Hungary : Negara Asal Kiub Rubik

Kongsi Artikel ini :

1. Budapest

Hungary adalah satu negara yang terletak di tengah benua Eropah. Hungary bersempadan dengan Slovakia di utara, Ukraine di timur laut, Austria di barat laut, Romania di timur, Serbia di selatan, Crotia di barat daya dan Slovenia di barat. Mempunyai penduduk seramai 10 juta orang dan bahasa rasmi adalah Hungarian. Ibu negara dan bandar yang paling besar di Hungary adalah Budapest.

2. Kiub Rubik

Kiub Rubik dicipta oleh seorang pemahat (sculptor) dan arkitek profesor yang bernama Erno Rubik yang berasal dari Hungary pada tahun 1974. Pada permulaan, kiub ini dipanggil Kiub Magik. Sehingga tahun 2009, sebanyak 350 juta kiub telah dijual di serata dunia menjadikan ia salah satu permainan teka teki yang paling laris di dunia.

3. Hadiah Nobel

Hungary adalah salah sebuah negara di dunia ini yang paling banyak memenangi Hadiah Nobel dalam pelbagai bidang. Setakat ini, Hungary telah menghasilkan sebanyak 13 penerima hadiah Nobel.

4. Catur

Judit Polgar seoarang warganegara Hungary adalah seorang pemain catur wanita yang paling hebat di dunia. Pada usia 15 tahun, beliau telah mendapat gelaran ‘Grandmaster’ pada tahun 1991.

5. Tasik air panas

Hungary mempunyai jaringan Ggua air panas yang terbesar di dunia dan kolam air panas kedua terbesar di dunia yang bernama Tasik Heviz. Tasik ini sebesar 47500 meter persegi.

6. Pinball

Terdapat satu muzium khas untuk penggemar permainan Pinball di Hungary. Dibuka pada tahun 2015, terdapat lebih dari 130 mesin pinball klasik di muzium tersebut. Laman web Trip Advisor sebuah laman web untuk pelancongan mencatatkan markah tertinggi dalam Skor Tarikan Pelancong.

Jika anda berminat tentang Hungary, apa kata anda lawat laman web ini.

 


Kongsi Artikel ini :