Motivasi : Beribu Alasan

Kongsi Artikel ini :

Beribu alasan
Beribu alasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Moga-moga anda dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT dan diberi kekuatan untuk mengharungi wabak yang melanda dunia semasa ini khususnya di tanah air tercinta ini. (Baca post sebelum ini disini)

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi satu kata-kata motivasi bagi menyuntik dan menyedarkan kita tentang matlamat yang kita harus capai di dunia yang fana ini. Kata-kata motivasi tersebut adalah “Mencipta bermacam alasan tidak akan mendatangkan keputusan yang diinginkan”. Setiap dari kita mempunyai matlamat yang berbeza, ada yang ingin berjaya dalam kerjaya, perniagaan, pelajaran dan berjaya bersama-sama pasangan masing-masing. Dalam mengharungi dan berusaha untuk mencapai matlamat itu pastinya kita menghadapi situasi dimana orang yang berada disekeliling atau diri kita memberikan seribu satu alasan untuk tidak menjayakan sesuatu perkara.

Kenapa kita memberi alasan? Kerana dengan alasan kita tidak perlu untuk berusaha dan tidak perlu untuk berfikir. Manusia sifatnya sukakan kesenangan dan lebih selesa berada di dalam ‘comfort zone’. Alasan adalah perkara yang paling mudah untuk mengelak sesuatu. Kita bersembunyi disebalik alasan walhal kita takut untuk menghadapi cabaran.

Bermula dari hari ini mari kita amalkan pepatah Inggeris yang berbunyi ‘Action speak louder than words’ yang bermaksud apa yang anda lakukan adalah lebih penting daripada apa yang anda katakan, kerana apa yang anda lakukan telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Setiap dari kita tidak lari daripada memberi alasan. Kadang-kadang kita memberi alasan kepada anak-anak bahawa kita tidak boleh membawa mereka bermain di taman kerana kita terlalu sibuk. Tetapi sebenarnya kita sibuk dengan media sosial dan telefon pintar kita. Sama-samalah kita mengurangkan alasan dan bertindak ke arah matlamat sebenar kita hidup di muka bumi ini.

Jom kita layan lagu dari Exists : Alasanmu

Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini…
Ku mengalah, ku bersabar…
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kenal
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu…
Manis di bibir, memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya…
Siapa terlena pastinya terpukau pujukmu, rayumu
Suaramu yang menagih simpati dan harapan…
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkan mu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kenal
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu…
Manis di bibir, memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya…
Siapa terlena pastinya terpukau pujukmu, rayumu
Suaramu yang menagih simpati dan harapan…
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu…

Kongsi Artikel ini :