Kandungan
Pengenalan
Penggunaan Aircond di rumah sudah tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.
Aircond bukan lagi kehendak tapi satu keperluan kerana binaan rumah sekarang yang tertutup menyebabkan rumah berbahang.
Bahang menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur terutama bagi pengguna yang mempunyai anak kecil.
Kipas biasa tidak lagi mampu untuk mengurangkan panas yang berkumpul didalam rumah.
Opsyen buka tingkap diwaktu malam bukanlah pilihan kerana faktor keselamatan dan faktor kesihatan (nyamuk atau serangga lain)
Oleh itu, aircond adalah pilihan bagi mereka yang ada menyediakan bajet tambahan untuk membayar bil elektrik extra mungkin didalam RM100 sebulan untuk setiap aircond yang dipasang.
Harga aircond pun tidaklah semahal 10 tahun lepas dan banyak pilihan yang ditawarkan oleh pelbagai jenama seperti Panasonic, Sharp, Mitsubishi, Midea, Daikin, Acson, LG, Samsung, York, Hisense, Haier dan Hitachi.
Penggunaan elektrik juga tidaklah semahal model-model aircond keluaran awal kerana aircond model terbaru telah dilengkapi dengan sistem penjimatan elektrik.
Dengan itu, aircond bukan lah lagi produk premium yang hanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu.
Kali ini, kita akan menyenaraikan aircond bukan inverter yang ada di pasaran Malaysia.
Aircond non inverter menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang lebih murah daripada aircond inverter.
Beza yang paling ketara antara aircond non inverter dan aircond inverter adalah kadar penggunaan elektrik.
Aircond non inverter menggunakan elektrik yang lebih daripada aircond inverter.
Ini kerana kompressor untuk aircond non inverter berjalan dalam dua mode sahaja samada berhenti atau jalan.
Manakala aircond inverter pula, mengawal kadar kelajuan motor kompressor mengikut kesesuaian suhu bilik.
Secara analoginya aircond non inverter seperti membawa kereta yang tidak punya pedal minyak. Start enjin terus jalan. Matikan enjin, kereta berhenti.
Oleh itu, pengguna perlu bersedia untuk membayar bil elektrik extra kerana kebanyakkan aircond non inverter di pasaran mendapat 3 penarafan bintang.
Jom kita lihat 12 Jenama Aircond Non Inverter terbaik di Malaysia pada tahun 2021 .
1. Panasonic
PANASONIC 1HP R32 STANDARD NON-INVERTER | 1HP | R32 | 3 Bintang Penjimatan Tenaga
Model ini adalah antara model aircond yang menggunakan teknologi terkini oleh Panasonic.
Panasonic sememangnya mengeluarkan aircond yang tahan lasak dan moden.
Selain itu Suruhanjaya Tenaga memberikan 3 bintang pengunaan tenaga untuk aircond ini.
Apakah keistimewaan aircond ini?
Selain menggunakan gas R32 yang mesra kepada lapisan ozon, Aircond ini juga mempunyai butang powerful mode.
Powerful mode berfungsi apabila pengguna inginkan ruang disejukkan dengan cepat.
Oleh itu dengan menekan butang tersebut , ruang akan dapat disejukkan 18% lebih cepat dari mode biasa.
Sumber : Laman web rasmi Panasonic
2. Sharp
SHARP 1HP | R32 | 3 BINTANG PENJIMATAN TENAGA
SHARP 1HP | R32 | 3 BINTANG PENJIMATAN TENAGA
Jenama Sharp juga tidak asing bagi pengguna.
Pelbagai peralatan elektronik dikeluarkan oleh syarikat ini.
Dikatakan model ini lebih senyap dan boleh ‘self cleaning’.
Sumber : Laman web rasmi Sharp
3. Midea
1HP AF Series | Non Inverter | R32
Media adalah sebuah syarikat dari China yang berjaya memecah dominasi syarikat – syarikat Jepun dan Barat.
Dengan harga yang murah dan kualiti yang setanding jenama-jenama terkenal, Midea menawarkan aircond yang mampu milik.
Aircond jenama ini adalah antara Aircond yang terbaik dan murah di pasaran.
AF series ini adalah siri terbaru yang dikeluarkan oleh Midea. Kelebihan yang tidak ada pada jenama-jenama aircond lain adalah keupayaan sistem aircond ini untuk mengesan kebocoran gas.
Juga, ia mempunyai fungsi cuci-sendiri dengan hanya menekan butang pada remote control. Penyelengaraan lebih mudah dan pantas.
