12 Jenama Aircond Inverter Terbaik 2020 (Jimat Elektrik)

Kongsi Artikel ini :

Aircond Inverter terbaik dan jimat elektrik
Aircond Inverter terbaik dan jimat elektrik

Penggunaan Aircond di rumah sudah tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.

Cuaca yang panas saban hari menyebabkan pengguna beralih kepada Aircond daripada kipas biasa.

Harga aircond pun tidaklah semahal 10 tahun lepas dan banyak pilihan yang ditawarkan oleh pelbagai jenama seperti Panasonic, Sharp, Mitsubishi, Midea, Daikin, Acson, LG, Samsung, York, Hisense, Haier dan Hitachi.

Penggunaan elektrik juga tidaklah semahal model-model aircond keluaran awal kerana aircond model terbaru telah dilengkapi dengan sistem penjimatan elektrik.

Oleh itu, aircond bukan lah lagi produk premium yang hanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu.

Jom kita lihat 12 Jenama Aircond Inverter terbaik di Malaysia pada tahun 2020 dan sudah tentu jimat elektrik .

 

1. Panasonic

1.0HP Elite Inverter Sky Series Air Conditioner 1HP | R32 | 5 Bintang Penjimatan Tenaga

Jenama Aircond Terbaik : 1.0HP Elite Inverter Sky Series Air Conditioner
Jenama Aircond Terbaik : 1.0HP Elite Inverter Sky Series Air Conditioner

Model ini adalah antara model aircond yang menggunakan teknologi terkini oleh Panasonic.

Panasonic sememangnya mengeluarkan aircond yang tahan lasak dan moden.

Panasonic Sky Series ini adalah antara model aircond terbaik pada tahun 2020.

Selain itu Suruhanjaya Tenaga memberikan 5 bintang pengunaan tenaga untuk aircond ini.

Ini bermakna kadar penggunaan elektrik untuk aircond ini adalah sama dengan kipas berdiri atau kipas ceiling.

Oleh itu, aircond ini adalah model aircond yang paling jimat elektrik bagi tahun 2020.

Kenapa model aircond ini dipanggil Sky Series? Sesuai dengan namanya, aircond ini mengeluarkan udara sejuk dibahagian atas berbanding aircond-aircond konvesional yang lain dimana udara sejuk dikeluarkan pada bahagian bawah badan.

Tujuan Panasonic berbuat demikian adalah untuk memberikan suasana seperti didalam gua yang sejuk dimana angin sejuk akan berolak dari atas bumbung gua (ceiling) dan terus kebawah (pengguna).

Kebanyakkan aircond masakini menawarkan teknologi inverter untuk model-model aircond mereka.

Tidak ketinggalan, Sky Series ini menggunakan teknologi inverter yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik.

Tak keterlaluan jika dikatakan aircond model Sky Series ini adalah aircond inverter terbaik.

Selain itu, aircond ini juga sangat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu kerana ia berupaya menyejukkan ruang tamu dengan cepat dan sejuk.

Aircond untuk ruang tamu harus mengambil kira horsepower (hp) yang diperlukan supaya ruang dapat disejukkan tanpa membebankan compressor.

Sumber : Laman web rasmi Panasonic

2. Sharp

SHARP ( AHXP10YMD ) 1HP | R32 | Plasmacluster Air Conditioner

SHARP ( AHXP10YMD ) 1.0HP R32 INVERTER

Jenama Sharp juga tidak asing bagi pengguna. Apa yang membezakan aircond ini dengan aircond jenama lain adalah intergrasi mod comfort didalam sistem penyejukannya.

Mod comfort tersebut adalah comfort 1, comfort 2 dan comfort 3. Comfort 1 berfungsi mengurangkan ketidakselesaan pengguna akibat variasi suhu yang jauh berbeza.

Variasi suhu dikurangkan sebanyak 20% jika pengguna mod ini.

Mod comfort 2 pula mengawal kompressor dari terlalu kerap berhenti setelah mencapai suhu optimum dan lambat ‘on’ setelah bilik menjadi panas.

Sebanyak 30% masa kompressor berhenti dapat dikurangkan dengan menggunakan mod ini.

