Impian untuk berubah ada pada setiap manusia. Kita tidak ingin lagi hidup didalam kecelaruan, kesilapan dan kemalasan yang telah menjadi barah dalam diri sejak sekian lama. Berubah itu senang, tetapi untuk menjadi konsisten itu sangat menjerihkan. Boleh saja esoknya ‘aku’ menyarung kasut sukan dan terus berjogging. Tetapi adakah hari seterusnya ‘aku’ konsisten untuk melakukannya sehingga akhir hayat. Mungkin juga aku bermonolog didalam hati “Esok masih ada”, dan esoknya juga aku mengulang kata-kata yang sama.
Mulakan sekarang wahai sahabat. Usia tidak menjadi penghalang. Setiap dari kita punya bingkai masa yang berbeza. Ada yang 20an sudah bekerjaya, ada yang 30an baru mengorak langkah dari Universiti, ada yang 40an baru berkahwin dan mendapat anak. Perlahan-lahan kita berubah menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.
Bagaimana kita tahu yang kita sedang berubah?
1. Kamu bukan lagi Yes Man. Kamu sudah pandai untuk menolak jika perkara tersebut merugikan kamu dan menyebabkan kamu tertindas. Kamu juga tidak lagi membuat sesuatu perkara untuk menyenangkan orang lain walhal kamu yang bermandi air mata.
2. Kamu merasakan kerja keras itu perlu untuk mengubah diri kamu menjadi lebih baik. Kamu rasakan kamu tidak memberikan yang terbaik untuk kehidupan kamu.
3. Kamu tersedar jika ada masalah dalam kehidupan, kamu akan cuba memperbetulkan diri sendiri dahulu dan tidak menyalahkan orang lain.
4. Tidak lagi bersembunyi disebalik bayang-bayang sendiri. Tidur bukan lagi menjadi agenda utama kamu. Kamu telah membuka hati kamu untuk bergaul dan menerima seseorang.
5. Kamu merasakan sekecil-kecil perkara boleh membuatkan kamu gembira dan lebih menghargai. Sebagai contoh, bangun pagi dan menikmati secawan kopi yang dulunya dipandang klise, tetapi sekarang menjadi rutin kamu yang tunggu-tunggu.
Baca artikel sebelum ini disini Motivasi : Jangan memendam perasaan