1. Suka naik basikal
Di Denmark, laluan untuk pengguna basikal ditinggikan sedikit dari laluan kenderaan.Dianggarkan terdapat lebih kurang 7000 kilometer laluan untuk basikal di Denmark. Kanak-kanak mula menunggang basikal sejak berumur 8 tahun dan akan terus berbuat demikian sehingga sekurang-kurangnya berumur 18 tahun. Tetapi, ada juga yang terus menggunakan basikal seumur hidup mereka. 50 peratus dari penduduk ibu negara negara Denmark iaitu Copenhagen menggunakan basikal untuk bergerak.
2. Tanah rata
Gunung yang paling tinggi di Denmark hanyalah setinggi 170.87 meter sahaja. Oleh itu, sangat susah untuk pengguna basikal berjumpa dengan kawasan yang perlu mendaki.
3. Lego
Siapa yang tidak kenal akan Lego? Sebuah permainan yang menggunakan komponen bewarna warni untuk disambung.Lego berasal dari Denmark. The Lego Group adalah syarikat yang beribu pejabat di Billund, Denmark. Permainan Lego dicipta oleh Ole Kirk Christiansen sejak tahun 1949. Sehingga tahun 2015, syarikat Lego telah menghasilkan lebih 600 billion komponen Lego. Nama Lego diambil dari perkataan Danish ‘Leg Godt’ yang bermaksud ‘Play Well’. Lego juga sangat sakit bila terpijak.
4. Bendera Tertua
Bendera negara Denmark adalah bendera yang paling tua di dunia yang digunakan oleh sesebuah negara yang merdeka. Rekaan bendera tersebut telah digunakan sejak tahun 1219.
5. Pendidikan dan penjagaan kesihatan Percuma
Pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah percuma di Denmark.Bermakna setiap warga Denmark berpeluang untuk mendapatkan kesihatan dan pendidikan terbaik tidak kira kaya dan miskin. Mereka juga membayar cukai yang sangat tinggi sehingga 28 peratus dari pendapatan mereka untuk merealisasikan pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma.
Suka tak tentang Denmark? Jom kita lawat laman web ini untuk info yang lagi menarik.