Mod comfort 3

Kadangkala aircond biasa akan menaikkan kadar kelembapan dalam proses penyejukan menyebabkan udara persekitaran terasa lembab. Udara yang lembab boleh menyebabkan kulat terhasil dengan cepat.

Sudah tentu tidak bagus untuk perabot kayu dan kain. Mod comfort 3 ini mengelak daripada situasi ini terjadi dan seterusnya meningkatkan keselesaan pengguna.

Sumber : Laman web rasmi Sharp

3. Midea

Midea MSMA/B-09CRDN1 1.0hp Inverter with Super ionizer Air Conditioner | 1HP | Inverter |  R410a| 2 tahun Warranty Umum |  5 tahun warranty compressor 

Jenama Aircond Terbaik : Midea MSMA-09CRDN1
Jenama Aircond Terbaik : Midea MSMA/B-09CRDN1

Media adalah sebuah syarikat dari China yang berjaya memecah dominasi syarikat – syarikat Jepun dan Barat.

Dengan harga yang murah dan kualiti yang setanding jenama-jenama terkenal, Midea menawarkan aircond yang mampu milik.

Aircond jenama ini adalah antara Aircond yang terbaik dan murah di pasaran.

Aircond Blanc Inverter ini adalah siri terbaru yang dikeluarkan oleh Midea. Kelebihan yang tidak ada pada jenama-jenama aircond lain adalah keupayaan sistem aircond ini untuk mengesan kebocoran gas.

Juga, ia mempunyai fungsi cuci-sendiri dengan hanya menekan butang pada remote control. Penyelengaraan lebih mudah dan pantas.

Sumber : Laman web rasmi Midea

4. Mitsubishi

Mitsubishi Electric MSY-GJ10VA | 1HP | Inverter | 2 tahun warranty umum

Jenama Aircond Terbaik : Mitsubishi Electric MSY-GJ10VA
Jenama Aircond Terbaik : Mitsubishi Electric MSY-GJ10VA

Jenama Mistubishi adalah satu jenama yang sangat dipercayai.

Kereta nasional pertama kita menggunakan 100% enjin yang dibuat oleh syarikat Jepun ini.

Kualiti dan ketahanan jenama Aircond Mitsubishi ini tidak dapat disangkal lagi.

Menggunakan gas R410A yang kurang melepaskan gas rumah hijau. Dilengkapi pula dengan sistem komputer nyahkelembapan dan nano platinum filter yang berupaya memberikan kesejukan yang diingini.

Apa yang membezakan aircond jenama Mitsubishi ini adalah keupayaan aircond ini mengeluarkan angin sejuk yang konsisten walaupun mungkin sudah 3 hingga 4 tahun dipakai.

Tidak keterlaluan mengatakan bahawa aircond jenama Mistubishi ini adalah aircond yang paling tahan lasak dan berkualiti yang ada dipasaran.

Aircond ini juga mempunyai sistem penapis yang efisien sehingga dapat menyekat alergen, bakteria atau habuk dari masuk keruang bilik.

Sumber : Laman web rasmi Mitsubishi

5.  Daikin

Daikin R32 FLAGSHIP FTKM25TVMM | INVERTER | 1.0HP | R32 GAS | 1 tahun warranty

Jenama Aircond Terbaik : Daikin R32 FLAGSHIP FTKM25TVMM
Jenama Aircond Terbaik : Daikin R32 FLAGSHIP FTKM25TVMM

Aircond jenama Daikin tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakkan unit residensi telah beralih kepada jenama dari Jepun ini juga.

Kenapa memilih jenama Aircond Daikin? Salah satu sebab adalah aircond Daikin antara aircond yang jimat elektrik.

Sistem inverternya antara yang terbaik dimana frekuensi operasi kompressor dapat dikawal dengan lebih berkesan. Apabila suhu yang optimum telah dicapai, inverter akan mengubah kompressor kepada kapasiti yang terendah sehingga dapat menjimatkan elektrik.

Salah satu ciri yang terdapat pada aircond Daikin ini adalah ultra fast cooling iaitu penyejukan pantas.