Sumber : Laman web rasmi Midea
4. Mitsubishi
1HP Deluxe | Non-Inverter | R410a |
Jenama Mistubishi adalah satu jenama yang sangat dipercayai.
Kualiti dan ketahanan jenama Aircond Mitsubishi ini tidak dapat disangkal lagi.
Menggunakan gas R410A yang kurang melepaskan gas rumah hijau. .
Apa yang membezakan aircond jenama Mitsubishi ini adalah keupayaan aircond ini mengeluarkan angin sejuk yang konsisten walaupun mungkin sudah 3 hingga 4 tahun dipakai.
Tidak keterlaluan mengatakan bahawa aircond jenama Mistubishi ini adalah aircond yang paling tahan lasak dan berkualiti yang ada dipasaran.
Aircond ini juga mempunyai sistem penapis yang efisien sehingga dapat menyekat alergen, bakteria atau habuk dari masuk keruang bilik.
Sumber : Laman web rasmi Mistubishi
5. Daikin
FTV-A SERIES | NON INVERTER | 1.0HP | R32 GAS |
Aircond jenama Daikin tidak perlu diperkenalkan lagi. Kebanyakkan unit residensi telah beralih kepada jenama dari Jepun ini juga.
Kenapa memilih jenama Aircond Daikin?
Salah satu ciri yang paling menarik adalah aircond ini mempunyai wifi yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi aircond didalam smartphone sendiri.
Boleh tutup, buka dan set suhu yang diingini hanya dengan menggunakan aplikasi yang ditawarkan.
Salah satu ciri yang terdapat pada aircond Daikin ini adalah ultra fast cooling iaitu penyejukan pantas.
Aircond ini sangat sesuai di pasang di ruang tamu.
Sumber : Laman web rasmi Daikin
6. Acson
NON-INVERTER AVOSERIES | 1HP | R410 GAS
Acson pun satu jenama Aircond yang sangat popular dan sangat dipercayai.
Model terbaru yang dikeluarkan oleh Acson adalah Avo series.
Sumber : Laman web rasmi Acson
7. Samsung
Non Inverter Deluxe | 1HP | Inverter | R32 GAS
Aircond jenama Samsung juga adalah pemain industri aircond yang terbaik di pasaran. Jenama dari Korea ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana teknologinya sentiasa berkembang.
Apakah keistimewaan model terbaru dari Samsung ini?
Salah satu cirinya adalah mempunyai teknologi penyejukan cepat dimana kompressor dan kipas akan bekerja keras selama 30 minit untuk memberikan suhu optima.
Selain itu, model ini mempunyai penapis Full High Densitiy(HD) dimana ia dapat menghalang habuk dan bakteria yang boleh menyebabkan alergi.
Sumber : Laman web rasmi Samsung
8. York
1HP | Inverter | R410A GAS
York adalah jenama aircond yang ditubuhkan di York Pennyslvania, Amerika Syarikat pada tahun 1874 bermula dengan membuat mesin membuat ais.
Sumber : Laman web rasmi York
9. Hisense
R32 Standard Air Conditioner (TQ) | 1.0HP | R32 GAS | Non Inverter
Hisense adalah salah satu jenama barangan elektronik yang semakin meningkat dan mendapat tempat di hati pengguna.
Sumber : Laman web rasmi Hisense
10. Hitachi
1HP | R410A GAS
Hitachi sebuah lagi jenama Aircond yang terbaik di pasaran. Syarikat yang ditubuhkan di Jepun ini mempunyai reputasi yang tinggi dalam pembuatan barangan elektronik.
Jika inginkan aircond yang tidak perlu untuk diselenggara dengan kerap, pengguna boleh dapatkan aircond ini.
Sumber : Laman web rasmi Hitachi
11. Haier
R32 Non-Inverter Series | 1HP | R32 GAS
Haier adalah salah satu pengeluar barangan elektrik dari negara China yang semakin meningkat naik dan dipercayai.
Sumber : Laman web rasmi Haier
Kesimpulan
Pembelian aircond sangat bergantung kepada bajet pengguna.
Semua jenama aircond mempunyai teknologi yang seakan-akan, tapi yang membezakannya adalah ketahanan dan kualiti aircond yang dibeli. Kita tidak mahu aircond yang dibeli baru setahun sudah meragam.
Pastikan ada jaminan (warranty) keatas aircond yang dibeli.
Jom komen dibawah, apakah aircond terbaik yang pernah anda beli..
Jom ikuti laman Telegram kami untuk tidak terlepas update-update terkini.
Jika anda ingin tips dan panduan cara membeli aircond yang lengkap sila ke pautan dibawah :
12 Jenama Aircond Inverter Terbaik 2020 (Jimat Elektrik)