasa serta merta
Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut tak diguna
Tak lagi dicari makna
Perang sudah bubar perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar
Mereka kata tidak mungkin aku balas benar
Cuba tutup mata baca risalah diedar
Perang sudah tamat ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat maaf bukan cerita sebenar
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
Uthlubul Horriyah
Uthlubul Haq
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku bukan kamu ajal Dia yang tentukan
Ada Torah Zabur Injil ada Quran
Kalau Iqra’ tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua baru sedar kita tiada beza
Kita manusia lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypotetikal – tiada peta politikal
Saya orang aman saya bukan orang jahat
Saya benci perang saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
War must therefore be made illegal


Kongsi Artikel ini :