Apa yang berlaku apabila anda menekan butang ‘ON’, kompressor akan terus bekerja keras selama 20 minit untuk mendapatkan suhu yang optimum.

Setelah itu, kompressor akan diregulasi untuk memberikan sejuk yang selesa kepada pengguna.

Aircond ini sangat sesuai di pasang di ruang tamu.

Sumber : Laman web rasmi Daikin

6. Acson

Acson Avory | 1HP | R32 | Inverter | R32 GAS | 5 tahun warranty compressor

Jenama Aircond Terbaik : Acson Avory
Jenama Aircond Terbaik : Acson Avory

Acson pun satu jenama Aircond yang sangat popular dan sangat dipercayai. Apakah keistimewaan Aircond jenama Acson ini? Apa yang menjadikan ia antara salah satu jenama aircond terbaik di Malaysia?

Model terbaru yang dikeluarkan oleh Acson adalah Avory. Avory ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Foresto, MyEco, Plusma, dan Wifi Control. Jom kita lihat apakah yang ditawarkan dengan spefikasi yang mempunyai nama yang canggih ini.

Foresto adalah teknologi dimana pengguna yang duduk dibandar dapat menghirup udara segar seperti berada di hutan. Manakala MyEco pula menunjukkan bahawa aircond tersebut menggunakan gas R32 yang mesra kepada lapisan ozon dan kurang memberi kesan kepada pemanasan global.

Aircond Acson Avory ini diiktiraf oleh Surahanjaya Tenaga sebagai salah satu Aircond yang menjimatkan elektrik sehingga 48% dari aircond konvensional yang lain menjadikan Aircond ini mendapat 5 Bintang bagi kecekapan tenaga (5 Bintang paling maksimum)

Bagi ciri Plusma pula, ia adalah satu teknologi dimana ion positif dan negative dihasilkan dengan banyak untuk menapis udara supaya udara yang dihasilkan lebih segar dan sihat.

Dengan bantuan Catechin Green Tea Filter, aircond ini mampu menyahkan bakteria, virus dan bau yang kurang menyenangkan seperti bau asap rokok, bau haiwan peliharaan mahupun bau badan pasangan. Acson Avory juga ada mempunyai penapis yang dinamakan HEPA (high-efficiency particulate air) yang juga mampu untuk menapis habuk sehingga PM2.5.

Satu yang menarik tentang Aircond Acson Avory ini adalah, ia mempunyai kawalan Wifi. Hanya berbekalkan smartphone anda samada android ataupun ios, pengguna boleh mengawal kelajuan kipas, arah tuju udara, suhu dan bermacam lagi. Ini sangat berguna dikala kehilangan remote control yang mungkin dimain oleh anak-anak. Muat turun sahaja aplikasi Acson di Playstore ataupun Apps Store.

Selain itu, fungsi aplikasi dalam telefon ini juga boleh mengira purata penggunaan elektrik. Pengguna yang bijak selalu akan mengira kadar penggunaan aircond.

Sumber : Laman web rasmi Acson

7. LG

LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner | 1.0HP | Dual Inverter | R32 GAS | 1 tahun warranty umum

Jenama Aircond Terbaik : LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner
Jenama Aircond Terbaik : LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner

Aircond jenama LG adalah salah satu jenama Aircond terbaik di pasaran. Model terbaru aircond LG menggunakan Dual Inverter Compressor. Lain dari yang lain !

Apa keistimewaan Dual Inverter Compressor ini? LG mendakwa bahawa penggunaan Dual Inverter Compressor akan menyelesaikan masalah tidak efektif dan kebisingan seterusnya menjadikan aircond sejuk lebih cepat, tahan lama dan senyap.

Lagi power, LG memberikan jaminan 10 tahun kepada compressor tersebut.

Kadar penjimatan tenaga adalah sebanyak 70% dan 40% untuk penyejukan pantas. Menjadikan aircond jenama LG aircond inverter terbaik dan paling jimat elektrik di pasaran.

