Cuaca negara kita ini panas dan lembab sepanjang tahun.
Sinaran UV di negara Malaysia juga antara tertinggi di dunia. Boleh cecah sampai 13+
Untuk perbandingan index 1 hingga 2 rendah, 3 hingga 5 sederhana, 6 hingga 7 tinggi, 8 hingga 10 sangat tinggi dan 11 keatas sangat-sangat tinggi.
Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit dan cepat tua.
Oleh itu pakailah sunblock atau sunscreen.
Ramai yang ingat 2 benda ini sama sahaja, tetapi sebenarnya berbeza.
Kalau kita sapu sunblock diatas kulit, sunblock menjadi lapisan untuk menghalang cahaya matahari terkena pada kulit.
Bagi sunscreen pula, ia adalah satu formulasi kimia yang bertindakbalas dengan cahaya matahari untuk mengelakkan dari masuk ke dalam kulit.
Sunscreen perlu disapu berulang kali untuk mendapatkan kesan optimum.
Jika anda orang yang suka pergi ke pulau, mandi laut dan snorkeling , beli sunscreen yang ada label reef atau coral safe.
Ini kerana, bahan yang terdapat didalam sunscreen biasa boleh merosakkan terumbu karang.
Berikut adalah beberapa tip untuk memilih sunscreen yang sesuai untuk anda:
SPF Penting: SPF (Faktor Perlindungan Matahari) menunjukkan sejauh mana sunscreen melindungi daripada sinar UVB. Nilai SPF yang lebih tinggi menawarkan perlindungan yang lebih baik. Sasar sekurang-kurangnya SPF 30.
Spektrum Luas: Pastikan sunscreen tersebut dilabelkan sebagai “spektrum luas,” bermaksud ia melindungi daripada sinar UVA dan UVB.
Tahan Air: Jika anda akan berenang atau berpeluh, pilih krim matahari yang tahan air. Ingatlah bahawa tiada sunscreen yang sepenuhnya tahan air, jadi sapukan semula selepas berenang.
Jenis Kulit: Pertimbangkan jenis kulit anda. Jika kulit anda sensitif, pilih sunscreen dengan zinc oxide atau titanium dioxide. Untuk kulit berminyak, pilih krim matahari berdasarkan gel atau bebas minyak.
Ramuan: Hindari sunscreen dengan bahan kimia yang keras jika kulit anda sensitif. Cari bahan seperti zinc oxide atau titanium dioxide yang lebih lembut.
Bebas Bau: Bauan boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif. Pilih sunscreen bebas bau jika kulit anda peka terhadap bauan.
Jenis Penggunaan: Sunscreen datang dalam pelbagai bentuk – losyen, krim, sembur, stik. Pilih yang anda selesa dan praktikal untuk keperluan anda.
Tarikh Luput: Periksa tarikh luput. Sunscreen kehilangan keberkesanannya dari semasa ke semasa, jadi menggunakan produk yang sudah tamat tempoh mungkin tidak memberikan perlindungan yang mencukupi.
Keadaan Kulit: Jika anda mempunyai keadaan kulit tertentu, seperti jerawat atau rosacea, cari Sunscreen yang direka khas untuk keperluan anda.
Semak Ulasan: Kadang-kadang, pengalaman orang lain boleh menjadi berharga. Semak ulasan dalam talian untuk mendapatkan gambaran tentang sejauh mana Sunscreen tertentu berfungsi untuk jenis kulit yang berbeza.
Ingatlah, menggunakan Sunscreen hanyalah sebahagian daripada perlindungan matahari. Jangan lupa untuk menyapu semula setiap dua jam, atau lebih kerap jika anda berenang atau berpeluh banyak. Selamat melindungi kulit dari matahari!
1.Thinksport SPF 50 Sunscreen
- Sunscreen terbaik untuk pergi pantai, snorkeling, pulau dan mandi laut.
- Tidak menyebabkan kerosakan pada terumbu karang.
- Tahan sehingga 80 minit.
- Tidak mengandungi bahan kimia toxic dan skor hampir perfert untuk EWG (Enviromnental Working Group)
- Sesiapa yang merancang pergi ke pulau habis PKP ni, grab this one.
- Sebab pengalaman dulu, habis je PKP 1 orang berpusu -pusu ke pantai, pulau dan laut.
