Diet Mediterranean, lebihkan sayur dan buah, kurangkan daging.

Kongsi Artikel ini :

Sayur, bijirin, buah : Diet Mediterranean

Terdapat banyak cara diet yang diamalkan oleh masyarakat kita. Ada diet Atkin, ‘Intermittent Fasting’, Keto dan bermacam-macam lagi. Pernahkan anda mendengar tentang diet Mediterranean? Diet ini amat digalakkan oleh para doktor dan saintis kerana diet ini dikatakan dapat menghindarkan dari penyakit dan menjadikan kita lebih sihat dan hidup lebih lama. Dimanakah asalnya Mediterranean diet ini? Mediterranean adalah diet yang berasal dari negara Italy dan Greece. Tiada makanan yang khusus dalam mempraktikkan diet ini cuma mereka banyakkan makan berasaskan sayur-sayuran, dan buah buahan. Secara asasnya mereka mengelakkan air minuman bergula, daging, bijirin dan minyak yang diproses. Mereka juga mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan aktiviti fizikal, berkongsi makanan dengan jiran tetangga dan menikmati kehidupan yang ada.

Jom kita lihat apa yang perlu di dalam Mediterranean Diet ini :

Sayur : Tomato, brokoli, bayam, lobak, timun, bunga kobis dan lain-lain.

Buah Buahan : Epal, pisang, oren, pear, strawberi, anggur, kurma, tembikai dan lain-lain

Kekacang : Almond, walnut, kacang macadamia, hazelnut, biji bunga matahari, biji labu, kacang tanah dan lain-lain.

Kentang : Segala jenis ubi kentang

Bjirin : Oat, beras perang, barli, jagung, gandum, roti gandum dan pasta.

Ikan dan makanan laut: Salmon, sardin, trout, tuna, makarel, udang, tiram, kerang, ketam, kerang, dan lain-lain.

Lemak Sihat: Minyak zaitun dan avokado.

Air : Air masak paling utama.

Secara kesimpulannya, diet ini banyak menggunakan sayur-sayuran, buah-buahan dan mengurangkan daging haiwan dalam masakan mereka. Diet ini juga mengelakkan makan makanan yang diproses seperti daging dan makanan dalam tin. Diet ini juga sangat pantang dengan air yang bergula dan bergas. Bagi penulis, anda boleh mulakan diet ini dengan mengurangkan air bergula terlebih dahulu. Tak susah untuk mencari sayur sayur dan buah buahan yang ada dalam diet ini di Malaysia. Cumanya, Malaysia ini kaya dengan makanan yang lazat dan sedap. Susah bagi kita untuk mengelak jika ada di depan mata. Tepuk dada, tanya selera.

 


Kongsi Artikel ini :