Sumber : Laman web rasmi LG

8. Samsung

Samsung Wind-Free Premium Plus | 1HP | Inverter | R32 GAS | 1 tahun warranty

Jenama Aircond Terbaik : Samsung Wind-Free Premium Plus
Jenama Aircond Terbaik : Samsung Wind-Free Premium Plus

Aircond jenama Samsung juga adalah pemain industri aircond yang terbaik di pasaran. Jenama dari Korea ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana teknologinya sentiasa berkembang.

Apakah keistimewaan model terbaru dari Samsung ini? Ia didatangkan dengan teknologi ‘wind free’ yang bermaksud pengguna tidak akan rasa angin sejuk yang dihembus oleh aircond tersebut.

Ada yang tidak suka angin blow secara terus ke muka dan badan kerana tidak tahan sejuk. Oleh itu, Samsung memperkenalkan teknologi ini dimana udara sejuk tidak akan kena pada pengguna tanpa mempertaruhkan kadar kesejukan.

Apa yang lebih menarik lagi, aircond ini menggunakan ‘motion sensor’ dimana ia akan mengesan pergerakan pengguna. Jika pengguna dikesan tiada di ruang bilik, aircond ini akan secara automatik memperlahankan aircond bagi menjimatkan pengunaan elektrik. Cool bukan.

Sumber : Laman web rasmi Samsung

9. York

York Inverter | 1HP | Inverter | R410A GAS | 5 Tahun warranty compressor

Jenama Aircond Terbaik : York Inverter
Jenama Aircond Terbaik : York Inverter

York adalah jenama aircond yang ditubuhkan di York Pennyslvania, Amerika Syarikat pada tahun 1874 bermula dengan membuat mesin membuat ais.

Apakah kelebihan jenama Aircond York berbanding yang lain?

York juga adalah antara salah satu pembuat aircond Inverter terbaik dipasaran Malaysia. Mempunyai Hydro Purifier yang memberikan kesegaran dan kelembapan kepada kulit.

York juga mempunyai sistem Air Surround iaitu udara yang dikeluarkan dalam bentuk teknologi 3D memberikan peredaran udara yang terbaik dalam rumah.

Sumber : Laman web rasmi York

10. Hisense

Hisense | 1.0HP | R32 GAS | Inverter | 3 tahun unit luar + 7 tahun warranty compressor

Jenama Aircond Terbaik : Hisense
Jenama Aircond Terbaik : Hisense

Hisense adalah salah satu jenama barangan elektronik yang semakin meningkat dan mendapat tempat di hati pengguna.

Apa yang membezakan aircond Hisense dengan aircond dari jenama yang lain adalah teknologi seperti Plasma Generator, HiSmart Control, Smart Mode, I feel, Super Cooling Button, dan Lover Works State Memory.

Plasma Generator ini akan melepaskan ion positif dan negatif untuk menghapuskan formaldehide, bakteria dan kuman didalam udara seterusnya meningkatkan kualiti udara didalam rumah,

HiSmart Control pula adalah teknologi dimana pengguna boleh mengawal aircond menggunakan aplikasi didalam telefon pintar. Hanya perlu muat turun aplikasi di Playstore ataupun App Store.

Manakala Smart Mode pula adalah dengan hanya satu butang pengguna boleh mengaktifkan fungsi Smart mode dimana suhu akan dikawal secara automatik mengikut cuaca diluar. Jika hujan diluar sana, aircond akan menaikkan suhu, jika panas lit lit diluar sana, aircond akan menurunkan suhu sehingga optimum.

Bagi fungsi I feel pula adalah, aircon ini mempunyai sensor pada remote control yang boleh mengesan suhu sebenar persekitaran dan menghantar maklumat tersebut kepada unit utama aircond untuk melaraskan suhu.

Super Cooling Button pula adalah butang pada remote control berfungsi untuk menyejukkan ruang dengan lebih pantas terutama pada hari yang sangat panas.

Kadangkala apabila kita mematikan aircond, sayap udara tidak kembali kepada posisi terakhir sebelum dimatikan. Ini sangat melecehkan pengguna untuk melaraskan kembali sayap udara tersebut. Dengan teknologi Louver Works State Memory, sayap aircond akan kembali kepada kedudukan sebelum dimatikan secara automatik apabila aircond dihidupkan.