2.3W Clinic
Intensive UV Sun Block Cream
- Murah dan terkenal dikalangan pengguna
3. Innisfree
- Intensive Anti Pollution / Long Lasting / Triple Shield Sunscreen SPF50/PA++ 10ml / 50ml
4. NIVEA
- Sun Protect Moisture SPF 50
- Sunscreen mampu milik
- Jenama pun boleh tahan
- Sunscreen untuk remaja (bajet)
5. Bio-essence
- Bio-Water Hydrating Sunscreen SPF50+ PA++ (40ml)
- Sunscreen yang melembabkan kulit
6. NUTOX
- Solar Protect SPF 45 PA+++ (30ml)
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Blok UVB dan UVA
7. Murad
- city skin age defense broad spectrum spf 50 | pa++++ 50ml
- Mahal tapi ringan di muka. Dalam 2 ratus lebih.
- Ada bermacam kandungan yang baik seperti Vitamin C, Argon Oil, Comfrey Extract, and Vitamin E
- Tiada bahan seperti Parabens, Phthalates, Gluten, Mineral Oil, Formaldehyde, Petrolatum/Petroleum
8. Shiseido
- Urban Environment UV Protector Extra Mild SPF30 20ml
9. ISDIN PHOTO
- Eryfotona Actinica 100% Mineral Sunscreen SPF50+ Water Resistant (40 Mintues) 100ml
- Sunscreen yang ada antioksida.
10. CeraVe A.M.
- Facial Moisturising Lotion with Sunscreen SPF 30, 3 Fl Oz
- Ada hyaluronic acid, niacinamide and ceramides yang boleh meningkatkan seri wajah anda.
- Tidak menyebabkan pori anda tersumbat.
11. Cetaphil
- Pro Oil Absorbing Moisturizer With Spf 30 Broad Spectrum Sunscreen, 4oz / 118ml
- Sunscreen yang tidak berminyak dan tidak menyebabkan pori tersumbat
- Tak juga menyebakan kulit anda berkilat
12. SkinMedica
- Total Defense + Repair Broad Spectrum Sunscreen SPF 34
- Kalis air sehingga 80 minit
13. SUPERGOOP
- Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA Supergoop Glow Screen SPF 40 PA+++
- Kalis air dan peluh sehingga 40 minit.
14. Aveeno
- Positively Radiant Daily Moisturizer SPF 30 (75 ml)
- Sunscreen/Sunblock terbaik untuk kulit berminyak
15. Neutrogena
- Clear Face Oil-Free Sunscreen Lotion, Broad Spectrum SPF 55, 3 Fl Oz
- Sunscreen/Sunblock terbaik untuk kulit berminyak
16. Aveeno
- Protect & Hydrate Lotion Sunscreen with Broad Spectrum SPF70 (85g)
17. La Roche Posay
- Anthelios 50 Mineral Tinted Ultra Light Sunscreen Fluid Spf 50 / Sunblock
- Sunscreen terbaik untuk kulit Kombinasi
18. EltaMD
- UV Clear Broad-Spectrum SPF 46 untinted / clear Elta MD sunscreen sun block
- Sunscreen/Sunblock terbaik untuk kulit berminyak
- Sunscreen/Sunblock terbaik untuk kulit berjerawat
- Sunscreen/Sunblock terbaik untuk kulit berjeragat
Kesimpulan
Cari sunblock atau sunscreen yang sesuai dengan kulit anda.
Mengikut ahli dermatologi, kita kena guna sunscreen atau sunblock yang nilai SPF sekurang-kurangnya 30.
SPF 30 boleh menghalang sinar UV sehingga 97%
Perlu diingat, tiada sunscreen atau sunblock yang boleh menghalang 100% UV.
Cari juga sunblock atau sunscreen yang boleh menghalang UVA dan UVB.
Label dia ‘Broad Spectrum’
Apa itu UVA?
Sinar Lembayung yang boleh menyebabkan kulit jadi kedut, kering, cepat tua dan cela.
UVA ni boleh tembus tingkap.
UVB pula adalah sinar lembayung yang boleh menyebabkan kulit terbakar.
Boleh dihalang oleh tingkap.
Walaubagaimanapun, cari sunscreen atau sunblock yang betul-betul sesuai dengan kulit anda.
Tak nak nanti dah pakai tumbuh jerawat sana sini.
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.