Kesan Dunning-Kruger : Semakin pandai semakin menunduk.

Kongsi Artikel ini :

Pernahkan anda mendengar kata kata popular ini ” Aku mampu berdebat dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Kata-kata ini sangat tepat untuk menterjemahkan apakah Kesan Dunning- Kruger ini. Sebelum itu, jom kita mengenali siapkah Dunning dan Kruger ini.
David Alan Dunning adalah seorang Profesor Psikologi dan Sosial di Universiti Michigan, Amerika Syarikat manakala Justin Kruger juga adalah Profesor Psikologi dan Sosial di Universiti New York.
Mereka berdua bergabung untuk mengeluarkan satu teori yang dinamakan Kesan Dunning-Kruger atau Dunning-Kruger Effect.
Kesan Dunning-Kruger ini secara ringkasnya mengatakan bahawa orang yang kompeten akan menilai diri mereka lebih rendah dari kebiasaan, manakala orang yang tidak kompeten akan menilai diri mereka lebih tinggi dari kebiasaan. Dengan kata lain, semakin berilmu kita, semakin kita merasakan banyak lagi yang kita tidak kekurangan, tetapi kalau kita tidak kompeten, kita akan buat-buat tahu.
Teori ini bermula pada tahun 1999 dimana Dunning dan Kruger melalui kajian yang bertajuk ‘Unskilled and Unaware of It : How Diffuculties in Recongnizing One’s Own Incompetence Lead to Inflated Self-Assesement yang berdasarkan kisah seorang perompak yang bernama McArthur Wheeler.
McArthur Wheeler ini telah merompak satu bank dengan memakai jus lemon di muka. McArthur beranggapan bahawa dengan menyapu jus lemon keatas mukanya, beliau akan menjadi halimunan atas dasar bahan kimia yang terdapat di dalam jus lemon tersebut.
Satu lagi kajian Dunning dan Kruger menggunakan pelajar sarjana muda dalam bidang psikologi mendapati bahawa pelajar yang pandai akan menilai diri mereka sebagai rendah, manakala pelajar yang kurang pandai menilai diri mereka secara berlebihan.
Pelajar yang kompeten cenderung untuk menilai diri mereka rendah kerana menganggap kerja atau ujian yang diberikan adalah mudah untuk mereka bermakna mudah juga untuk dibuat oleh orang lain.
Tetapi, setelah diberikan tunjuk ajar dan bimbingan, pelajar yang kurang pandai akan dapat menilai diri mereka dengan lebih baik.
Kesimpulannya, ilmu itu adalah sangat penting bagi setiap manusia. Tanpa ilmu, kita akan berasa ego dan tidak boleh menerima pendapat orang lain. Benarlah kata pepatah “Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”.

Kongsi Artikel ini :