Negara Jepun adalah negara yang sangat terkenal dengan kemajuan dan kehebatan teknologinya. Dibawah kami berikan 5 fakta menarik tentang negara Jepun. Tekan link ini untuk artikel tentang negara Jepun yang terdahulu.
Nama dalam Bahasa Jepun : Nihon/Nippon
Populasi : 127 juta pada tahun 2019
Ibu negara: Tokyo
Kerajaan: Raja Perlembagaan. Maharaja yang memerintah sekarang adalah Maharaja Naruhito
Jangka Hayat : 83.5 tahun
Matawang: 1 Yen (JP¥) = 100 sen
Negara Jepun terdiri daripada 4 buah pulau utama yang terbesar iaitu Hokkaido, Honshu, Kyushu, dan Shikoku. Negara Jepun mempunyai lebih kurang 6852 buah pulau dimana kebanyakkan pulau tidak berpenghuni dan kecil.
Gunung tertinggi di Jepun adalah Gunung Fuji yang berketinggian 3776 meter. Gunung yang terletak di Honshu ini adalah Gunung Berapi yang kedua tertinggi di Asia selepas Gunung Kerinci di Sumatra. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 1707-1708.
Jepun adalah salah sebuah negara monarki yang paling lama di dunia. Maharajanya, Naruhito adalah Maharaja Jepun yang ke-126. Kebiasaannya takhta diserahkan dari bapa kepada anak lelaki atau cucu lelaki.
Lebih dari 128 juta orang bertutur dalam bahasa Jepun yang dipanggil Nihongo. Bahasa Jepun adalah bahasa pertuturan ke-9 dunia. Walaupun hanya 2 peratus sahaja dari jumlah penduduk bumi, bahasa Jepun adalah bahasa ke-3 paling banyak digunakan didalam Internet selepas Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol.
Orang Jepun membahasakan diri mereka sebagai Nihon atau Nippon yang bermaksud ‘Tanah Matahari Terbit’.
Like page Facebook kami untuk pelbagai info menarik :