Sumber : Laman web rasmi Hisense

11. Hitachi

HITACHI RAS-VX10CG Premium Inverter | 1HP | R410A GAS | 2 tahun warranty

Jenama Aircond Terbaik : HITACHI RAS-VX10CG Premium Inverter
Jenama Aircond Terbaik : HITACHI RAS-VX10CG Premium Inverter

Hitachi sebuah lagi jenama Aircond yang terbaik di pasaran. Syarikat yang ditubuhkan di Jepun ini mempunyai reputasi yang tinggi dalam pembuatan barangan elektronik.

Jika inginkan aircond yang tidak perlu untuk diselenggara dengan kerap, pengguna boleh dapatkan aircond ini.

Aircond ini menggunakan teknologi Frost Wash dimana sistem akan membekukan habuk dan bakteria yang berkumpul pada tempat pertukaran haba (heat exchanger)  dan terus flush dalam bentuk air.

Aircond ini juga adalah salah satu aircond inverter yang jimat elektrik dimana sebanyak 62% elektrik dapat dijimatkan berbanding aircond konvesional yang lain dengan menggunakan sensor pergerakan pintar (Intelligent Motion Sensor)

Sensor ini berupaya untuk mengesan kehadiran pengguna dan akan mengaktifkan inverter mengikut kesesuaian.

Selain itu, aircond Hitachi ini menggunakan teknologi yang telah dipatenkan iaitu teknologi Nano Titanium dan Wasabi. Nama pun dah gempak.

Teknologi ini membolehkan bakteria dan alergen ditapis sehingga 99% dan 95%.

Satu lagi teknologi yang lain dari yang lain adalah teknologi Air Sleep dimana teknologi ini akan memantau persekitaran tempat tidur anda selama beberapa malam dan menggunakan data tersebut untuk mengoptimumkan tidur anda supaya anda dapat tidur dengan nyenyak dan bangun pagi dalam keadaan yang segar.

Tidak dilupakan juga untuk unit luar (outdoor unit) dilengkapi dengan teknologi anti karat dimana saduran anti karat ini tahan lebih lama berbanding aircond jenama lain.

Sumber : Laman web rasmi Hitachi

12. Haier

Haier DC Inverter Smart Clean Air Conditioner | 1HP | R32 GAS | 3 tahun warranty umum | 10 tahun warranty compressor |

Jenama Aircond Terbaik : Haier Smart Clean
Jenama Aircond Terbaik : Haier Smart Clean

Haier adalah salah satu pengeluar barangan elektrik dari negara China yang semakin meningkat naik dan dipercayai.

Aircond model ini menggunakan teknologi Smart Clean dimana ia membekukan 30% kelembapan dan menyahkan kotoran.

Selain itu aircon ini menggunakan Hyper PCB dimana aircond akan konsisten sejuk walaupun dalam cuaca yang ekstrim.

PID Inverter Control dalam aircond ini pula mengawal suhu bilik secara jitu dengan margin hanya plus minus 0.1 darjah celcius.

Sumber : Laman web rasmi Haier

Kesimpulan

Pembelian aircond sangat bergantung kepada bajet pengguna.

Jika ada bajet yang lebih belilah aircond jenis inverter berbanding aircond yang tidak ada inverter (non inverter).

Ini kerana dalam jangka masa panjang pembelian aircond inverter sangat berbaloi kerana lebih jimat elektrik.

Semua jenama aircond mempunyai teknologi yang seakan-akan, tapi yang membezakannya adalah ketahanan dan kualiti aircond yang dibeli. Kita tidak mahu aircond yang dibeli baru setahun sudah meragam.

Pastikan ada jaminan (warranty) keatas aircond yang dibeli.

Jom komen dibawah, apakah aircond terbaik yang pernah anda beli..

Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.

Jika anda ingin tips dan panduan cara membeli aircond yang lengkap sila ke pautan dibawah :

Panduan, tips dan cara beli Aircond Rumah Terbaik

Jika anda berminat dengan aircond non inverter yang lebih murah jom baca pautan ini : 11 AIRCOND NON INVERTER TERBAIK DAN MURAH


Kongsi Artikel ini :